..............


Custom Glitter Text

Sunday, May 4, 2014

Umrah Persendirian 2014

Catatan Persediaan UMRAH PERSENDIRIAN/private kami..


Andai di izinkanNya, inilah pertama kali kami mengerjakan umrah secara beramai-ramai (keluarga)... Hajat ingin menunaikannya Umrah bersama-sama ibu bapa dan adik beradik bagaikan impian bagi setiap orang.
Memang kalau rancang beria-ria tidak pulak menemukan jalan cuti yang sama dan sebagainya (tidak seperti kebiasaan percutian keluarga kami sebelum ini). Entah kenapa kali ni tiba-tiba je kami dapat kata sepakat.
Paling gembira mak ayah mertua dan emak saya juga turut serta. InsyaAllah..

Hampir semuanya kami uruskan sendiri tanpa pakej umrah dari mana-mana agent..

Berikut beberapa catatan tak seberapa yang saya tulis di sini, bimbang terlupa nak titipkan. Mungkin jadi panduan pada yang lain..



Dokumen yang perlu:

1. Pastikan passport tempoh sah laku passport 6 bulan dari perjalanan kita. Beserta 6 mukasurat kosong.

2. Gambar visa yang diperlukan 1-2 keping. Latarbelakang berwarna putih.

3. Buku/Sijil suntikan Meningitis A+C

4. Salinan sijil nikah beserta cop 
pengesahan dari Jabatan...  Pastu bawa cop kat wisma putra kat putrajaya pulak k..(untuk pasangan berumur bawah 45 tahun)

5. Salinan sijil kelahiran untuk anak-anak beserta cop pengesahan Jabatan.. Pastu bawa cop kat wisma putra pulak k..(anak berumur bawah 18 tahun)

6. Sijil beranak/nikah/kad pengenalan mahram (bukti mahram bagi perempuan yang belum berkahwin)







Catatan penting:
* Salinan nikah/kelahiran tu nanti kami akan bawa cop pengesahan di Wisma Putra pula..
* Visa hanya boleh dimohon sebulan sebelum tarikh tiket kapal terbang-perjalanan (sila lantik agent    yang bertauliah untuk tujuan visa)-terdapat lebih kurang 20 agen yang di




Tiket Kapal Terbang
*Kami beli dari web airlines sendiri..
  -Kami memilih Emirates untuk penerbangan Umrah kami kali ini. Kami bercadang nak memilih jadual pesawat yang transit lama sikit di Dubai..

Nota penting: untuk online ticket Emirates, tiap nama penumpang yang kita enter, akan auto detect surname kat bahagian payment (credit card) so pilihlah nama siapa kredit card tu. Tapi kalau nak letak selain nama penumpang (credit card holder), cuba tukar 'surname' tu. Kalau tak boleh, tandanya memang tak dibenarkan lah. Bererti kredit kad harus dari penumpang sendiri, ok...


Hotel oleh: Kebiasaan percutian kami, kami selesa memilih Agoda 


**last minute kami guna khidmat 'sahabat' di sana untuk tempah hotel yang tak terdapat dalam senarai agoda atau go-mekah.com (sebab nak hotel yg murah) heheh**






Ya Allah...
Permudahkan lah segala urusan kami...



Semoga segala yang dirancang akan dipermudahkanNya dan mendapat izinNya.. Jangan putus berdoa kerana segalanya dengan izinNya..




**Alhamdulillah.. Kami selamat menjalani ibadah umrah & ziarah pada 15hb april dan selamat ke tanah air pd 26hb april..**





22 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..
      Maaf, blog saya ni sekadar isi masa lapang.. Sy adalah surirumah sepenuh masa..
      Skrg mmg jarang buka sbb sibuk sikit

      Catatan di ats tu mmg tu la yg kami lakukan masa nk buat umrah tu..
      Ttg harga bergantung pd jenis flight yg encik pilih, bilik, mkn minum, kos ziarah ada ke tak..

      Flight boleh tgk mana yg murah dari sini
      http://www.skyscanner.com.my

      *pilih flight ikut harga yg kita mampu. Ikut budget.
      So drpd skyscanners tu kita juga boleh compare harga dr agent juga..

      Hotel mcm sy nyatakan.. Cari agent online.. Sbb kalau direct web hotel, ianya availabe rate.. Rate agent online ni umpama agent lain juga.. Sy guna agoda shj.. Tp last minute kenalan bapa yg kebetulan di sana cari bilik lain utk kami.

