..............


Custom Glitter Text
Showing posts with label extra. Show all posts
Showing posts with label extra. Show all posts

Friday, February 28, 2014

Rezeki Kita.. & Arnab Comel


 Kita dan Rezeki 





sumber dari: www.queachmad.com




Comel anak-anak arnab ni :)
Terasa ingin berkongsi gambar istimewa ini..
saya ambil lebih kurang 3 tahun lalu..





Thursday, February 27, 2014

Pengganti iphone saya!


Saya dah nak hampir 3 bulan kotttt,
Tak pakai iphone dah..
Bukan anti iphone,
Just nak tukar
Sebab asyik 'macam tu' je...

Memula jenuh buat eksperimen,
Tukar brand x, brand xx, dll !!
Maklum lah susah nak cari pengganti..
Ahaks..
Hampa je!  

Memula en suami belikan, saya memang tak suka Lenovo! Haha
Tak kenal maka tak cinta, ok...!

Tapi sejak tukar Lenovo K900,
Alhamdulillah!
Kiranya boleh lah dianggap pengganti!
Memang best!
Saya tak bersungut 'slow' lagi!

Boleh cuba andai sesiapa nak try buat 'pembaharuan'
Nak jimat sikit,
Tapi yang penting nak lancar dan laju!

So maybe boleh pilih Lenovo K900
Harga dah tentu lebih murah!





Kebetulan saya dan suami memang perlu handphone yang boleh 'bekerja', nak check email laju, nak buka berapa page chrome, explorer atau browser lain ke.. Dan sentiasa nak cepat! 
Heheh
(Yang penting harga nya lebih murah!)


*sekarang dah bermacam-macam jenis brand handphone yang mungkin lebih bagus dan lebih berbaloi.
Lenovo K900  adalah cadangan peribadi saya. Ini bukan entry tajaan, ok! 
Hihihi



Tuesday, February 25, 2014

Dearest Kenneth Ng Teck Poh...


(Bukan artis/bukan supermodel/bukan orang bangsawan atau 'somebody')-just orang biasa... Ahaha.. (Suka hati i nak tulis tentang sesiapa pun k! LOL)

"Kak boleh ambil saya pada 2hb Mac ni tak?"
Ni lah 'adik besar' keluarga kami.
Dah macam keluarga!

Saya dah lama tak buka fb, tadi intai wall dia, oiii... Macam model barang dari Philipina pulak. Hahah

Kenapa saya cakap macam tu?

Lihat ni !!






Oppss! So, lets try! (Hahaha)

Next time harap majikan Kenneth Ng Teck Poh hantar dia g usa ke... Sepanyol ke.. (Moga-moga lagi banyak lah buah tangan nak bawa balik time cuti! Kakaka)

Anyway, thanks in advance la kot-kot ada apa-apa terselit untuk i! Mee segera indomee pun boleh lah! 
Hahaha



Monday, February 24, 2014

Tanpa Makna, Kecuali Rasa..


Memori Kehidupan..


Hari bahagia kita...
Saat menjadi 'raja sehari' pasti menjadi memori terindah,
Tak mampu huraikan dengan kata-kata,
Menjadi pasangan, menjadi ibubapa, seterusnya..
Melalui peringkat kehidupan..
Yang deras berlalu tanpa berhenti...


Keluarga..
Bersama ibu ayah tercinta..
Keriuhan adik-beradik sedari kecil..
Moga menjadi kasih abadi... hingga ke Jannah..


Barangan kesukaan..
Saat mendapat barang yang paling diidamkan..
Walau hanya sepasang kasut..
Walau kelamaan kasut ditelan usia...


Lakaran kehidupan..
 Pasti tidak akan terhenti...
 sehingga lah, 
Saat yang ditetapkanNya...


Semoga perjalanan kita penuh kejayaan...
Di dunia akhirat..
Permudahkanlah segalanya..

Ya Allah..
Panjangkanlah umur kami,
Berjayakan lah perancangan kami..
Bantu lah kami!


*nukilan tiada makna, kecuali rasa...*


Mydin Mall yang istimewa -pelbagai kelengkapan untuk anda!


