..............


Custom Glitter Text
Showing posts with label Tips... Show all posts
Showing posts with label Tips... Show all posts

Sunday, May 4, 2014

Umrah Persendirian 2014

Catatan Persediaan UMRAH PERSENDIRIAN/private kami..


Andai di izinkanNya, inilah pertama kali kami mengerjakan umrah secara beramai-ramai (keluarga)... Hajat ingin menunaikannya Umrah bersama-sama ibu bapa dan adik beradik bagaikan impian bagi setiap orang.
Memang kalau rancang beria-ria tidak pulak menemukan jalan cuti yang sama dan sebagainya (tidak seperti kebiasaan percutian keluarga kami sebelum ini). Entah kenapa kali ni tiba-tiba je kami dapat kata sepakat.
Paling gembira mak ayah mertua dan emak saya juga turut serta. InsyaAllah..

Hampir semuanya kami uruskan sendiri tanpa pakej umrah dari mana-mana agent..

Berikut beberapa catatan tak seberapa yang saya tulis di sini, bimbang terlupa nak titipkan. Mungkin jadi panduan pada yang lain..



Dokumen yang perlu:

1. Pastikan passport tempoh sah laku passport 6 bulan dari perjalanan kita. Beserta 6 mukasurat kosong.

2. Gambar visa yang diperlukan 1-2 keping. Latarbelakang berwarna putih.

3. Buku/Sijil suntikan Meningitis A+C

4. Salinan sijil nikah beserta cop 
pengesahan dari Jabatan...  Pastu bawa cop kat wisma putra kat putrajaya pulak k..(untuk pasangan berumur bawah 45 tahun)

5. Salinan sijil kelahiran untuk anak-anak beserta cop pengesahan Jabatan.. Pastu bawa cop kat wisma putra pulak k..(anak berumur bawah 18 tahun)

6. Sijil beranak/nikah/kad pengenalan mahram (bukti mahram bagi perempuan yang belum berkahwin)







Catatan penting:
* Salinan nikah/kelahiran tu nanti kami akan bawa cop pengesahan di Wisma Putra pula..
* Visa hanya boleh dimohon sebulan sebelum tarikh tiket kapal terbang-perjalanan (sila lantik agent    yang bertauliah untuk tujuan visa)-terdapat lebih kurang 20 agen yang di




Tiket Kapal Terbang
*Kami beli dari web airlines sendiri..
  -Kami memilih Emirates untuk penerbangan Umrah kami kali ini. Kami bercadang nak memilih jadual pesawat yang transit lama sikit di Dubai..

Nota penting: untuk online ticket Emirates, tiap nama penumpang yang kita enter, akan auto detect surname kat bahagian payment (credit card) so pilihlah nama siapa kredit card tu. Tapi kalau nak letak selain nama penumpang (credit card holder), cuba tukar 'surname' tu. Kalau tak boleh, tandanya memang tak dibenarkan lah. Bererti kredit kad harus dari penumpang sendiri, ok...


Hotel oleh: Kebiasaan percutian kami, kami selesa memilih Agoda 


**last minute kami guna khidmat 'sahabat' di sana untuk tempah hotel yang tak terdapat dalam senarai agoda atau go-mekah.com (sebab nak hotel yg murah) heheh**






Ya Allah...
Permudahkan lah segala urusan kami...



Semoga segala yang dirancang akan dipermudahkanNya dan mendapat izinNya.. Jangan putus berdoa kerana segalanya dengan izinNya..




**Alhamdulillah.. Kami selamat menjalani ibadah umrah & ziarah pada 15hb april dan selamat ke tanah air pd 26hb april..**





Monday, February 24, 2014

Mydin Mall yang istimewa -pelbagai kelengkapan untuk anda!


Rindu Mydin USJ!
Dulu masa duduk kat USJ 1, kami boleh ke sini jalan kaki je..
Hari-hari datang.. Dari mula Mydin Mall nak di set-up, penduduk setempat memang tertunggu-tunggu..

Waktu tu cuma ada Giant dan Summit yang berdekatan..
Sehingga lah Giant ditutup (sekarang Giant dah buat come back dengan wajah baru)

Sewaktu awal kemunculan Mydin, remaja lepasan sekolah di kawasan Usj banyaklah cuba untuk temuduga di Mydin. Mydin memberikan peluang pekerjaan pada setempat pada masa ini.