      Makan minum, plan nk ziarah apa, semua tu atas kita sendiri..

      Harap ia membantu pihak tuan, maaf apa yg terkurang

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. oh! belum login lago tuan blog nie, bila agaknya nak buka komen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya tuan blog tak buka komen kut!

      Delete
    2. Memang dia dah tak buka komen

      Delete
    3. Salam..
      Sy mmg jarang buka blog sbb ia sampingan je.
      Walaupun sy tak buka blog, kebanyakan org yg bertanya ttg entri blog sy, mereka direct whatsapp sy..

      :)

      Delete
  4. Tahniah untuk anda yang telah menunaikan umrah cara persendirian atau umrah tidak melalui agen. Cerita anda ini kalau boleh di kongsikan kepada bakal jemaah yang memilih cara ini adalah sangat berguna dan ilmu itu dapat di kembangkan. Selagi ilmu yg kita kembangkan walaupun ianya merupakan umrah persendirian ini dan ianya di ikuti, pasti anda akan mendapat sedikit pencen darinya. Oleh itu marilah kita sama-sama kembangkan pengetahuan menunaikan Umrah Cara Persendirian dgn pelbagai cara media sosial yang ada dewasa ini.


    UMRAH PERSENDIRIAN
    Saya telah mewujudkan whatsapp group atas nama 'Umrah Persendirian' kerana dewasa ini penggunaan whatsapp lebih di sukai masa kini. Group whatsapp pertama sudahpun penuh. Satu group telegram juga di wujudkan atas nama sama tetapi kurang disukai kerana tidak mesra pengguna.
    Tujuan group di buat antaranya mengumpul mana2 jemaah yang telah menunaikan umrah cara persendirian atau cara tanpa agen dan apa2 nama yg membawa erti umrah persendirian serta bakal bakal jemaah umrah yang memilih cara umrah persendirian.

    Group yang sudah mempunyai keahlian melebihi 50 org telah aktif dan ada beberapa ahlinya yang sudah melakukan umrah cara persendirian ini. Perjumpaan pertama antara ahli yang berada di Lembah Klang dan yang dapat hadir akan di buat dalam masa terdekat.

    Keahliannya terbuka kepada semua oyrang Islam berumur 18 tahun dan ke atas tanpa syarat lain.

    Sekiranya saudara/saudari berugama Islam membaca tulisan ini, saudara-saudari berhajat menyertai whatsapp itu boleh berbuat dgn menghubungi email umrahsenang@gmail.com untuk mendapatkan no whatsapp atau apa-apa maklumat berkaitan.

    Akhir sekali, marilah kita sama-sama berjimat dalam melakukan ibadah umrah cara persendirian dengan kadar 30% ke 50 % dari kadar mengikut pakej TA.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..
      Ye, memula sblm buat segalanya sendiri, sy juga spt org lain view di blog2 org yg pernah buat spt ini.
      Tentu susah nak faham memula nya.. Tp bila kita 'buat je' ikut saranan tu, akhirnya akan nampak cara nya & jd mudah insyaAllah..
      Segalanya dgn izinNya. Wallahualam.

      Terima kasih krn membaca catatan ringkas sy ini.

      Delete
  5. Tuan rumah, mohon laluan sedikit untuk memasukkan perkara di bawah. Terima kasih tuan rumah.

    UMRAH PERSENDIRIAN

    Sememangnya ramai rakyat Malaysia yang berhajat menunaikan umrah cara persendirian atau umrah tidak mengikut pakej dari mana-mana travel agen. Mungkin faktor utama pemilihan UMRAH cara PERSENDIRIAN ini di sebabkan kos yang kurang dari kos mengikuti pakej TA di samping sedikit faktor lain.

    Wujudnya group whatapps atas nama "Umrah Persendirian" yang saya upload pada 31 ogos 2014 telah mendapat sambutan yang sangat tak terduga. Dalam masa dua hari sahaja UP whatsapp tersebut telah mencapai tahap maksima bil ahlinya. "Umrah Persendirian G2" di tambah bagi menampung jumlah yang terus meningkat. Walau bagaimanapun G2 juga akan menghampiran jumlah maksima.

