Rindu Mydin USJ!
Dulu masa duduk kat USJ 1, kami boleh ke sini jalan kaki je..
Hari-hari datang.. Dari mula Mydin Mall nak di set-up, penduduk setempat memang tertunggu-tunggu..
Waktu tu cuma ada Giant dan Summit yang berdekatan..
Sehingga lah Giant ditutup (sekarang Giant dah buat come back dengan wajah baru)
Sewaktu awal kemunculan Mydin, remaja lepasan sekolah di kawasan Usj banyaklah cuba untuk temuduga di Mydin. Mydin memberikan peluang pekerjaan pada setempat pada masa ini.
Selain itu, Mydin Mall memang best. Mereka menjaga 'service' mereka dengan keramahan pekerja, disamping kemudahan food court yang selesa, banyak aktiviti ekspo dan promosi berlangsung menarik minat pengunjung. Artis juga dijemput! Haa... Ramai lah yang ke sana nak tengok artis! Heheh. Masih ingat penangan kewujudan Mydin Mall di situ. Mydin mengangkat nama usj 1 dan menjadikan kawasan di situ sebagai stratergik untuk di diami! Memang meriah dengan aktiviti! Kenangan betul! Hihihi
Pekerja-pekerja Mydin Mall juga amat ringan tulang, tak pernah menyusahkan pengunjung, mereka sangat humble dan menyelesakan. Walau pun kebanyakannya dari kalangan pekerja asing, ambil ini sebagai saingan sihat untuk pekerja tempatan tingkatkan produktiviti.. (Ececehhhhh... Macam ayat politik LOL)
Kata orang keselesaan bekerja menunjukkan kejayaan majikan dalam pengurusan.
Padahal lumrah mengetahui, Mydin bukan lah tempat shopping yang 'high class', tapi bila ke Mydin Mall, anda pasti tak merasa kekurangan apabila berada di sana. Macam-macam boleh di dapati di sana dengan harga mengikut 'budget' anda, pasti berbaloi untuk golongan yang mempunyai 'budget' tersendiri. Di Mydin Mall kesempurnaan akan terasa dengan 'service' mereka yang membuatkan pengunjung selesa di sini! Itu sebenarnya yang paling utama..
Biasanya kami ke sana untuk membeli barang dapur, membeli telekung, sejadah, air zam-zam, barangan keagamaan dan lain-lain lagi.. dan kadang kala ia juga menjadi lokasi untuk kami makan-makan! Yang paling penting ia adalah salah satu destinasi hujung minggu paling wajib andai kami tidak mempunyai plan lain.
Jadikan Mydin Mall sebagai destinasi hujung minggu anda.. Yesss! Hahaha
*lihatlah berapa saya rindu Mydin Mall sehinggakan tulis banyak betul! (Mydin Mall rindu i tak....? wakakaka!)
Saya & Regina Aisya di ig en suami dengan #mydinusj |
Suasana petang tadi-sebenarnya orang ramai betul! Murah rezeki Mydin Mall ye... |
Pekerja Mydin yang amat 'cool' dengan karenah pengunjung yang tak pernah surut! |
Food court Mydin Mall. Maaf gambar saya tak menarik.. Hihi |
Kelengkapan umrah/haji |
macam2 ada....
ReplyDeletesaya yg dr putrajaya ni pun 1-2bulan sekali ke sini beli barang dapur..berbaloi..
ReplyDeleteJiha tinggal di Putrajaya ke? ala.. ingatkan kat sekitar PD...
Deletebestkan mydin :)
ya lah, pekerja apa bangsa pun tak pa la..
ReplyDeleteyang penting service cantik
setuju!
Deleteasaalam, saya nak tanya, dulu akak duduk mana ye ? sebab saya tgh cari bilik sewa yg dekat dengan mydin, yg boleh pergi kerja di mydin dengan jalan kaki je
ReplyDelete