Kami di KRABI !!
Kami pergi 4 beranak je, tanpa mertua, emak saya, mak su atau sesiapa sahaja dari kalangan keluarga kami. Tidak seperti kebiasaan destinasi percutian kami yang lain.. Sebabnya kami pergi ke sini tanpa dirancang apabila anak-anak kami sibuk nak naik kapal terbang ! Hari-hari tunjuk kapal terbang melintas di awan.. Kesian.. Jadi kami pergi ke sini.. Huhuhu..
UNTUK MUDAH/JIMAT TEMPAH HOTEL+FLIGHT, kami memilih AIRASIAGO (sila klik)
Peringatan: untuk yang membawa anak TANPA 'seat' khusus bagi bayi, tiket pesawat untuk bayi tidak disertakan di dalam pakej hotel+flight dalam web airasiago. Anda boleh membeli tiket berasingan untuk bayi anda di kaunter AIR ASIA (boleh lakukan di LCCT di hari penerbangan anda)
Kalau ingin ke Krabi, lebih baik tinggal di sekitar Aonang..
Kerana Aonang lebih banyak terdapat makanan untuk muslim.
Alhamdulillah di Aonang anda boleh dapati kedai makan muslim disepanjang jalan Aonang... (Rajin-rajin lah meronda dengan motor kalau ingin membuat pilihan, ok !)
Memang tak ada masalah !
Krabi juga amat sesuai untuk kunjungan anda sekeluarga.
Murah dan kawasannya yang tak besar mana membuatkan anda mudah bergerak tanpa tour guide.
Perlukah tour guide? Rasanya tak perlu kerana di sana andai anda ingin mendapatkan khidmat sewa bot/kapal dari agent di sepanjang jalan Aonang tu memang tak susah berkomunikasi.
Saya memilih agent bot yang beragama islam, pakai tudung lagi !
Jenuh saya berbahasa isyarat dan berbahasa omputih, dia tersenyum sambil menjawab dalam bahasa melayu !
Macam mana pandai cakap melayu? 'Saya orang Yala... Orang Yala boleh berbahasa melayu.." Ooooo....
Malamnya kami 4 beranak mundar mandir di pekan Aonang.. Teringin tengok nasi seakan makanan orang Malaysia yang dijual kakak pakai tudung bergerak dengan motor kedai nasi bungkus nya..
Susah payah berisyarat, kakak tu memberitahu "ayah saya orang kelantan.. Emak orang thailand"
Oooo... Sekali lagi saya ooo.. Patutlah nasi ni macam makanan Malaysia..
Jadi apalagi?
Jangan ragu untuk menziarah/ melancong ke Krabi..
SEBAIKNYA TINGGAL DI SEKITAR PEKAN AONANG KERANA DI SINI MUDAH UNTUK KEPERLUAN MAKANAN ORANG ISLAM..
Pulau paling terkenal yang orang suka pergi ialah PHI PHI ISLAND (sama sahaja destinasi pulau ni andai anda dari Phuket)
Jadi saya dah tak mahu pergi ke PHI PHI ISLAND sebab saya dah pernah pergi semasa melawat/ menziarah ke PHUKET
(Honeymood di Phuket)-SILA KLIK
(Honeymood di Phuket)-SILA KLIK
Oleh kerana anak kami nak sangat naik bot, kami pun sewa bot untuk ke FOUR ISLAND.. Itu sahaja !
Berikut adalah gambar-gambar kami semasa menziarah/melancong ke KRABI..
HOTEL PILIHAN :
Pekerja hotel ni amat 'best' dan sentiasa sedia membantu.. |
Sekitar kemudahan di hotel |
Internet pun laju je.. |
Adam Yusuf nak naik bas.. Kami naik bas dari airport Krabi ke Aonang (bas hantar hingga depan hotel) |
Adam Yusuf fanatik 'transportation' LOL Adam nak naik motor, ayah... |
Adam nak bot ! Kesian betul tengok gambar ni.. Hahaha |
Kalau boleh dia nak duduk macam budak depan tu ! Hehhhh... |
Menarik untuk dicuba! Umpama roti canai yang diolah resepi |
"Ayah saya orang kelantan, emak orang Thailand" Inilah kakak tu ! |
Ni antara hotel yang terdapat di tepi jalan besar... BUKAN HOTEL PENGINAPAN KAMI |
Buffet ni muslim punya kedai k... Berhampiran dengan masjid besar Aonang yang baru dibina |
Nyum nyum.. |
Hehe.. |
Saya dan anak-anak |
Peace !! |
bestnya...sy blom pernah ke luar negara..teringin juga satu hari nnt
ReplyDeleteInsyaAllah... Pasti sampai.. Vic ni g tmpt yg murah.. Hihi
ReplyDeletesaya suka blog awak :)
ReplyDeletecantek ya krabi
Terima kasih...
Deletesenang muslim food? baguih la
ReplyDeleteYe senang.. Tapi pastikan tinggal di Aonang ye.. Di krabi agak susah utk makanan islam ;)
Deletekrabi mmg best...
ReplyDeleteas salam vic..sy nk tanyer..kalo da tempah flight + hotel guna airasiago..utk flight..kite akn dpt itinery and boley check in utk dptkn boarding pass..mcm mane dgn hotel? ape yg perlu kite buat? print? utk di bawa ke hotel tu nanti?
ReplyDeleteMudah2an bulan 6 ni dapat la g krabi..hehe..
ReplyDelete