..............


Custom Glitter Text

Tuesday, February 18, 2014

Tips kali pertama bawa anak naik kapal terbang- Kami ke Hong Kong



Ada yang kali pertama berhajat nak bawa anak kecil anda naik kapal terbang?
Berikut adalah beberapa tips untuk membuatkan sikecil anda selesa denga keadaan suasana kapal terbang nak mendarat dan berlepas..
(Ini kerana di waktu ni kita akan menghadapi tekanan udara yang tentunya tak menyelesakan sikecil !)



  • Intro anak anda dengan kapal terbang.. Tunjukkan perasaan 'excited' dan teruja dengan kapal terbang. Try rasai dan hayati 'kekaguman' mereka. Ini boleh membantu mereka fokus keterujaan mereka semasa dalam kapal terbang.. Layan perasaan ingin tahu mereka ! (kerana biasanya kanak-kanak memang suka kapal terbang- seperti hal anak saya ! hehe)
  • Pastikan kesihatan anak semasa mahu melakukan perjalanan.. Dapatkan surat doktor kalau perlu
  • Pastikan bawa gula-gula.. Lekakan mereka dengan gula-gula agar mereka dapat menelan air liur semasa proses makan gula-gula, jadi kebarangkalian tekanan udara yang biasa dirasakan ditelinga dapat dielakkan..
  • Susukan bayi anda.. Dengar macam simple, tapi ni lah yang paling mujarab! Susukan mereka, jadi sepanjang menyusu tu, insyaAllah mereka dapat melalui 'tekanan' udara tanpa masalah..
  • Kalau tak boleh juga.. Tidurkan mereka pada masa kapal terbang nak berlepas atau mendarat ! Pilihlah waktu penerbangan yang memungkinkan bayi anda nyenyak di waktu itu !

TIPS ini saya peroleh secara tak langusung dari Doktor Khairiah Seman semasa kami ingin membawa Muhamad Adam Yusuf ke Hong Kong pada kali pertama perjalanan dengan kapal terbang.. (Regina Aisya belum lahir lagi masa ni.. :) )
Ia memang berhasil ! cuba lah.. Semoga jadi perkongsian bersama ! Kalau ada yang saya masih tercicir, mohon share bersama dalam ruangan kotak komen ya...




TEMPAT MENARIK DI HONG KONG
(SILA KLIK)


Ocean Park Hong Kong

Kapal terbang tambang murah cadangan
AIR ASIA

Hotel+Filght mudah/cepat
AIR ASIA GO


Maksu saya sibuk belajar tangkap gambar, kamera baru beli ! LOL

Muhamad Adam Yusuf dan mak-mak kami
Ayahnya juga !








3 comments: