Pada malam raya sewaktu me n my suami menuju ke destinasi..
Didengarkan oleh Nya suatu kisah..
Yang menyentuh naluriku sebagai isterinya..
Dengarkan ye...
Isteri-isteri, kamu hanyalah isteri sementara buat para suami di dunia ini... Sesungguhnya Allah telah menjanjikan bidadari-bidadari (syurga) sebagai isteri-isteri yang abadi buat para suami..
Mana-mana isteri yang menzalimi atau menginaya para suaminya di dunia ini, apabila ternampak akan situasi itu oleh bidadari-bidadari (syurga) yang Allah janjikan tadi.. maka berkatalah bidadari-bidadari (syurga) tadi "Celakalah engkau wahai perempuan! Sedangkan engkau hanyalah isteri sementara kepada bakal suamiku itu!"
Maka berdoalah bidadari-bidadari (syurga) tadi kepada Allah agar Allah memasukkan segera bakal suami mereka ke dalam syurga (walaupun doa mereka tidak dimakhbulkan Allah)
Sesungguhnya bidadari-bidadari ini sentiasa ternanti-nantikan bakal suami mereka ini..
Sesungguhnya bidadari-bidadari ini sentiasa ternanti-nantikan bakal suami mereka ini..
Kecantikan bidadari-bidadari tadi amatlah elok rupa parasnya umpama kanak-kanak kecil yang masih bermain tanah, sentiasa muda dan cantik..
Mata bidadari-bidadari itu umpama mata rusa yang hitam pekat dan berkilau-kilauan cantiknya..
Inilah ganjaran yang Allah telah janjikan buat para suami yang soleh dan yang menjaga pandangan matanya
Di saat itu juga terpancul dari mulutku 'Moga Allah memberikan suami
bidadari-bidadari seperti yang Allah telah janjikan'
Suamiku terdiam kelu..
Sejak itu juga, saya tak putus berdoa agar suami juga tergolong dalam golongan yang soleh dan akan mendapat ganjaran bidadari-bidadari nya di syurga nanti...
Manalah tahu kan.., InsyaAllah..
Amin..
Adapun para isteri yang solehah di dunia ini akan dimasukkan Allah ke dalam syurga dan akan menjadi Ketua Bidadari kepada bidadari-bidadari suami mereka yang soleh itu..
Wallahualam..
Gambar kahwin kami:
*Petikan kisah tersebut didengarkan kepada kami oleh ustaz yang bertugas di IKIM FM pada malam tersebut..
*Antara ciri-ciri Suami/Isteri Soleh/Solehah ialah... (sila klik di sini)
Sama cantik sama padan.. vic cute sangat dalam blog nuhadigital tu :)
ReplyDeletelawanya vic..suka sy tgk..
ReplyDeletehai una~~
ReplyDeleteTq.. nanti boleh tgk gambar una pula.. hihi
ye ke jiha.. biasalah, bila jadi pengantin, juru make up pun make up le tebal2.. kikiki.. tq krn tgk gambar vic
ReplyDeletesalam Vic
ReplyDeletesubhanallah,jelitanya Vic.
semoga suami kita tergolong dalam golongan yang soleh dan akan mendapat ganjaran bidadari-bidadari di syurga nanti.
moga kita menjadi bidadari di syurga,kan Vic.amin
Wsalam kak ummu..
ReplyDeletetercekik vic nanti.. kikiki.. tapi pun semua ni kan sementara..
Harapnya begitulah kak.. tersentuh betul hati vic dengar 'cerita' di atas.. moga kita juga menjadi bidadari suami kita...