Pada hakikatnya, hasil yang diharap-harapkan dari terbinanya sebuah rumahtangga Islam ialah untuk mewujudkan suatu generasi atau anak yang soleh sebagaimana yang dinyatakan dalam firman Allah, bermaksud :
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penambat hati (kami) dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa" -surah al-furqan, ayat 74-
Anak-anak itu dilahirkan dalam fitrah. Apabila mereka mendapat tarbiah yang baik, maka mereka itu akan menjadi anak yang soleh, tetapi malang andainya mereka membesar di tengah-tengah pasangan ibu-bapa yang sering bertengkaran dan hidup tidak berlandaskan ajaran islam sebenar.
Rasulullah saw. bersabda, maksudnya :
"Anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka ibu-bapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi."
Oleh kerana itu, Islam amat memandang berat soal pentarbiahan terhadap anak-anak dengan suatu modul tarbiah yang terbaik. Perkara ini perlu diambil perhatian oleh setiap ibu-bapa atau pasangan suami-isteri bagi memastikan tercapainya kebahagiaan hidup di dunia dan seterusnya kesejahteraan di akhirat nanti.
**Hmm.. Begitulah ditegaskan peranan ibu bapa.. Ia sekadar untuk dikongsi bersama...**
vic-mycerita.blogspot.com
salam Vic
ReplyDeletethanks for sharing
wah dah cat baru,cute
semalam akak nak komen tak dapat.
Wsalam kak ummu..
ReplyDeletecat baru ni sebab semalam tetiba tekan apa ntah lah, terus jadi 'berselerak' tulian n warna nya.. (hihihi)
Tu yang vic buat lain template nye.. huhuhu