..............


Custom Glitter Text

Friday, November 5, 2010

Singgah di Taman Negara, Pahang

DARI MERAPOH.....

Berkesempatan balik ke kampung halaman emak, kami mengambil peluang untuk membawa anak-anak saudara dan emak melawat ke Taman Negara, Pahang yang terdapat di kaki Gunung Tahan. Walaupun tak banyak aktiviti yang dapat dilakukan kerana maklum lah, pergi dengan emak yang tak mampu 'lasak' lagi dan anak-anak saudara yang masih kecil, namun ia cukup menghiburkan dan 'menyegarkan'..!
Emak kata rindu pada KELAH yang menjadi santapannya sewaktu kecil-kecil dahulu.. Kami pergi bukan bertujuan untuk menangkap KELAH atau memakannya kerana menyedari KELAH adalah antara 'yang terpelihara' di negeri Pahang Darul Makmur.. Kami pergi cuma untuk 'bermain-main' dengan KELAH


Serta, untuk merehatkan minda..



MORFOLOGI IKAN KELAH

Ikan kelah jenis TOR mampu membesar sepanjang 250cm dan beratnya mampu mencapai 30 kg. Sirip dan sisik ikan ini berwarna merah pudah dan akan bertukar menjadi warna merah tua apabila dewasa.
Kelah mempunyai mulut berbentuk ladam kuda termasuk dua set ‘barbells’ yang jelas kelihatan. Sebahagian sirip bahagian atas ikan ini dilitupi selapis sisik di pangkal bahagian badannya.
Sirip di bahagian dubur pula mempunyai lima cabang jalur dan ekornya pula adalah bercabang tajam. Garis deria pada badannya juga adalah lengkap.




         
                                                                   'di Menara Tinjau'






'Aktiviti Bermain dengan Kelah'





'Profil Denai'











PERLU DIINGATKAN:

  • Anda yang bertujuan untuk masuk ke dalam Taman Negara Pahang, perlulah mendapatkan PERMIT dahulu. (Boleh rujuk kepada agent)
  • Anda akan dibawa masuk dan keluar oleh 'agent' dengan menggunakan kenderaan yang telah disediakan.
  • Charge yang dikenakan juga perlua dirujuk kepada agent.
  • Charge yang dikenakan bergantung kepada pakej yang dipilih.


DEDIKASI untuk my Blogger friends dari Sabah Una, Nicky dan Eg
(Selamat Melawat Semenanjung... hehehe)




*Ini adalah mengikut pemahaman kami, sebarang kesulitan atau pertanyaan, anda boleh menghubungi ke pihak yang terlibat agar mendapat info yang lebih jelas*

4 comments:

  1. Wow! Maybe one day nak bawak Mr Muscle ke sini.. Dia memang suka alam kehijauan ni..

    ReplyDelete
  2. ye eg.. InsyaAllah.. bolehlah perkenal kan kepada mr Muscle pula.. hehe

    ReplyDelete
  3. salam Vic
    wah wah dah ke sana rupanya vic
    best kan kelah tu
    tak takut orang

    ReplyDelete
  4. Wsalam kak ummu..
    Ye.. kelah tu mcm nak berkawan.. itulah keistimewaan kelah ni kan..
    Boleh dipegang lagi..

    ReplyDelete