Baru je menulis di blog ni (secara fokus.. hehehe)..
Hari-hari permulaan kelihatan terlalu 'biasa' kerana menggunakan apa yang ada.. Belum pandai nak buat macam tu macam ni.. Malah tak terfikir pun..
Paling kelakar bila nak pakai 'apa yang ada' tu pun tak reti.. (hihihi..)
Selepas tu, tengak blog-blog senior, mula lah i tertanya-tanya dalam hati 'eh, macam mana nak buat tu..? macam mana nak buat ni..?' huh.. kelakar nya i macam terkena kejutan budaya.. (lor.. ahahaha)
Yang menjadi mangsa? Tentulah
Eg dan
Nicky.. sibuklah i sms mereka..(kesian mereka pun sibuk dengan kerja lagi kan...) Lebih haru lagi bila suamiku juga terlibat.. (kikikiki) Abis semua persoalan i tanya kat dia.. Masalahnya, dia sendiri pun tak ada blog (errr.. hihihihi).. Kiranya, suamiku telah menjadi mangsa keadaan.. (hihihihi)
Tapi masih belum mendapat jawapan pada setiap persoalan..
Eg dan
Nicky tentulah sibuk bekerja, lagipun, kami BELUM pernah berjumpa di luar atas sebab-sebab yang
'remeh' macam ni... so, kalau nak mengajar pun dah tentu jadi susah andai melaui telipon je kan... Dan i pula tidaklah berkawan or berjumpa orang melainkan 'dengan apa yang ada di dalam umah ni' huhuhu..
Suamiku pula, dia balik pun dah lewat (kebetulan bulan ni suamiku paling sibuk).. kekadang dia nampak juga lah muka ku yang berkerut memikir apa yang patut (blog ni).. Ada juga lah dia menyuarakan pendapatnya tetapi, maklum je lah.. I tahu ia tidak membantu apa yang i mahu tahu... (i nak tahu semuanya perkara-perkara advance yang dilakukan oleh senior sedangkan suami tak pernah nak membaca blog or apa lagi nak 'tahu' tentang blog.. kikikiki)
Last-last, i buat keputusan senarai kan apa yang i nak tahu, i start mencari info di:
(Macam tips juga ni... kikiki)
- Butang HELP (tekan pada setiap persoalan)
- Tengok tutorial di Blog-blog lain... (contohnya blog http://aizatabuhassan.com )
- Buat perbandingan dan tuliskan perbezaan bagi setiap jawapan yang ditemui
- 'Test' pada tiap jawapan yang ditemui tadi..
**Khusus bagi sesiapa yang ingin mencuba sendiri di rumah, TANPA ADA SESIAPA BERDEKATAN YANG BOLEH MEMBANTU.. hihihi**
Lepas tu, mula lah 'survey' macam mana nak masuk kan itu ini pula.. (hehehe..)
TETIBA i punya layout blog jadi macam layout ANGKASAWAN negara.. (ahahaha..)
Tapi, tak pe... i bertahan dulu sebagai barang eksperimen... huhuhu..
DAN malam yang paling sadis bila tetiba i tekan sana sini, i hampir hilang semua yang i buat, setting nya pula tak tahu lah nak cakap... dah jadi tunggang langgang betul...
Seharian i 'mendiamkan diri'... I protes dengan suami bila merasa diri 'belum pandai' dan suamiku pula, cukup sporting, dia seolah menggalakkan i mencuba lagi walaupun hanya sekali lagi.. (hehehe)
Jadi, cuba lagi dan inilah hasilnya untuk hari yang semalam dan hari ini... setakat ni lah kan..
*Walaupun blog i jadi macam blog 'jual anak patung'... TETAPI Gambar layout kartun comel adalah bertujuan untuk 'mendamaikan hatiku' ketika itu.. hihihi
(yang penting, i suka.. hehehe)
*Blog ku cuma lah sebuah MyCerita, so i just tulis apa yang terlintas or apa2 info yang i nak kongsi.. umpama cerita dongeng pun ada.. kikiki
Ada lagi yang i masih nak cuba buat tapi kadang-kadang rasa tak suka bila blog jadi penuh sangat.. Tapi pun, masih ada nak belajar teknik-teknik 'link' yang andai untuk tujuan penulisan yang panjang sangat (seperti simpan di dokumen lain tu.. ) Tak tahu macam mana nak terangkan.. Nanti lah, 'study' dulu.. pastu, baru tahu macam mana nak cakap.. (hihihi)
So, setakat ni, i belum nak buat apa-apa pembaharuan dulu.. Just biarkan apa yang ada ni dulu.. Sebab mimpi ngeri yang betul-betul buat i jadi 'blur' pasal blog 'berterabur' tu dulu masih lagi menghantui.. (kikiki)
Tak pe.. tengok pada apa yang perlu nanti, barulah belajar lagi kan...
Hehehe...
So, relaks dulu kan....???!!!
vic-mycerita.blogspot.com