..............


Custom Glitter Text

Wednesday, November 10, 2010

Songkla, Thailand

Ini hanya lah sebuah pengalaman (sebelum hamil, hihihi) apabila saya, ibu dan suami membuat keputusan untuk ke SONGKLA memandu 'kereta sendiri'... Untuk tujuan itu, pastikan:
  • Geran kereta asal dibawa bersama pemilik kereta (seperti nama dalam geran) 
  • Passport dibawa TETAPI andai kelahiran IC Perak, Kedah dan beberapa negeri sempadan yang lain, tak perlu passport pun tak pe.. (boleh rujuk ke jabatan berkenaan dan syarat2nya sekali krn terdapat syarat kilometer juga kalau tak silap..) -Akan diberi surat/dokumen yang telah di 'cop' sebagai ganti passport..


Jadi, kesempatan kami ke rumah kakak ke-2 yang tinggal di Jitra, memudahkan urusan kami ke sana.. Lagipun Jitra (rumah kakak ke-2) nak ke sempadan / Danok cuma lah dalam masa hampir 15minit je.. Dan dari Danok nak ke Hatyai pula tak sampai 40minit (bergantung pada cara pemanduan, kami memandu dalam keadaan santai je.. hihiihi). Biasanya kami selalu pergi ke Danok dan Hatyai sahaja (dari Jitra).. Tapi, kali ni atas permintaan ibu, kami akhirnya ke Songkla... Ini juga perjalanan yang pertama kali buat saya dan suami ke destinasi SONGKLA.. (hehehe)

Jadi, pergi lah kami bertiga sahaja..



Pemandangan sepanjang jalan PEKAN HATYAI


Kami memandu berdasarkan papan tanda jalan.. Senang je.. caranya fokus pada papan tanda yang tulis nya HATYAI atau SONGKLA sahaja.. Yang tulisan-tulisan Thailand yang lain tu, sila abaikan kerana destinasi yang 'famous' tetap akan ditulis guna abc juga.. kikiki.. 
(.. insyaAllah tak sesat...)

Walaupun tujuan nak pergi ke SONGKLA, tetapi kami tetap mahu singgah di kawasan HATYAI untuk makan.. Kami bimbang 'semakin ke dalam' semakin susah nak dapat makanan halal.. Seperti biasa, kami singgah di Chekar restaurant (Pengaruh dari kakak-2 ku.. hihihi..) 

Sesudah makan, ibu nak juga pergi ke PEKAN HATYAI... Nak beli 'udang besar' katanya untuk di bawa bekal ke SONGKLA pula.. (ini semua gara-gara iklan kakak ke-2 mengenai 'udang besar' hehehe).. Dah masuk, PEKAN HATYAI 'jem' pula.. (huhuhu...) Tambahan pula di sekitar pekan nya terdapat tempat jual sayur yang banyak (macam market), jadi, tentunya hari tu hari orang ke pasar kut... (hihihi)

Sesudah beli udang besar berhampiran hotel dan McDonald, suami pula tak larat lagi nak memandu (maklumlah 'kepenatan' baru semalam sampai dari KL, ditambah dengan kesesakan jalan di waktu itu..) Jadi, atas budi bicara pihak hotel berhampiran, mereka tumpangkan kereta kami 'park' di situ tanpa bayaran! Baik nya kan.. Kami memberitahu kami mahu ke SONGKLA dan mungkin pulang malam dan kami tak akan bermalam di hotel tersebut kerana rumah kakak cuma di Jitra sahaja.. tetapi, tukang kendali parking tu tetap tak mahu mengenakan bayaran, sebaliknya dia asyik kata 'its ok... its ok... i take care.. dont worry..' Baiknya dia walaupun susah juga nak berkomunikasi tetapi dia tetap melayan dengan ramah.. Malah bertanya kami andai kami mahu menggunakan 'toilet' masuk lah guna toilet hotel.. lebih kurang macam tu lah pemahamanku masa tu.. hihi

*untuk meninggalkan kereta di parking-parking yang terdapat, suamiku bimbang kerana parkingnya 'canggih' sangat.. hihihi*

Bila dah 'simpan kereta', kami pun mundar mandir mencari tut-tut (macam teksi berbentuk unik) yang kami berkenan.. Pilih punya pilih, ibu dan saya mahu tut-tut yang berwarna cantik dan ada speaker (kononnya nanti kami boleh dengar lagu) hihiihi.. Memandang kan kami tidak pernah membawa peta or apa-apa panduan apabila ke Thailand, kami melantik pemandu tut-tut tu supaya menjadi pemandu pelancong kami sepanjang kami di SONGKLA dan dia perlu lah menunggu kami walau di mana pun destinasi kami.. (hehehe) dan pemandu kami tu amatlah ramahnya walaupun nak berkomunikasi dengannya umpama itik dan ayam~!

Saya dan ibu bersama 'tut-tut'.. hehe

Naik je tut-tut, rupanya lagu tu taklah dengar mana sebabnya tut-tut tu laju dan bising kot, so kami pulak yang ketawa bertiga kerana merasa gayat di atas tut-tut TETAPI best~!!.. Nasib baik suamiku membeli buah mata kucing (musim buah mata kucing) sebelum tu, jadi, menghilangkan rasa gayat, kami makan buah mata kucing tu dalam tut-tut tu.. 
Sampai setengah perjalanan, ibuku kata nak tukar duduk bersama pemandu.. (hehehe), berhenti je, ibu terus tukar duduk di depan..



40minit kemudian, sampai lah kami ke destinasi... SONGKLA..

Inilah Duyung yang dikatakan disumpah..

