Rindu
Mydin USJ!
Dulu masa duduk kat USJ 1, kami boleh ke sini jalan kaki je..
Hari-hari datang.. Dari mula
Mydin Mall nak di set-up, penduduk setempat memang tertunggu-tunggu..
Waktu tu cuma ada Giant dan Summit yang berdekatan..
Sehingga lah Giant ditutup (sekarang Giant dah buat come back dengan wajah baru)
Sewaktu awal kemunculan
Mydin, remaja lepasan sekolah di kawasan Usj banyaklah cuba untuk temuduga di
Mydin.
Mydin memberikan peluang pekerjaan pada setempat pada masa ini.
Selain itu,
Mydin Mall memang best. Mereka menjaga 'service' mereka dengan keramahan pekerja, disamping kemudahan food court yang selesa, banyak aktiviti ekspo dan promosi berlangsung menarik minat pengunjung. Artis juga dijemput! Haa... Ramai lah yang ke sana nak tengok artis! Heheh. Masih ingat penangan kewujudan
Mydin Mall di situ.
Mydin mengangkat nama usj 1 dan menjadikan kawasan di situ sebagai stratergik untuk di diami! Memang meriah dengan aktiviti! Kenangan betul! Hihihi
Pekerja-pekerja
Mydin Mall juga amat ringan tulang, tak pernah menyusahkan pengunjung, mereka sangat humble dan menyelesakan. Walau pun kebanyakannya dari kalangan pekerja asing, ambil ini sebagai saingan sihat untuk pekerja tempatan tingkatkan produktiviti.. (Ececehhhhh... Macam ayat politik LOL)
Kata orang keselesaan bekerja menunjukkan kejayaan majikan dalam pengurusan.
Padahal lumrah mengetahui,
Mydin bukan lah tempat shopping yang 'high class', tapi bila ke
Mydin Mall, anda pasti tak merasa kekurangan apabila berada di sana. Macam-macam boleh di dapati di sana dengan harga mengikut 'budget' anda, pasti berbaloi untuk golongan yang mempunyai 'budget' tersendiri. Di
Mydin Mall kesempurnaan akan terasa dengan 'service' mereka yang membuatkan pengunjung selesa di sini! Itu sebenarnya yang paling utama..
Biasanya kami ke sana untuk membeli barang dapur, membeli telekung, sejadah, air zam-zam, barangan keagamaan dan lain-lain lagi.. dan kadang kala ia juga menjadi lokasi untuk kami makan-makan! Yang paling penting ia adalah salah satu destinasi hujung minggu paling wajib andai kami tidak mempunyai plan lain.
Jadikan
Mydin Mall sebagai destinasi hujung minggu anda.. Yesss! Hahaha
*lihatlah berapa saya rindu
Mydin Mall sehinggakan tulis banyak betul! (
Mydin Mall rindu i tak....? wakakaka!)
|
Saya & Regina Aisya di ig en suami
dengan #mydinusj |
|
Suasana petang tadi-sebenarnya orang ramai betul!
Murah rezeki Mydin Mall ye... |
|
Pekerja Mydin yang amat 'cool' dengan
karenah pengunjung yang tak pernah surut! |
|
Food court Mydin Mall.
Maaf gambar saya tak menarik.. Hihi |
|
Kelengkapan umrah/haji
|