Perjalanan dari Danok hanyalah lebih kurang 40minit.. insyaAllah..
Contohnya orang-orang Perak atau negeri-negeri yang sempadan yang terdekat dengannya menjadi mudah untuk tujuan 'drive' ke sana...
Bukan apa, andai naik kapal terbang, macam rugi pula.. hihihi. Tapi kalau dapat tiket Promo Free Seats Air Asia, apa salah nya kan...??
- Boleh check di Air Asia on line booking iaitu REGISTER dengan Air Asia, anda akan dapat email berkenaan Promo Free Seats Air Asia... Apabila promo telah diumumkan melalui email kepada anda, tunggulah sebaik sahaja ia di aktifkan! contohnya seawal jam 12:00am pada tarikh tu..
- Bersabar dengan 'traffic' yang agak busy tapi bila dah dapat, boleh lah melancong ke mana-mana yang anda suka...sama ada dengan harga 00.00sen ataupun dengan harga yang terendah!
Apa yang ada di Pekan Hatyai?
- Ia merupakan sebuah Bandar yang terbesar di Selatan Thailand di dalam wilayah Songkla
- Terdapat 'bazar' yang banyak khusus untuk membeli belah (barang bukan branded untuk pakaian, beg dll) dan 'market' sayur-sayuran
- Pasar Malam besar pada waktu malam di tapak pasar malam atau di sekitar Pekan Hatyai.)
- Pelbagai makanan yang menarik
- Malamnya tentu terdapat tempat-tempat untuk tujuan 'entertaiment night'
- Fastfood restaurant pula semestinaya TIDAK HALAL
*Andai nak beli barang 'branded' terdapat banyak shopping complex di sekitar Pekan Hatyai, tapi harga barang branded di Malaysia lebih murah @ lebih kurang sama
*Barang-barang yang terdapat di Bazar pun boleh lah di tawar sehingga separuh dari harga yang dicadangkan oleh tuan punya kedai.. seperti juga di Petaling Street, Kuala Lumpur..
*Dari pengamatan saya, harga di sana lebih kurang sahaja dengan Malaysia.. mungkin kerana di KL sendiri banyak terdapat tempat-tempat murah contohnya Mydin, Petaling Street, Uptown dll..
*Andai ada kawan mahir berbahasa Thailand, harga AUTO jadi murah sangat... hehehehe
Pekan Hatyai memang sesuai sebagai destinasi bersama keluarga kerana TIDAK seperti tempat perlancongan lain di Thailand yang mana 'terlalu khusus' hiburan..
Tulisan ini saya dedikasikan untuk kawan saya Rafidah Abdul Rahim yang bertanya tentang Hatyai.
(Semua yang saya terangkan hanyalah dari pengamatan saya sendiri, mungkin apabila anda pergi sendiri, anda akan dapat lebih dari apa yang saya tulis kan di sini... insyaAllah)
kalau memandu ke hatyai, hotel mana yang sesuai?terutama membawa anak bersama.nak carik juga hotel yang selesa tapi baget dan ada tempat parking kereta..
ReplyDeletetentang hotel di sana, vic tak pasti sgt ttg harga2nya... tapi yg vic perhati kan ramai org p sana ambil hotel yg dekat mcD. maybe faktor tgh pekan kot.. mcm vic pergi balik hari je sbb umah kakak di jitra shj, so tak jauh utk berulang alik.. klu memandu ke sana, terus ke ke pekan hatyai n di situ boleh survey ttg hotel, ianya berdekatan antara satu sama lain je klu hotel yg kat pekannya.. harap percutian gembira dgn percutian EIZA n family~!
ReplyDelete