..............


Custom Glitter Text

Monday, February 17, 2014

Tips tidurkan bayi tanpa buaian! (UNTUK BAKAL IBU)

KHAS UNTUK BAKAL IBU...


Bagaimana nak tidurkan anak tanpa buaian?

Pastikan  beberapa langkah berikut.. 
(Ini cara saya praktikkan...) 


  • Mulakan dari lahir.. (Bawa cara dari hospital ke rumah..)
  • Pastikan bayi dah kenyang.. (Bayi yang baru lahir biasanya terbangun dan mahukan susu dalam tempoh yang kerap. Ia perkara biasa.. Mereka belum pandai untuk kenyang kerana faktor susu ibu mungkin belum lancar waktu awal kelahiran mereka. Para ibu harus sabar. Susu kan mereka sekerap mungkin hingga pasti mereka kenyang apabila mereka dah tidur dengan selesanya!)
  • Pastikan bayi selesa dan merasa selamat.. (bantu bayi untuk merasa selamat pada awal kelahiran dengan cara membedung..)
  • Pasti suhu bilik yang munasabah untuk bayi anda (ambil kira tahap kepanasan cuaca andai tak apakai aircond, gunakan aircond yang suhu selesa untuk bantu bayi tidur nyenyak)
  • Pastikan lampin pakai buang untuk bayi sentiasa kering (kalau basah atau berak belum cuci, jangan salah kan bayi tidur tak nyenyak ye..)
  • Pasang ayat-ayat suci secara paling perlahan (kerana bunyi akan makin deras)
  • Kalau dah tidurkan tanpa buaian, kita harus jangan lupa beri susu pada bayi apabila cukup waktu untuk menyusu, kejutkan bayi dengan susu tersedia.. Tak payah tunggu bayi anda meminta-minta menangis-nangis kan? Simple je, andai kita bagi susu dan bayi sedut, tanda nya bayi anda bersedia nak menyusu lagi.. Tapi kalau bayi tak mahu, kita cuba dalam 30minit lagi ok.. Boleh juga test dengan jari..(bayi akan lapar 1 jam 30 minit @ 2jam selepas susuan) Kalau kita 'sentiasa pastikan' perut bayi kenyang, bayi akan sambung tidurnya untuk cukupkan tidur mereka!  
  • Pastikan anak tak sakit ! 
  • Sabar adalah kunci segalanya :)

CARA-CARANYA:
Setelah semua di atas dipastikan sepertinya, biarkan bayi dalam posisi tidur. Bayi akan terlelap sendiri. Biarkan sahaja.. (Boleh pasang bacaan yasin &ayat-ayat suci) Lambat atau cepat bergantung pada tahap umur. Kalau yang baru lahir, masih mudah. Just follow the step, pasti kelamaan bayi tidur juga! Tapi kita WAJIB monitor bayi dari masa ke semasa ! 
Kalau yang dah besar dan nakal sikit tu, apabila semua di atas dah dipastikan, tepuk-tepuk manja yang sangat slow. Anak kita just nak pastikan kita ada dengan mereka je.. (jangan lah beria-ria sangat kerana binbang jadi tabiat)


TIPS TIDURKAN BAYI AGAR NYENYAK

Kalau tak tahu, boleh guna pakai cara hospital buat.. Ikut je cara hospital masa di rumah nanti.
Saya percaya hampir semua orang melahirkan anak di hospital. Secara tak langsung cara hospital praktikkan anak yang dah disusukan harus disendawa kan dahulu, pastu (balut/bedung) bayi agar bayi merasa selamat dan selesa. Pastikan kepala bayi mengereng atau tidurkan bayi dalam posisi mengereng sedikit. Bagaimana nak mengerengkan bayi? 
Lapik bantal di kiri kanan bayi. Tukar aturan kedudukan bayi dari masa ke semasa. Contohnya mengereng ke kanan 30minit, mengereng ke kiri 30minit. Apabila kita disekitar bayi, bolehlah kita ambil kesempatan tu tidurkn bayi dalam keadaan biasa (terlentang). Awasi anak yang tidur terlentang, ok..
(Tujuan tidurkan mengereng untuk elakkan bayi lemas andai mereka termuntahkan susu semasa tidur)


APABILA ANAK DAH BESAR, DAH MULA NAKAL...

  • Kekadang anak akan terjaga andai 'alert' ibu nya tak ada.. (Pengaruh otak mereka yang dah aktif)
  • Kita kena tidurkan semula mereka dengan cara berada di sisi mereka hingga mereka tidur semula..
  • Yang pastinya kita kena sediakan waktu yang cukup agar tidur mereka cukup..