Selain itu, Mydin Mall memang best. Mereka menjaga 'service' mereka dengan keramahan pekerja, disamping kemudahan food court yang selesa, banyak aktiviti ekspo dan promosi berlangsung menarik minat pengunjung. Artis juga dijemput! Haa... Ramai lah yang ke sana nak tengok artis! Heheh. Masih ingat penangan kewujudan Mydin Mall di situ. Mydin mengangkat nama usj 1 dan menjadikan kawasan di situ sebagai stratergik untuk di diami! Memang meriah dengan aktiviti! Kenangan betul! Hihihi

Pekerja-pekerja Mydin Mall juga amat ringan tulang, tak pernah menyusahkan pengunjung, mereka sangat humble dan menyelesakan. Walau pun kebanyakannya dari kalangan pekerja asing, ambil ini sebagai saingan sihat untuk pekerja tempatan tingkatkan produktiviti.. (Ececehhhhh... Macam ayat politik LOL)
Kata orang keselesaan bekerja menunjukkan kejayaan majikan dalam pengurusan.

Padahal lumrah mengetahui,  Mydin bukan lah tempat shopping yang 'high class', tapi bila ke Mydin Mall, anda pasti tak merasa kekurangan apabila berada di sana. Macam-macam boleh di dapati di sana dengan harga mengikut 'budget' anda, pasti berbaloi untuk golongan yang mempunyai 'budget' tersendiri. Di Mydin Mall kesempurnaan akan terasa dengan 'service' mereka yang membuatkan pengunjung selesa di sini! Itu sebenarnya yang paling utama..

Biasanya kami ke sana untuk membeli barang dapur, membeli telekung, sejadah, air zam-zam, barangan keagamaan dan lain-lain lagi.. dan kadang kala ia juga menjadi lokasi untuk kami makan-makan! Yang paling penting ia adalah salah satu destinasi hujung minggu paling wajib andai kami tidak mempunyai plan lain.

Jadikan Mydin Mall sebagai destinasi hujung minggu anda.. Yesss! Hahaha


*lihatlah berapa saya rindu Mydin Mall sehinggakan tulis banyak betul! (Mydin Mall rindu i tak....? wakakaka!)

Saya & Regina Aisya di ig en suami
dengan #mydinusj

Suasana petang tadi-sebenarnya orang ramai betul!
Murah rezeki Mydin Mall ye...

Pekerja Mydin yang amat 'cool' dengan
karenah pengunjung yang tak pernah surut!

Food court Mydin Mall.
Maaf gambar saya tak menarik.. Hihi

Kelengkapan umrah/haji




Tuesday, February 18, 2014

Best tak KRABI ?


Kami di KRABI !!  


Kami pergi 4 beranak je, tanpa mertua, emak saya, mak su atau sesiapa sahaja dari kalangan keluarga kami. Tidak seperti kebiasaan destinasi percutian kami yang lain.. Sebabnya kami pergi ke sini tanpa dirancang apabila anak-anak kami sibuk nak naik kapal terbang ! Hari-hari tunjuk kapal terbang melintas di awan.. Kesian.. Jadi kami pergi ke sini.. Huhuhu..

UNTUK MUDAH/JIMAT TEMPAH HOTEL+FLIGHT, kami memilih AIRASIAGO (sila klik)

Peringatan: untuk yang membawa anak TANPA 'seat' khusus bagi bayi, tiket pesawat untuk bayi tidak disertakan di dalam pakej hotel+flight dalam web airasiago. Anda boleh membeli tiket berasingan untuk bayi anda di kaunter AIR ASIA (boleh lakukan di LCCT di hari penerbangan anda)

Kalau ingin ke Krabi, lebih baik tinggal di sekitar Aonang..
Kerana Aonang lebih banyak terdapat makanan untuk muslim.
Alhamdulillah di Aonang anda boleh dapati kedai makan muslim disepanjang jalan Aonang... (Rajin-rajin lah meronda dengan motor kalau ingin membuat pilihan, ok !)

Memang tak ada masalah !

Krabi juga amat sesuai untuk kunjungan anda sekeluarga.

Murah dan kawasannya yang tak besar mana membuatkan anda mudah bergerak tanpa tour guide.

