..............


Custom Glitter Text

Tuesday, November 9, 2010

Ciri-ciri Suami/Isteri :Soleh/Solehah





* Petikan ini disalin dari salinan yang diberikan oleh Bahagian Pendaftar Nikah Cerai & Rujuk orang islam (negeri)..semasa urusan pernikahan*


CIRI-CIRI SUAMI YANG SOLEH

  • Taat kepada Allah
  • Menunaikan tanggungjawab sebagai suami pemipin dalam rumahtangga:
        i). Memberi nafkah makan minum kepada isteri dan anak-anak



        ii). Memberi pakaian kepada isteri dan anak-anak
       iii). Menyediakan tempat tinggal kepada isteri dan anak-anak
  • Tidak menghina atau menyakiti hati isteri sama ada dengan perkataan atau perbuatan
  • Bergaul dengan isteri dengan pergaulan yang baik
  • Tidak meninggalkan tempat tidur melainkan kerana memberi pengajaran/kesedaran kepada isteri
  • Tidak berlaku kasar
  • Jujur dan sentiasa menepati janji
  • Selalu membimbing isteri ke jalan yang diredhai Allah dan mendoakan kebaikan bagi keluarganya
  • Menolong kerja-kerja isteri terutama dalam memelihara anak
  • Tidak terlalu bakhil atau terlalu boros
  • Sentiasa mencari jalan memperbaiki keadaan rumahtangganya
  • Memahami kegemaran dan kebencian isteri

CIRI-CIRI ISTERI SOLEHAH
  • Taat kepada Allah
  • Taat kepada suaminya serta jujur dan amanah dalam menunaikan tanggujawab sebagai isteri
  • Hormat serta menjaga adab sopan terhadap suami
  • Berbuat baik kepada kedua ibubapa dan mertua
  • Syukur dan menerima pemberian suami walaupun sedikit
  • Berjimat cermat walaupun ketika senang
  • Tidak terburu-buru menerima fitnah atau dugaan
  • Memberi layanan dan mesra kepada suami
  • Tidak memaksa suami mengadakan sesuatu apalagi ketika suami tidak mampu
  • Meminta izin kepada suami jika hendak keluar rumah walaupun untuk menziarahi keluarga
  • Tidak membenarkan orang lain masuk ke rumahnya tanpa izin suami
  • Segera meminta maaf jika bersalah atau derhaka pada suami


**Saya DEDIKASI kan kepada semua.. dibawah label INFO khusus kepada yang mahu mendirikan rumahtangga ATAU yang sedang berumahtangga..**


2 comments:

  1. Lagu memang best! Tenang je i baca blog.. Thanks 4 the info vic! Sangat berguna utk orang yang nak bernikah. Ehem ehem utk diri sendiri.. :)

    ReplyDelete
  2. Sama-sama eg.. utk mr muscle bole gak kut.. hehehe

    ReplyDelete