Rindu Mydin USJ!
Dulu masa duduk kat USJ 1, kami boleh ke sini jalan kaki je..
Hari-hari datang.. Dari mula Mydin Mall nak di set-up, penduduk setempat memang tertunggu-tunggu..

Waktu tu cuma ada Giant dan Summit yang berdekatan..
Sehingga lah Giant ditutup (sekarang Giant dah buat come back dengan wajah baru)

Sewaktu awal kemunculan Mydin, remaja lepasan sekolah di kawasan Usj banyaklah cuba untuk temuduga di Mydin. Mydin memberikan peluang pekerjaan pada setempat pada masa ini.

Selain itu, Mydin Mall memang best. Mereka menjaga 'service' mereka dengan keramahan pekerja, disamping kemudahan food court yang selesa, banyak aktiviti ekspo dan promosi berlangsung menarik minat pengunjung. Artis juga dijemput! Haa... Ramai lah yang ke sana nak tengok artis! Heheh. Masih ingat penangan kewujudan Mydin Mall di situ. Mydin mengangkat nama usj 1 dan menjadikan kawasan di situ sebagai stratergik untuk di diami! Memang meriah dengan aktiviti! Kenangan betul! Hihihi

Pekerja-pekerja Mydin Mall juga amat ringan tulang, tak pernah menyusahkan pengunjung, mereka sangat humble dan menyelesakan. Walau pun kebanyakannya dari kalangan pekerja asing, ambil ini sebagai saingan sihat untuk pekerja tempatan tingkatkan produktiviti.. (Ececehhhhh... Macam ayat politik LOL)
Kata orang keselesaan bekerja menunjukkan kejayaan majikan dalam pengurusan.

Padahal lumrah mengetahui,  Mydin bukan lah tempat shopping yang 'high class', tapi bila ke Mydin Mall, anda pasti tak merasa kekurangan apabila berada di sana. Macam-macam boleh di dapati di sana dengan harga mengikut 'budget' anda, pasti berbaloi untuk golongan yang mempunyai 'budget' tersendiri. Di Mydin Mall kesempurnaan akan terasa dengan 'service' mereka yang membuatkan pengunjung selesa di sini! Itu sebenarnya yang paling utama..

Biasanya kami ke sana untuk membeli barang dapur, membeli telekung, sejadah, air zam-zam, barangan keagamaan dan lain-lain lagi.. dan kadang kala ia juga menjadi lokasi untuk kami makan-makan! Yang paling penting ia adalah salah satu destinasi hujung minggu paling wajib andai kami tidak mempunyai plan lain.

Jadikan Mydin Mall sebagai destinasi hujung minggu anda.. Yesss! Hahaha


*lihatlah berapa saya rindu Mydin Mall sehinggakan tulis banyak betul! (Mydin Mall rindu i tak....? wakakaka!)

Saya & Regina Aisya di ig en suami
dengan #mydinusj

Suasana petang tadi-sebenarnya orang ramai betul!
Murah rezeki Mydin Mall ye...

Pekerja Mydin yang amat 'cool' dengan
karenah pengunjung yang tak pernah surut!

Food court Mydin Mall.
Maaf gambar saya tak menarik.. Hihi

Kelengkapan umrah/haji




Friday, February 21, 2014

Tabung Haji & Prudential untuk si manja


Perancangan untuk anak-anak tersayang..


1) Simpanan/Tabungan dengan Tabung Haji

Sewaktu nak mulakan simpanan bank untuk putera kami Muhamad Adam Yusuf, bapa mertua sarankan kami memilih Tabung Haji..

Tengahari tadi baru berpeluang buka akaun Tabung Haji untuk Regina Aisya pula..

Mereka juga sudah dapat tahun giliran haji.. (Dengan izinNya.. InsyaAllah..)

Biasanya duit-duit raya atau hadiah/sedekah dari semua saudara mara yang memberi tak kira pada hari istimewa atau apa-apa lah akan kami kumpul dan masukkan ke dalam akaun mereka untuk kegunaan hari akan datang mereka..

Maklum lah, ibu ayah tak ada harta nak tinggalkan.. Huhuhu..