    Atas faktor jumlah mereka yang berminat dgn umrah persendirian samaada mereka merancang menunaikan umrah cara persendirian dalam masa terdekat atau sebagai persediaan ilmu tentang cara menunai umrah persendirian di masa akan datang, mereka terus menghantar email meminta menjadi member UP.
    Bagi memenuhi jumlah permintaan yang bertambah, saya telah mewujudkan UMRAH PERSENDIRIAN dgn menggunakan “telegram” tetapi mengekalkan tujuan dan matlamatnya. Telegrem sememangnya tidak popular dan tidak mesra pengguna masa ini tetapi ia dapat menampung jumlah ahli sehingga 200 orang. Telegram akan di minati di masa akan dating, insyaallah.

    Jika anda pembaca semua berminat menyertai "telegram ‘Umrah Persendirian’" group UP tersebut dengan syarat beragama Islam serta berumur 18 tahun ke atas bolehlah menghantar email menyatakan hajat itu kepada email : umrahsenang@gmail.com

    Sekian terima kasih

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum wrt wbt...

    Saya ingin bertanyakan permohonan visa umrah kepada saudari.Kebanyakan agensi2 umrah tak menyediakan perkhidmatan permohonan visa umrah sahaja tapi perlu mengambil pakej yg mereka tawarkan dahulu,baru boleh memohon visa. Jadi boleh saya tahu agensi umrah mana yang saudari maksudkan(yang bertauliah) yang boleh membantu saya untuk pemprosesan visa umrah.

    Saya berhajat dengan ibu bapa saya untuk menunaikan umrah pada januari 2015 bersama pelajar-pelajar Malaysia di Jordan.Cumanya saya perlu memohon visa di Malaysia sebelum menunaikan umrah bersama mereka.

    Saya harap saudari dapat membantu saya.:)


    sekian,terima kasih.:)

    ReplyDelete
  8. Mohon laluan sedikit untuk memasukkan perkara di bawah. Terima kasih tuan rumah.

    UMRAH PERSENDIRIAN
    Ramai rakyat Malaysia yang berhajat menunaikan umrah cara persendirian. Mungkin faktor utama pemilihan UMRAH cara PERSENDIRIAN ini di sebabkan kos yang kurang dari kos mengikuti pakej di samping faktor kepuasan

    Wujudnya group telegram atas nama "Umrah Persendirian" yang saya upload terdahulu telah mendapat sambutan yang sangat tak terduga. Dalam masa dua bulan dua group telah di perlukan di mana setiap group telegram boleh menerima 200 member. Kini group ke 3 pula di mulakan
    Pertemuan Ahli UP yang sedia telah mengadakan pertemuan tidak formal sambil bersantai di Lembah Klang pada 14 sept 2014. Pertemuan ini lebih kepada pertemuan pengenalan sahaja, tetapi telah mewujudkan PRM yang ada kini.
    Atas faktor jumlah mereka yang berminat dgn umrah persendirian samaada mereka merancang menunaikan umrah cara persendirian dalam masa terdekat atau sebagai persediaan ilmu tentang cara menunai umrah persendirian di masa akan datang, mereka terus menghantar email meminta menjadi member UP.
    Bagi memenuhi jumlah permintaan yang bertambah, saya telah mewujudkan UMRAH PERSENDIRIAN dgn menggunakan “telegram” group ke 3 tetapi mengekalkan tujuan dan matlamatnya.

    Jika anda pembaca berminat menyertai "telegram ‘Umrah Persendirian’" group UP tersebut dengan syarat :
    1. beragama Islam
    2. berumur 18 tahun ke atas dan
    3. berminat menyertai

    di kehendaki memohon kepada email menyatakan hajat itu dan menyertakan no telegram kepada email : umrahsenang@gmail.com
    Ada yang bertanya, kenapa tidak di letakkan no telegram moderator;
    Jawapnya no pengguna telegram adalah hidden dan sesiapa yg berminat hendak berusaha sedikit.

    Sekian terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah email aba h.. Email umrahsenang... Mohon bantu.. Jazakallah..

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  9. ASSALAMUALAIKUM SEMUA


    UMRAH PERSENDIRIAN APPL TELEGRAM

    Asalnya menggunakan whatsapp (rengkasnya UP) di wujudkan pada awal 05 jun 2014, kini keahlian melebehi 400 org. Disebabkan group UP telah melebihi bilangan 50 yang dapat di tampung melalui satu group whatApp, UP mewujudkan perantara perhubungan "telegram" yg membolehkan lebih ramai ahli UP di add dlm satu group dgn nama yang sama iaitu Umrah Persendirian. Satu group telegram boleh tampung 200 pax. Kini dah ada group 3.