Perlukah tour guide? Rasanya tak perlu kerana di sana andai anda ingin mendapatkan khidmat sewa bot/kapal dari agent di sepanjang jalan Aonang tu memang tak susah berkomunikasi. 
Saya memilih agent bot yang beragama islam, pakai tudung lagi ! 
Jenuh saya berbahasa isyarat dan berbahasa omputih, dia tersenyum sambil menjawab dalam bahasa melayu !
Macam mana pandai cakap melayu? 'Saya orang Yala... Orang Yala boleh berbahasa melayu.." Ooooo.... 
Malamnya kami 4 beranak mundar mandir di pekan Aonang.. Teringin tengok nasi seakan makanan orang Malaysia yang dijual kakak pakai tudung bergerak dengan motor kedai nasi bungkus nya..
Susah payah berisyarat, kakak tu memberitahu "ayah saya orang kelantan.. Emak orang thailand"
Oooo... Sekali lagi saya ooo.. Patutlah nasi ni macam makanan Malaysia..

Jadi apalagi?
Jangan ragu untuk menziarah/ melancong ke Krabi.. 

SEBAIKNYA TINGGAL DI SEKITAR PEKAN AONANG KERANA DI SINI MUDAH UNTUK KEPERLUAN MAKANAN ORANG ISLAM..


Pulau paling terkenal yang orang suka pergi ialah PHI PHI ISLAND (sama sahaja destinasi pulau ni andai anda dari Phuket)

Jadi saya dah tak mahu pergi ke PHI PHI ISLAND sebab saya dah pernah pergi semasa melawat/ menziarah ke PHUKET
(Honeymood di Phuket)-SILA KLIK


Oleh kerana anak kami nak sangat naik bot, kami pun sewa bot untuk ke FOUR ISLAND.. Itu sahaja !  

Berikut adalah gambar-gambar kami semasa menziarah/melancong ke KRABI..

HOTEL PILIHAN : 

Pekerja hotel ni amat 'best' dan sentiasa sedia membantu..

Sekitar kemudahan di hotel

Internet pun laju je..


Adam Yusuf nak naik bas.. Kami naik bas dari airport Krabi ke Aonang
(bas hantar hingga depan hotel)

Adam Yusuf fanatik 'transportation' LOL
Adam nak naik motor, ayah...

Adam nak bot !
Kesian betul tengok gambar ni.. Hahaha

Kalau boleh dia nak duduk macam budak depan tu ! Hehhhh...


Menarik untuk dicuba!
Umpama roti canai yang diolah resepi

"Ayah saya orang kelantan, emak orang Thailand"
Inilah kakak tu !
 

Ni antara hotel yang terdapat di tepi jalan besar...
BUKAN HOTEL PENGINAPAN KAMI

Buffet ni muslim punya kedai k...
Berhampiran dengan masjid besar Aonang yang baru dibina



Nyum nyum..

Hehe..



Saya dan anak-anak

Peace !!  


Kalau suka baca KAMI DI GUILIN-YANG SHUO-LONG JI (sila klik)



Terima kasih kerana 'menziarah' blog saya !







Thursday, November 11, 2010

Mahu gembira, Alhamdulillah...

Terdiam dan binggung memikirkan apa lagi yang boleh saya 'bantu'.. Berkali-kali persoalan yang sama.. Sedih melihat tangisnya.. Sungguh..


'Kau ok je.. kenapa aku tak...'
'Kawan, saya juga manusia biasa..'
'Tapi aku macam ni, macam tu.. kau tak pula?.. asyik kecewa,sedih dan terkena je aku ni!'
'Kawan, percayalah.. sedih,tawa,kecewa dan segala fitrah manusia tentunya ada juga pada saya'
'Eleh.. kau tu ok tapi tak bersyukur!'
'Ye... 'syukur' adalah kuncinya..'
'Dah ok, macam mana tak 'diam''
'Memohon, meminta, mengadu hanya lah pada DIA'
'Kau pun boleh 'jaga' mak bapa kau'
'Itu memang tanggungjawab kita... 'tak boleh tak'... tanamkan begitu..'
'Aku tak boleh lah hidup macam ni.. macam tu..'
'Realistiklah, kawan.. apa lagi yang boleh saya katakan?'

Pelbagai persoalan yang timbul.. Semakin berjela-jela.. Sudah beribu kali mungkin sepanjang perkenalan.. Kawan, saya bukan lah cerdik pandai.. bukan juga berilmu kebal... atau bukan ustazah..

Saya juga hanyalah hambaNYA yang tak putus dari kesilapan..
Yang juga ditimpa musibah..
Yang juga dilanda kesedihan..
Dilanda ketakutan..
Punya waktu susut..
Punya rasa tidak cukup (nauzubillah..)
Dan segala yang ada pada manusia
Kerana saya hanyalah manusia..

