..............


Custom Glitter Text

Thursday, November 11, 2010

Mahu gembira, Alhamdulillah...

Terdiam dan binggung memikirkan apa lagi yang boleh saya 'bantu'.. Berkali-kali persoalan yang sama.. Sedih melihat tangisnya.. Sungguh..


'Kau ok je.. kenapa aku tak...'
'Kawan, saya juga manusia biasa..'
'Tapi aku macam ni, macam tu.. kau tak pula?.. asyik kecewa,sedih dan terkena je aku ni!'
'Kawan, percayalah.. sedih,tawa,kecewa dan segala fitrah manusia tentunya ada juga pada saya'
'Eleh.. kau tu ok tapi tak bersyukur!'
'Ye... 'syukur' adalah kuncinya..'
'Dah ok, macam mana tak 'diam''
'Memohon, meminta, mengadu hanya lah pada DIA'
'Kau pun boleh 'jaga' mak bapa kau'
'Itu memang tanggungjawab kita... 'tak boleh tak'... tanamkan begitu..'
'Aku tak boleh lah hidup macam ni.. macam tu..'
'Realistiklah, kawan.. apa lagi yang boleh saya katakan?'

Pelbagai persoalan yang timbul.. Semakin berjela-jela.. Sudah beribu kali mungkin sepanjang perkenalan.. Kawan, saya bukan lah cerdik pandai.. bukan juga berilmu kebal... atau bukan ustazah..

Saya juga hanyalah hambaNYA yang tak putus dari kesilapan..
Yang juga ditimpa musibah..
Yang juga dilanda kesedihan..
Dilanda ketakutan..
Punya waktu susut..
Punya rasa tidak cukup (nauzubillah..)
Dan segala yang ada pada manusia
Kerana saya hanyalah manusia..

'Tak pernah dengar pun!'
'Saya 'dengarkan' yg gembira..'
'Takkan aku tak boleh tahu'
'DIA je yang Maha Mendegar.. Maha mengetahui..'
'Ye lah.. tapi takkan tak nak share dengan aku'
'Boleh berbincang andai 'perlu'.Yang lain-lain, biarlah hanya DIA yang tahu..'



Teringat lagu yang pernah laman Kak Ummu mainkan.. Maher Zain 'Open Your Eyes'...
Selain membuktikan kewujudanNYA..
InsyaAllah, 'Syukur' di situ..



'Alhamdulillah'


vic-mycerita.blogspot.com

No comments:

Post a Comment