    Apapun yg di gunakan tidaklah di kesahkan salkan matlamat dan tujuan tercapai. tujuan menyampaikan pengalaman individu atau kumpulan dari kalangan ahli yang telah menunaikan umrah cara persendirian ataupun UMRAH DIY kepada bakal jemaah yang bercadang menunai umrah cara ini. Di dalam kumpulan, terdapat beberapa orang yang telahpun menunaikan UMRAH cara UP sebelum group ditubuhkan dan ada ahli group yang menunaikan ibadah umrah selepas UP ini di tubuhkan.


    Perbincangan group hanya memfokoskan pada cara hendak mendapatkan visa umrah bagi bakal jemaah persendirian, penempahan tiket dan hotel, serta cara melaksanakan ibadah umrah dan lain-lain perkara berkaitan umrah. Bagaimana pun berlaku juga muatnaik perkara lain seperti hal haji semasa musim haji ini.


    UP group memang telah membantu memberi penerangan bagi bakal jemaah umrah cara persendirian dari mula sampailah kepada perlaksanaannya.

    Semangat dan keinginan yang bagitu membara di kalangan ahli terhadap UP telah membawa kepada satu perjumpaan tidak formal yang telah berlangsung pada 14 sept 2014 bertempat di Dewan Mesyuarat DBKL bersebelahan Padang Merdeka Kuala Lumpur. Kehadiran dari pelbagai daerah di Malaysia, ada dari Kelantan, Johor bahkan ada yang sanggup terbang dari Sarawak selain dari lembah Klang termasuk Seremban dan Melaka. Kebetulan juga ada tiga orang yang hadir adalah ustaz yang pernah belajar di Pakistan, Mesir dan Jordan dan tinggal di Jedah menguruskan perniagaan termasuklah menguruskan para jemaah umrah persendirian. Dalam sesi taaruf memang banyak pengalaman dari para hadirin, sebelum ini kurang terdedah kepada pengetahuan umum khasnya rakyat Malaysia yang ingin menunaikan umrah.

    Dindalam group UP terdapat juga penterjemah khutbah ke Bahasa Melayu di Masjidil Haram iaitu Ustaz Aswadi yg sering memberikankan maklumat semasa di Mekkah dan beberapa pelajar lain di Mekkah. Dua pelajar Universiti Islam Madinah dan beberapa orang petugas Meccametro (ERL ARAFAH-MINA) dimusim haji yg lepas.

    Jika pembaca di sini berhajat menyertai group telegram ters3but dgn syarat seorang berugama Islam dan berumur melebihi 18 tahun, bolehlah menghubungi dgn memberikan no telegramnya ke email, umrahsenang@gmail.com. Tuanpuan juga boleh menghubungi terus ke ID telegram saya @umrahpersendirian bagi yg arig sistem telegram.


    Tiada apa kewangan terlibat oleh itu tiada apa bayaran di kenakan oleh UP.

    Terima kasih semua pembaca dan terimakasih tuan rumah VIC.

    ReplyDelete
  10. Salam Cik Vic,
    Boleh kongsi pengalaman umrah sendiri disana?
    ni email sya syazawaninadirah@gmail.com.. kalau bole sya nk berwhatsapp =) thanks

    ReplyDelete
  11. As salam. Saya dan isteri serta seoarng anak dah tempah tiket ke dubai pada 4.12.2016-18.12.2016 dan tiket dubai jedah pada 16.12.2016. masalah kami untuk dapat visa umrah.Mohon jasabaik puan untuk introduce kami dgn agen visa umrah. h/p 012 2342705 dan email: ahmadismail48@gmail.com

    ReplyDelete
  12. As salam. Saya dan isteri serta seoarng anak dah tempah tiket ke dubai pada 4.12.2016-18.12.2016 dan tiket dubai jedah pada 16.12.2016. masalah kami untuk dapat visa umrah.Mohon jasabaik puan untuk introduce kami dgn agen visa umrah. h/p 012 2342705 dan email: ahmadismail48@gmail.com

    ReplyDelete