KHAS UNTUK BAKAL IBU...
Bagaimana nak tidurkan anak tanpa buaian?
Pastikan beberapa langkah berikut..
(Ini cara saya praktikkan...)
- Mulakan dari lahir.. (Bawa cara dari hospital ke rumah..)
- Pastikan bayi dah kenyang.. (Bayi yang baru lahir biasanya terbangun dan mahukan susu dalam tempoh yang kerap. Ia perkara biasa.. Mereka belum pandai untuk kenyang kerana faktor susu ibu mungkin belum lancar waktu awal kelahiran mereka. Para ibu harus sabar. Susu kan mereka sekerap mungkin hingga pasti mereka kenyang apabila mereka dah tidur dengan selesanya!)
- Pastikan bayi selesa dan merasa selamat.. (bantu bayi untuk merasa selamat pada awal kelahiran dengan cara membedung..)
- Pasti suhu bilik yang munasabah untuk bayi anda (ambil kira tahap kepanasan cuaca andai tak apakai aircond, gunakan aircond yang suhu selesa untuk bantu bayi tidur nyenyak)
- Pastikan lampin pakai buang untuk bayi sentiasa kering (kalau basah atau berak belum cuci, jangan salah kan bayi tidur tak nyenyak ye..)
- Pasang ayat-ayat suci secara paling perlahan (kerana bunyi akan makin deras)
- Kalau dah tidurkan tanpa buaian, kita harus jangan lupa beri susu pada bayi apabila cukup waktu untuk menyusu, kejutkan bayi dengan susu tersedia.. Tak payah tunggu bayi anda meminta-minta menangis-nangis kan? Simple je, andai kita bagi susu dan bayi sedut, tanda nya bayi anda bersedia nak menyusu lagi.. Tapi kalau bayi tak mahu, kita cuba dalam 30minit lagi ok.. Boleh juga test dengan jari..(bayi akan lapar 1 jam 30 minit @ 2jam selepas susuan) Kalau kita 'sentiasa pastikan' perut bayi kenyang, bayi akan sambung tidurnya untuk cukupkan tidur mereka!
- Pastikan anak tak sakit !
- Sabar adalah kunci segalanya :)
CARA-CARANYA:
Setelah semua di atas dipastikan sepertinya, biarkan bayi dalam posisi tidur. Bayi akan terlelap sendiri. Biarkan sahaja.. (Boleh pasang bacaan yasin &ayat-ayat suci) Lambat atau cepat bergantung pada tahap umur. Kalau yang baru lahir, masih mudah. Just follow the step, pasti kelamaan bayi tidur juga! Tapi kita WAJIB monitor bayi dari masa ke semasa !
Kalau yang dah besar dan nakal sikit tu, apabila semua di atas dah dipastikan, tepuk-tepuk manja yang sangat slow. Anak kita just nak pastikan kita ada dengan mereka je.. (jangan lah beria-ria sangat kerana binbang jadi tabiat)
TIPS TIDURKAN BAYI AGAR NYENYAK
Kalau tak tahu, boleh guna pakai cara hospital buat.. Ikut je cara hospital masa di rumah nanti.
Saya percaya hampir semua orang melahirkan anak di hospital. Secara tak langsung cara hospital praktikkan anak yang dah disusukan harus disendawa kan dahulu, pastu (balut/bedung) bayi agar bayi merasa selamat dan selesa. Pastikan kepala bayi mengereng atau tidurkan bayi dalam posisi mengereng sedikit. Bagaimana nak mengerengkan bayi?
Lapik bantal di kiri kanan bayi. Tukar aturan kedudukan bayi dari masa ke semasa. Contohnya mengereng ke kanan 30minit, mengereng ke kiri 30minit. Apabila kita disekitar bayi, bolehlah kita ambil kesempatan tu tidurkn bayi dalam keadaan biasa (terlentang). Awasi anak yang tidur terlentang, ok..
(Tujuan tidurkan mengereng untuk elakkan bayi lemas andai mereka termuntahkan susu semasa tidur)
APABILA ANAK DAH BESAR, DAH MULA NAKAL...
- Kekadang anak akan terjaga andai 'alert' ibu nya tak ada.. (Pengaruh otak mereka yang dah aktif)
- Kita kena tidurkan semula mereka dengan cara berada di sisi mereka hingga mereka tidur semula..
- Yang pastinya kita kena sediakan waktu yang cukup agar tidur mereka cukup..
Alhamdulillah saya berjaya menidurkan anak tanpa buaian.. Maklumlah buaian tu dah macam sebati dengan cara orang melayu kan... Tak dinafikan anak ke-2 saya memang agak sukar juga kerana anak saya yang ke-2 ni kerap menangis..
(Pendapat doktor pakar adalah anak yang bawah 4bulan memang akan aneka ragam sikit-tak semuanya-kalau ada yang jenis menangis-kalau dah check doktor disahkan tak sakit-sabarlah-insyaAllah selepas usia 4bulan,6bulan atau setahun setengah akan berubah menjadi 'stabil'-SABARLAH..)
Ini cara saya.. Tentu ada kekurangannya.. Sesiapa yang mempunyai pendapat lain, boleh lah share di komen anda nanti..
Terima kasih atas perhatian semua..
Saling berkongsi walaupun sedikit..
Salam ukhwah..