..............


Custom Glitter Text

Saturday, November 20, 2010

Cerita Rezeki Korban Lagi~~

Bila tiba hari raya, musim tak sihat pun timbul... tapi tak pernah pulak i yang tak sihat pabila musim raya kan.. Selalunya anak-anak buah akan bertukar ganti demam nya.. Kesian..


Tapi, kali ni, i pula... huhuhuhu... dah lah menjadi ibu mengandung ni.. Nak lawat blog dan laman2 lain pun bagai menghitung hari.. Kelakar nya jadi macam ketinggalan apabila laman yang kita suka pun kita dah tak 'alert'.. Maybe pengaruh tak sedap badan ni kan...


Dah 02 kali raya haji i dan suami tak cuti kerana atas dasar komitment kerja suami dengan erti kata lainnya, TAK BOLEH cuti.. hehehe.. Tapi tahun ni mungkin dah rezeki, last minute dapat juga beraya di Klang padahal kalau diikutkan giliran, tahun ni adalah giliran raya di Perak... Tapi tak pe lah, mak Perak pun beraya di rumah kakak di Jitra kerana kami melakukan korban di sana.

Kalau dah rezeki, tak ke mana juga kan.. walaupun buat korban di Jitra DAN 02 kali usia perkahwinan ni  tak dapat balik, pada malam nak raya, tetiba ada pelepasan kerja untuk suami, kami berangkat ke Klang kerana mak dan ayah Klang juga turut melakukan korban di surau Taman Sentosa..


Surau nya kecil dalam kawasan perumahan yang mempunyai kepadatan penduduk cina dan india yang tinggi.. Hendak pula, tahun ni jumlah korban mak ayah Klang dan termasuk yang orang sedekah, dah jadi 05 ekor kerbau/lembu (tak pula tanya... hehehe). Bayang kan surau yang kecil tu, dan bilangan penduduk islam yang tak ramai tu, korbannya 05 ekor! Banyak kan... 


Bila dapat je daging korban, saya sempat sedekah pada kakak dan jiran baru di tempat tinggal baru saya ni, Puchong... Alhamdulillah..


Bak kata suami "Isteri, melimpah ruahnya rezeki yang Allah bagi... sehingga kita dapat berkongsi dengan jiran2 lain juga... "


Masa tu terdetik dalam hati, syukur... Allah menjadikan kita 'kaya' hari ni... hehehe




**Maaf lambat update kerana tak sihat....**



vic-mycerita.blogspot.com

2 comments:

  1. salam Vic
    tak pe Vic,yang penting
    Vic dan baby kena rehat cukup2 tau
    jangan hadap komputer lama2 kalau dah pening.

    Jangan lupa ambil kurma ya Vic

    ReplyDelete
  2. Wsalam Kak Ummu.. Terima Kasih & Alhamdulillah pd ingatan Kak ummu.. Kurma tu dah memang 'putus' jap sejak suami busy.. hehehe

    ReplyDelete