Memandangkn i sekarang sedang mengandung 06bulan, tentunya i sibuk mencari info n menkaji sendiri apa yg patut utk my future 'Muhamad adam yusuf'...
Seperti biasa, semua perkara i bincangkan dgn my doctor utk lebih yakin lg..
Yg mahu i tulis hari ni adalah ttg penggunaan Cloth Diaper bagi simanja..
Lampin Kain Moden berpelekat BOLEH LARAS (CD Velcro)
Lampin Kain Moden Berbutang BOLEH LARAS (CD)
Cloth Diaper ni adalah lebih mudah kita kenali sebagai LAMPIN KAIN MODEN..
Tentunya terdapat pelbagai lambakan jenama sekarang ni dlm penjualan Cloth Diaper, terpulang kpd kita utk memilih jenama mana yg kita percaya, termasuk bagaimana kita menilai kualiti nya serta percaturan kita ttg harganya pula terhadap sesuatu jenama yg berbeza..~!
Harga?
LAMPIN KAIN MODEN (cloth diaper-CD) yang terdapat di pasaran berharga sekitar rm45-rm100 per helai (bergantung pada jenisnya). Ia mungkin kedengaran agak mahal...
TETAPI.. Kebaikannya:-
- Ia boleh diwarisi ke bayi yang seterusnya/kegunaan jangkamasa panjang.. (hanya kos permulaan yang tinggi)
- Mempunyai butang or pelekat boleh laras (Saiz yang boleh di ubah suai S,M,L serta ke XL.. max umur 2-3thn dgn berat max 13-17kg)
- Diperbuat dari kain kapas yg sejuk n baik utk pengaliran udara
- Toilet training dipercayai berlaku lebih awal terhadap bayi
- Tidak membahayakan bayi serta selamat digunakan
Cara Pembasuhan?
- Anda perlu membasuh CD ini sekurang-kurangnya 3 kali sebelum dipakai untuk menambah kadar serapan.
- Sekeping CD boleh dipakai selama 3jam.
- Buang najis bayi dan bilas CED sebelum memasukkannya de dalam mesin basuh.
- Gunakan sabun yang tidak bersenzim, tidak berpeluntur dan tidak berpelembut untuk membasuh CD.
- Nago CD Velcro (berpelekat), lekatkan pelekat pada tab basuhan yang desediakan.
- CD boleh dijemur di bawah cahaya matahari ataupun di dalam rumah.
Bolehkah Berjimat?
CUBA HITUNG KOS LAMPIN PAKAI BUANG (DD)
RM_____ sekeping x berapa keping sehari = JUMLAH SEHARI
JUMLAH SEHARI x 365hari =RM __________ setahun
JUMLAH SETAHUN x 3tahun (umur max bayi saiz XL) = RM__________
HITUNG PULA KOS LAMPIN KAIN MODEN (CD)
1helai = RM 45 (harga minimun bagi jenama)
10helai = RM 450
*Seorang bayi atau kanak-kanak memerlukan lebih kurang 10CD sepanjang 3tahun*
Mengapa Lampin Pakai Buang (Disposable Diaper-DD) tidak baik utk kita?
Antaranya ringkasan nya ialah..:-
- Penggunaan bahan chemical di dalam DD tentunya tidak elok utk simanja.
- Mengandungi Cacinogenic Dioxin yg boleh mengakibatkan penyakit kulit, merosakkan genetik serta dipercayai boleh mengakibatkan cancer..
- Gel yang terdapat di dalam DD (utk tujuan serapan yg baik terhadap urine simanja) juga akan memberi kesan yang tidak baik kpd simanja..
Walaupun penggunaan DD lebih murah, mudah diuruskan/lebih praktikal bg si ibu krn konsep 'pakai buang' serta mudah di dapati di mana-mana kedai or pasaraya yg berdekatan,
Tetapi perlu diingatkan diri tentang bahaya penggunaannya terhadap simanja anda~!
Tetapi perlu diingatkan diri tentang bahaya penggunaannya terhadap simanja anda~!
Tahukan Anda ?
Lampin Pakai Buang MENGAMBIL MASA DI ANTARA 200-500THN UTK DILUPUSKAN~!
Ini akan menyebabkan sumber pencemaran yg terbesar kpd dunia kita wpun hanya 5% polpulasi yang menggunakannya... hmm,.. FIKIRKAN~!
No comments:
Post a Comment