'Tak pernah dengar pun!'
'Saya 'dengarkan' yg gembira..'
'Takkan aku tak boleh tahu'
'DIA je yang Maha Mendegar.. Maha mengetahui..'
'Ye lah.. tapi takkan tak nak share dengan aku'
'Boleh berbincang andai 'perlu'.Yang lain-lain, biarlah hanya DIA yang tahu..'



Teringat lagu yang pernah laman Kak Ummu mainkan.. Maher Zain 'Open Your Eyes'...
Selain membuktikan kewujudanNYA..
InsyaAllah, 'Syukur' di situ..



'Alhamdulillah'


vic-mycerita.blogspot.com

Tuesday, November 9, 2010

Permulaan 'Blog'




Baru je menulis di blog ni (secara fokus.. hehehe)..


Hari-hari permulaan kelihatan terlalu 'biasa' kerana menggunakan apa yang ada.. Belum pandai nak buat macam tu macam ni.. Malah tak terfikir pun..
Paling kelakar bila nak pakai 'apa yang ada' tu pun tak reti.. (hihihi..)


Selepas tu, tengak blog-blog senior, mula lah i tertanya-tanya dalam hati 'eh, macam mana nak buat tu..? macam mana nak buat ni..?' huh.. kelakar nya i macam terkena kejutan budaya.. (lor.. ahahaha)


Yang menjadi mangsa? Tentulah Eg dan Nicky.. sibuklah i sms mereka..(kesian mereka pun sibuk dengan kerja lagi kan...) Lebih haru lagi bila suamiku juga terlibat.. (kikikiki) Abis semua persoalan i tanya kat dia.. Masalahnya, dia sendiri pun tak ada blog (errr.. hihihihi).. Kiranya, suamiku telah menjadi mangsa keadaan.. (hihihihi)


Tapi masih belum mendapat jawapan pada setiap persoalan.. Eg dan Nicky tentulah sibuk bekerja, lagipun, kami BELUM pernah berjumpa di luar atas sebab-sebab yang 'remeh' macam ni... so, kalau nak mengajar pun dah tentu jadi susah andai melaui telipon je kan... Dan i pula tidaklah berkawan or berjumpa orang melainkan 'dengan apa yang ada di dalam umah ni' huhuhu..
Suamiku pula, dia balik pun dah lewat (kebetulan bulan ni suamiku paling sibuk).. kekadang dia nampak juga lah muka ku yang berkerut memikir apa yang patut (blog ni).. Ada juga lah dia menyuarakan pendapatnya tetapi, maklum je lah.. I tahu ia tidak membantu apa yang i mahu tahu... (i nak tahu semuanya perkara-perkara advance yang dilakukan oleh senior sedangkan suami tak pernah nak membaca blog or apa lagi nak 'tahu' tentang blog.. kikikiki)



Last-last, i buat keputusan senarai kan apa yang i nak tahu, i start mencari info di:
(Macam tips juga ni... kikiki)
  • Butang HELP (tekan pada setiap persoalan)
  • Tengok tutorial di Blog-blog lain... (contohnya blog http://aizatabuhassan.com )
  • Buat perbandingan dan tuliskan perbezaan bagi setiap jawapan yang ditemui
  • 'Test' pada tiap jawapan yang ditemui tadi..
**Khusus bagi sesiapa yang ingin mencuba sendiri di rumah, TANPA ADA SESIAPA BERDEKATAN YANG BOLEH MEMBANTU.. hihihi**



Lepas tu, mula lah 'survey' macam mana nak masuk kan itu ini pula.. (hehehe..)
TETIBA i punya layout blog jadi macam layout ANGKASAWAN negara.. (ahahaha..)
Tapi, tak pe... i bertahan dulu sebagai barang eksperimen... huhuhu..




DAN malam yang paling sadis bila tetiba i tekan sana sini, i hampir hilang semua yang i buat, setting nya pula tak tahu lah nak cakap... dah jadi tunggang langgang betul...
Seharian i 'mendiamkan diri'... I protes dengan suami bila merasa diri 'belum pandai' dan suamiku pula, cukup sporting, dia seolah menggalakkan i mencuba lagi walaupun hanya sekali lagi.. (hehehe)
Jadi, cuba lagi dan inilah hasilnya untuk hari yang semalam dan hari ini... setakat ni lah kan..
*Walaupun blog i jadi macam blog 'jual anak patung'... TETAPI Gambar layout kartun comel adalah bertujuan untuk 'mendamaikan hatiku' ketika itu.. hihihi
(yang penting, i suka.. hehehe)
*Blog ku cuma lah sebuah MyCerita, so i just tulis apa yang terlintas or apa2 info yang i nak kongsi.. umpama cerita dongeng pun ada.. kikiki