Pemandangan di Pantai Samila
Memula, kami singgah di PANTAI SAMILA, SONGKLA.. Damainya.. Malangnya ramai pengunjung di sana suka membawa anjing peliharaan bermain di pasir pantai tersebut (hari tu memang ramai sangat pengunjung, terlupa nak tanya kenapa), saya dan ibu merasa bimbang nak berjalan-jalan di atas pasir.. lagipun, pasirnya basah.. Jadi, kami tengok-tengok dan mundar mandir di sekitar jalan yang 'berbatu' dan kering. Pasir nya tidaklah kelihatan halus macam pasir Phi Phi island tetapi pasirnya agak kasar macam yang terdapat di salah satu kawasan pantai di Pangkor.. Di Pantai Samila tu terdapat patung duyung dan kucing.. Dan ada tikus dan satu objek lain seperti bola.. Tentunya orang ramai lebih tertarik dengan patung duyung tu. hehe..Terdengar cerita kononnya disumpah menjadi batu.. (tak pula saya membaca 'sejarah' sumpahan tu..kikiki)



Sesudah itu, pemandu tut-tut membawa kami ke Songkla Aqua @ Songkla Aquarium (lebih kurang mcm aquarium laut).. di kawasan sekitar, andai tak berminat nak tengok ikan, banyak lagi permainan-permainan yang boleh menjadi aktiviti pengunjung bersama keluarga terdapat di sekitar tu. Ibu ku tak berminat tengok ikan katanya dan juga kerana entah kenapa pada hari tu terlalu ramai pengujung di sana sini.. Kami cuma bersiar-siar kerana kebetulan dah sampai.. Yang kelakarnya, bila nak solat, ketika itu ada macam khemah disediakan (bercampur lelaki dan perempuan) tetapi, tempat mengambil wudhuk nya tetap di luar (di kawasan orang ramai tanpa ditutupi.. hihihi) Jadi, cuma suamiku bersolat di situ, kami akan mencari masjid lain di sepanjang perjalanan nanti..




Beratur nak naik 'elevator'
Kami meneruskan perjalanan ke 'Higest Point' (Hilltop) di SONGKLA iaitu Tang Kuan Mountain, Di sana singgah ke 'toilet awam' nya.. jangan tak tahu, dah lah toilet di Thailand ni lain macam sikit (design nya.. hihi), kali ni di sini pula amat kotor dan yang kelakar nya ada juga perempuan tekanan perasaan mana ntah yang berkurung di dalam toilet tu tak mahu keluar.. huhuhu.. Sedangkan orang ramai beratur.. (macam-macam ye..)

Macam tugu di Tang Kuan Mountain

 'Highest Point'-Tophill Tang Kuan Mountain
Di atas Higest Point, pemandangan nya sangat cantik.. hampir semua kawasan pantai kita boleh lihat dengan jelas dan begitu juga dengan pemandangan kawasan penempatan.. Walaupun ia tempat mereka 'sembahyang' dan membuat hajat, tetapi, ia tidak mengganggu pengunjung.. cuma, nak naik ke situ (menggunakan sejenis 'elevator') amat sesak dan perlu beratur hampir 30minit.. Tapi jangan risau, orang di sana tetap mengutamakan 'orang luar' seperti kita..




Baliknya kami (ke HATYAI), ibuku tak mahu lagi duduk di depan bersama pemandu tut-tut.. Kata ibu, lebih takut kerana pemandu tu bawa laju (style pemanduan di sana tak sama), bahagian hadapan tut-tut yang 'pendek' membuatkan ibuku merasa takut apabila pemandu berhenti rapat di belakang kenderaan lain.. (huhuhu)
Jadi, kami pun duduk bertiga di belakang mengambil angin malam...

Apabila sampai di HATYAI, pemandu tut-tut membawa kami ke 'pasar malam besar'.. jalan-jalan sekejap membeli apa yang patut, kami pun ambil kereta yang disimpan dihotel dan meneruskan perjalanan ke Danok kerana ibu mahu makan di Danok.. 

Di Danok atau di kawasan Thailand, terdapat satu jenis sup yang 'famous' iaitu sup haruan/puyuh kalau tak salah.. tetapi kami tak mencuba nya.. hihihi

Alhamdulillah, akhirnya kami sampai ke rumah kakak dengan selamat... Syukur ya.!

*Selepas ni andai ada rezeki dan di izinkanNya, kami bercadang nak memandu dari kampungku (perak) ke Thailand melalui Pengkalan Hulu-Betong pula.. kalau dari kelantan, sewaktu kecil dulu arwah ayah dah kerap membawa kami ke sana (on the way balik ke Pahang melalui tasik banding) tetapi, nanti-nanti andai nak cuba lagi, insyaAllah.. Tapi jauh sikit kan.. huhuhu
Walaupun memandu sendiri agak memenatkan, tapi pengalamannya amat best dan 'lebih bebas'.. tetapi biasalah, ada juga kekurangannya.. hihihi.. so, terpulanglah mahu yang macam mana kan.. (hehehe)*

3 comments:

  1. salam Vic
    wah bestnya jejalan
    memang kat sana banyak tut tut kan
    kalau Jitra tu
    memang dah dekat dah
    Tasik Banding tu pun cantik kan

    ReplyDelete
  2. Wsalam kak ummu..
    Ye, dah p jitra, lebih baik melawat ke negara jiran juga kn..
    Hmm.. tasik banding mmg cantik, byk kem2 juga di situ.. vic ada gambar tapi zaman dulu, masa kecik2.. hehhehe..

    ReplyDelete