Alhamdulillah, syukur walaupun kita hanya merancang... Dia yang lebih tahu hari akan datang...
Moga-moga segala yang dirancang dimakbulkanNya... amin...


Ingat lagi.. Waktu kecil dulu
saya teringin sangat nak tabung ni

2) Perlindungan Insurance dengan Prudential

Saya tak pandai nak terangkan panjang lebar tapi ia memang berbaloi untuk anak-anak, kita juga dan semua yang kita sayang.. Contoh ibu bapa kita..

Walaupun majikan suami yang terdahulu ada sediakan insurance medical card lain untuk keluarga kami tetapi kami tetap ambil Prudential untuk perlindungan alternatif..

Sekarang suami saya bekerja sendiri jadi kami terus menggunakan Prudential sebagai insurance, tabungan dan perlindungan kami sekeluarga.

Kebetulan Muhamad Adam yusuf dulu-dulu kerap sakit.. Kalau boleh kita memang nak sediakan yang terbaik untuk yang tersayang.

Kita perlu tahu seharusnya insurance kita perlu ambil SEBELUM kita sakit. Maksudnya cth penyakit bahaya yang tak diingini.. sekurang-kurangnya kita bersedia sebelum terlambat..

Mula-mula kami beli yang paling minimum, tapi sekarang berhajat nak tambah apa yang patut dalam polisi insurance kami nanti..

Kalau berminat nak dengan Prudential untuk family anda;
SILA WHATSAPP: 0196633646





Setakat ni, baru itu perancangan yang terlaksana... Anak baru 2 orang, kalau dah masuk 3-4 nanti ntah lah macam mana.. (huhuhu)





Rezeki itu milik Allah!


InsyaAllah..





Regina Aisya, puteriku..


Catatan Ringkas tentang Puteri ku..

Inilah Regina Aisya!


Tarikh Lahir: 26hb September 2012
Tempat Lahir: SALAM Medical Centre
Jenis Darah: O+
Nama Doktor: Doktor Khairiah Seman
                          (Pusat Bersalin Barakah)




Friday, February 14, 2014

Jumaat Yang Berkat

Assalamualaikum..

Salam jumaat untuk semua..


Sebelum tu mari kita renung bersama tentang KEBERKATAN HARI JUMAAT (klik)


Hari ni saya dan anak-anak terpaksa keluar ikut suami pergi kerja kerana ada urusan bank yang perlu saya selesaikan.

Hari ni juga harijadi anak lelaki kami MUHAMAD ADAM YUSUF (14hb feb 2014)



Secara jujurnya jarang kami berempat keluar bersama awal pagi seperti hari ni..

Kelam kabut juga sediakan anak-anak. MUHAMAD ADAM YUSUF je yang tak nak mandi. Hihi...

Gelagat anak-anak


Dalam perjalanan...

BISMILLAH..


(Nanti tulis lagi)




Doa untuk kami, harijadi Muhamad Adam Yusuf

selamat hari jadi....

MUHAMAD ADAM YUSUF


"Ya Allah..
Ampunkanlah dosa-dosa kami..
Panjangkanlah umur kami,
Kerana kami sekeluarga belum puas berkasih sayang di dunia ini..
Semoga menjadi yang taat kepadaNya, menjadi yang soleh/solehah dan ditetapkan iman olehNya..
jadi lah kami sebagai yang penuh kebaikan, kebahagiaan, kejayaan dan kecemerlangan di dunia akhirat..
Ya Allah, berkati lah kami di dunia akhirat..
Jauhkanlah kami dari segala azab/penderitaan Mu..
Lindungi lah kami dari neraka Mu..
Permudahkan lah kami hingga ke syurga Mu..

Amin.. Ya Rahman, Ya Rahim.. "

Itulah bait-bait doa aku yang dhaif ini..
Untuk keluarga tercinta..

Tak sangka Muhamad Adam Yusuf masuk 3tahun..

14 feb 2014


Syukur ya Allah...
Segalanya dengan izin Mu ya Allah...