Alhamdulillah saya berjaya menidurkan anak tanpa buaian.. Maklumlah buaian tu dah macam sebati dengan cara orang melayu kan... Tak dinafikan anak ke-2 saya memang agak sukar juga kerana anak saya yang ke-2 ni kerap menangis..
(Pendapat doktor pakar adalah anak yang bawah 4bulan memang akan aneka ragam sikit-tak semuanya-kalau ada yang jenis menangis-kalau dah check doktor disahkan tak sakit-sabarlah-insyaAllah selepas usia 4bulan,6bulan atau setahun setengah akan berubah menjadi 'stabil'-SABARLAH..)



Ini cara saya.. Tentu ada kekurangannya.. Sesiapa yang mempunyai pendapat lain, boleh lah share di komen anda nanti..

Terima kasih atas perhatian semua..
Saling berkongsi walaupun sedikit..
Salam ukhwah..






18 comments:

  1. Salam vic..
    saya pun biasakan anak tidur sendiri tanpa buaian.. tapi awal2 tu payah sikit sebab terpaksa bobok guna badan sendiri iaitu dukung baby sambil dodoikan lullaby songs.
    Tapi kebaikan tanpa buaian ni..senang nak bawa baby kat mana2.. sebab dia ngantuk..dukung dan dodoikan..dia tertidurlah..hehe.. kalau tidur kat mana2 contohnya hotel..tak perlu angkut buaian kemana2.. :).

    ReplyDelete
  2. Wsalam dear una..
    Betul tu kn una..
    Mcm sy ni suka 'berjalan' jd mmg da standby beberapa stratergi nk jayakan jugak mission ni. Hahah
    Ye.. Kekdg tu klu anak x kenyang, memang susah sgt nk tidur... Vic pun lalui sume tu..
    Huhu
    Tq share pengalaman kat komen ni ;)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah baby Syaurah dah 6 bulan masih tdo x guna buai di rumh sendiri.. tp kalau kt rumah opahnya dia tdo buai.. mmg lama dia tdo.. kadang tu sampai 4 jam berbanding tdo sendiri kat rumah dalam sejam or sejam setengah jer... baru plan nk beli buai tp rasa was2 tu tetap ada.. risau... hmmmm...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah baby Syaurah dah 6 bulan masih tdo x guna buai di rumh sendiri.. tp kalau kt rumah opahnya dia tdo buai.. mmg lama dia tdo.. kadang tu sampai 4 jam berbanding tdo sendiri kat rumah dalam sejam or sejam setengah jer... baru plan nk beli buai tp rasa was2 tu tetap ada.. risau... hmmmm...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. sy dh buat yg terbaek...xnk ajar ank tido buai...bila balik umah mak mertua...terus sruh beli buai...skrg ank sy klu nk tido xblh sy ulik mcm biasa...kena dduk dlm buai jgk...mcm mne nk atasi...sy dh stress

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la mcm sy... klu bole x nk ajr buai tpi klu balik umah MIL nk nangis skit je terus nk buai...kdg2 smbil tgah mnyusu bdan pon ank bunyi sikit ja amek ank sy terus msok buai...

      Delete
  8. sy dh buat yg terbaek...xnk ajar ank tido buai...bila balik umah mak mertua...terus sruh beli buai...skrg ank sy klu nk tido xblh sy ulik mcm biasa...kena dduk dlm buai jgk...mcm mne nk atasi...sy dh stress

    ReplyDelete
  9. sy ada masalah dengan anak ke-2 x nak tidur bawah.salah sy juga ajarkan bby tidur buai.nak ke mana² susah..sekarang bby dh 8 bln.agak² boleh x train tidur bawah dlm usia sekarang.sbb sy tudirkan bby dlm buai utk elakan kakak dia yg 3 thn x menggangu bby

    ReplyDelete
  10. Perkongsian yg baik dlm memahami bayi menbesar dsn memastikan keselamatan agar bayi yakin diri membesar.

    ReplyDelete
  11. Perkongsian yg baik dlm memahami bayi menbesar dsn memastikan keselamatan agar bayi yakin diri membesar.

    ReplyDelete
  12. Sy sengaja tak nak biasakan buaian. Tp baby dari dalam pantang jenis nangis menjerit takde suara (selak). Jadi kena dodoi, tepuk, bagi susu sambil mengempeng baru tidur. Semua saudara mara sy dan sebelah suami marah paksa ajar buaian sebab nanti pengasuh senang. Apa perlu sy buat?

    ReplyDelete