Ada lagi yang i masih nak cuba buat tapi kadang-kadang rasa tak suka bila blog jadi penuh sangat.. Tapi pun, masih ada nak belajar teknik-teknik 'link' yang andai untuk tujuan penulisan yang panjang sangat (seperti simpan di dokumen lain tu.. ) Tak tahu macam mana nak terangkan.. Nanti lah, 'study' dulu.. pastu, baru tahu macam mana nak cakap.. (hihihi)

So, setakat ni, i belum nak buat apa-apa pembaharuan dulu.. Just biarkan apa yang ada ni dulu.. Sebab mimpi ngeri yang betul-betul buat i jadi 'blur' pasal blog 'berterabur' tu dulu masih lagi menghantui.. (kikiki)

Tak pe.. tengok pada apa yang perlu nanti, barulah belajar lagi kan...
Hehehe...
So, relaks dulu kan....???!!!



vic-mycerita.blogspot.com

Saturday, October 30, 2010

Berjimat Ketika Melancong

Bercuti memang menyeronokkn. Namun kebanyakkn kita yg melancong ke luar negara, duit dibelanjakn seperti air paip..

Kadar pertukaran wang asing yg tinggi berbanding negara kita dan aktiviti membeli belah yang tidak boleh dibendung menyebabkn wang sentiasa susut..

Justeru itu, tips di bawah mungkin dpt membantu kita berjimat sebahagian perbelanjaan yg diperuntukan utk bercuti:- 

  • Bawa makanan ringan
Ketika melancong, kita selalu mahu membeli makanan disebabkn lapar krn penat berjalan ke sana ke mari. Jadi, dengan adanya makanan ringan yg dibawa, ia bole dijadikan alas perut sebelum sampai waktu makan tengah hari atau malam..

  • Sentiasa membawa botol air
Jika sentiasa membeli air, tanpa disedari kita membelanjakn hampir ratusan ringgit krn air saja.
*terutama andai di negara yg matawang nya lagi tinggi cthnya negara Eropah*

  • Jalan Kaki
Rajin2lah berjalan kaki ketika melancong krn banyak tempat atau benda menarik yg bole dilihat jika berjalan kaki. Apa yg paling penting, kita dpt berjimat sedikit krn tidak perlu membayar tambang bas. Duit tu masih boleh digunakan utk perkara lain.

  • Cari pakej yg murah
Utk menjimatkn lg perbelanjaan ketika melancong, cuba cari pakej yg menarik n murah. Kadang-kadang ada hostel yg murah yg memberi sarapan pagi percuma.
(Jadi sebelum bercuti, carilah maklumat seberapa banyak yg mungkin)

  • Beli makanan dikedai runcit
Ini krn jika makan di restoran, harganya akan mahal n jarang makanan halal ditemui.. Lebih baik beli roti, jem, ikan tuna dlm tin, buah-buahan dikedai runcit.. Hamparkan kain sarung n berkelahlah di mana2 tempat yg menarik n tak mengganggu…

**Petikan di atas i ambil n 'salin semula' dari artikel Harian Metro keluaran khamis 28hb Oct 2010:bertajuk ‘cara berjimat ketika melancong’ tetapi telah diringkaskn menjadi bahan bacaan yg lebih pendek**


Apabila membaca artikel di atas, terpanggil utk berkongsi di dlm ruangan blog ni krn mmg ia adalah tips yg penting agar kita memahami, bercuti/melancong masih boleh kita uruskan secara 'jimat cermat'.. Terus terang,hampir semua di atas akan dipraktikkn oleh me n my suami pd tiap kali kami melakukan 'xpdc' ke mana2 destinasi yg jauh apatah lagi andai ke negara org yg tentunya akan menyebabkan kita mengalami kesukaran mencari makanan.. disamping ingin mengekalkan 'budget' yg kami telah putuskn sebelum memulakan perjalanan..


Melancong bukan bermaksud 'enjoy' or berhabis-habisan.. jadi, bersedia lah dgn perancangan yg lebih teliti n cari lah maklumat seberapa byk sblm bertolak ke destinasi...

Melanconglah wpun di dlm negara asalkan kita dpt melihat tempat org...


***********************


vic-mycerita.blogspot.com