Adam Yusuf nak kek 'bola'


Muhamad Adam Yusuf





SHAKLEE ID (klik)








Thursday, June 30, 2011

Cerita KAMI dan bahaya bentan

Kenangan bila gambar saya dan anak saya Muhamad Adam Yusuf masuk suratkhabar...
Tak ada kena mengena dengan tajuk artikel tau! (hehehe)

Gambar ni jadi bidan terjun je..
Cerita dah lama tapi tak sempat nak tulis : LOL
Biarlah saya abadikan di blog ni.. huhuhu


Saya dan Muhamad Adam Yusuf...
Berita Harian Khamis, 17hb Feb 2011
03 hari selepas kelahiran Muhamad Adam Yusuf..

TQ atas ingatan Noa Yunus










Wednesday, June 29, 2011

Baby Sling !


Cantik...
Sila view di sini..  JumpSac Baby® Slings







JumpSac Baby® Slings





Friday, January 28, 2011

Harta Karun Keturunan ada ke ?



Salam...

Ini cerita tentang harta karun keturunan.. Pelik kan? Saya pun merasa pelik. Sepanjang broadband bermasalah, saya dan suami p ke Kedah (rumah kakak).

Seperti biasa, kami akan singgah makan di gerai laksa sekoq puan Hasnah, pendekkan cerita, terdengar kisah seperti tajuk di atas dari mulut ke mulut yang boleh dipercayai...

Sejujurnya, saya bukanlah orang yang percayakan sangat cerita2 mitos tapi dalam hati terfikir juga, tiada yang mustahil 'dengan izinNya'...

Ada seorang hamba Allah ni serta keluarga nya disahkan mendapat 'harta karun keturunan' yang menggunakan ilmu ghaib (dgn izinNya), mereka dapat 'menzahirkan' harta tersebut yang pada mulanya tak ditemui.
Dengan kata mudah, dapat harta/duit depan mata oleh kuasa ghaib.

Memang mula-mula dengar, rasa tak percaya tapi saudara hamba Allah ni bersungguh-sungguh mengesahkan kejadian, terfikir juga, takkan dia nak tipu? Saya pun bukan artis atau wartawan kan? huhuhuhu... Malah dia pun tak tahu saya menulis blog. hehehe

Kalau benarlah, subhanallah... nilai nya juga saya dengar, bukanlah sedikit...
Mungkin rezekinya...

Tapi, dari ghaib tu, dari mana ye? Dikhabarkan harta tu tertanam di tanah pusaka yang tak akan dapat dilihat dengan mata kasar.. Jadi, dengan takdir Allah, dia dipertemukan dengan seseorang yang mahu berusaha 'menzahirkan' harta karun keturunan yang tak dapat dilihat dengan mata kasar tu...

Jadi, bila ianya berhasil, hamba Allah tu tadi hiduplah dengan senang lenang dengan adanya harta karun keturunan tu....


Wallahualam.....


Monday, January 17, 2011

Ada nak tahu ke ?



'Ada nak tahu?' ni adalah entry saya semasa 'semak' dgn masalah broadband... ber fb tak boleh, ber blog lagi lah tak boleh... buktinya, tengah menulis entry ni tetiba disconnected. Pendek kata tengah view apa-apa pun macam ni juga hasil dan kejadiannya.. hehehe. Pelik betul.
Bila dah usulkan pada maxis, alhamdulillah ia kembali ' normal' kut. Sebab tu saya menulis balik di sini. LOL


 
Bukan broadband sahaja yang problem, line telifon celcom saya dan suami pun menghadapi masalah yang sama.... huhuhu
Mungkin sejak pindah ke rumah baru yang dekat dengan pencawang ni membuat kan semua jadi 'huru- hara'. hehehehe


 
Tapi sekarang dah biasa, contohnya, handphone kami letak kan di tempat yang tertentu yang tertera penuh 'line' nya... huhuhuhu
Dan broadband pulak kami dah 'report' kat maxis so, harap nya akan terus okay je lepas ni macam hari ni juga.


 
Salam sayang untuk semua kawan-kawan blogger yang masih bertanya khabar sejak saya M.I.A.. hehehehe


 
Terutamanya Kak Ummu, Jiha dan Eg~!!!!