..............


Custom Glitter Text

Wednesday, December 21, 2011

FB Timeline

wall Fb suami saya... @_~

Dah lama tak buka FB.. (maklum la, org bz ada anak kan... :DDDD)
Teruja nak buka sebab nak guna timeline,
Bila dah guna, terasa macam blog pulak (hehehe)
Tapi cantik & at least upgrade le sikit kelihatan FB i tu LOL
sorry, saya kecikkan gambar ni agar nampak ruang bawah
Begitu lah FB yang akan sentiasa upgrade,
Tak salah cuba sebab FB takkan jadi 'downgrade' pulak kan LOL
So, tak payah fikir andai nak profile yang macam dulu2 ok?

Mudah je nak guna Timeline sbb tak payah nak download ke apa ke, just klik je Timeline, pastu boleh terus buat. Anda diberi 7hari masa andai belum nak pulish.... tapi andai dah pasti, publish je ler k...
Lets do it ~~~

Friday, September 23, 2011

jangan jadi mcm saya !



Belajar mandikan anak dari kecil ! hehehe..


Tapi, saya tak.... juga!
Bulan ni genap Muhamad Adam Yusuf umur 07bulan, saya nak mandikan dia dengan tangan saya sendiri. LOL. Sebelum2 ni, memang itu tugas suami. Sebelum dia p keje dia mandi kan, balik dari keje pun suami mandikan anak. Saya bukan tak berani, memula memang suami tak harap sebab bimbang saya tak bole pegang kuat katanya.. hehe..

Buktinya dah umur 07bulan ni pun, time saya nak cuba guna baby shower gel, tiap kali tu juga saya nak terlucut dia. Berderau darah. Akhirnya tiap kali mandikan Muhamad Adam Yusuf, saya tak pernah gunakan sabun, baby shower gel or syampu rambut pun tak !

InsyaAllah akan lebih berusaha. LOL

SO, Lakukan sesuatu.. jangan jadi macam saya k..... ^_____^

Gambar Kontrovesi ! LOL
(Muhamad Adam Yusuf)



Thursday, June 30, 2011

Cerita KAMI dan bahaya bentan

Kenangan bila gambar saya dan anak saya Muhamad Adam Yusuf masuk suratkhabar...
Tak ada kena mengena dengan tajuk artikel tau! (hehehe)

Gambar ni jadi bidan terjun je..
Cerita dah lama tapi tak sempat nak tulis : LOL
Biarlah saya abadikan di blog ni.. huhuhu


Saya dan Muhamad Adam Yusuf...
Berita Harian Khamis, 17hb Feb 2011
03 hari selepas kelahiran Muhamad Adam Yusuf..

TQ atas ingatan Noa Yunus










Kawan, Jgn makan saya !

Blog umpama tempat meluahkan perasaan juga kan ?
Anggaplah saya sedang bercerita pada kawan yang sedia mendengar..

Tak tahu nak fikir macam mana lagi, 
Saya ikhlas bila orang baik dengan saya..
Tapi, mungkin benar orang kata, orang yang terlalu baik ni mungkin berpura-pura!
Sejujurnya memula kenal, saya tak ambil pusing kerana saya kurang suka terlalu berkawan..
TAPI bila dia baik sangat, saya menyambut persahabatan dengan lebih terbuka.
Kebetulan dia adik angkat kawan saya!

Cerita nya bila dia beria-ria mengatakan pakciknya ada kedai hand phone..
Bila kami nak dapatkan hp baru, dia sarankan kedai pakciknya..
Walaupun dia berada di tempat lain dan beria-ria mahu mengeposkan hp tu pada kami nanti

Saya tak curiga apa-apa kerana saya menyangkakan baik-baik sahaja disekeliling saya !
Kata orang, mahu berkawan atau berniaga, harus percaya !
Andai ditipu, tak apa.... 'sekali je lah' kan ?


Pada hari yang dijadualkan barang sampai, bermulalah drama yang menarik !
Hari pertama itu juga saya dah dapat hidu ada yang tak kena..
Sama ada dia ATAU pakciknya, WALLAHUALAM
(Tapi saya tak dapat mengesan kewujudan pakciknya
Kerana saya tak pernah kenal, tak pernah dengar suara !)


Kononya DHL tak dapat hubungi saya, suami segera ke DHL tapi malang nya 'tiada rekod' penghantaran di kesan sama ada melalui nama pengirim, penerima, alamat pengirim, alamat penerima, melalui nombor telifon atau apa-apa maklumat lain!
DHL juga memaklumkan andai berlaku penghantaran, mereka dapat mengesan walau terdapat salah satu daripada maklumat tersebut..
Dan DHL akan menelifon ke pihak penerima andai terjadi kesilapan alamat!


Bila di tanya, dia kata nanti dia check lah,
Kononnya dia sendiri nampak nama saya dalam sistem komputer DHL tu !
Kononya juga DHL tempatnya kata barang dah sampai ke tempat saya lah..
Bila diminta nombor siri penghantaran, juga bermacam-macam alasan yang tak logik..


Saya katakan lagi DHL mengesahkan 'TIADA PENGHANTARAN' kerana tiada pengirim, penerima, apa-apa alamat dan nombor telifon....
Senyap sekejap..........!


Tetiba dia kata DHL di tempat saya buat silap,
Kononnya barang telah 'return' ke tempatnya..
Pada masa tu ia dah memakan masa sebulan...!


SABAR JE LAH..............


Sekarang peristiwa ni masih lagi di drama kan oleh dia..
Kononnya dah berapa kali cuba hantar melalui perkhidmatan penghantaran yang lain !
Dan masih tak sampai !
Barang berharga RM 1,300.00...


Dan kononya masih mahu terus menghantar 
Walaupun saya minta wang dikembalikan..


Sekali je saya minta wang dikembalikan
Kerana saya dah tak kuasa nak minta lagi
Peristiwa pun dah hampir 3bulan..
Saya muak dengan pelbagai alasannya..

Daripada alasan kenderaan rosak,
Hal-hal hospital,
Outstation, sakit demam,
Hujan dll
Alasan Syarikat Penghantaran salah lagilah kerap !
Malas nak dengar lagi !
Cukup lah, ok ?


Biarlah, saya pun dah bagitahu suami,
Jangan minta wang tu lagi !


Andai dia rasa boleh bahagia, biarlah... 
Saya juga bukan jenis yang nak tulis bukan-bukan kat fb dia 
Or memalukan dia di blog dia atau juga menjerit-jerit call dia !


InsyaAllah saya halalkan
Cuma menyampah bila rasa diperbodohkan dgn alasan dia yang tak masuk akal tu !

MACAM MANA NAK BUAT YE ???
Hmmmm...... PENING
MALAS NAK BERKATA-KATA YANG TAK BAIK DLM HATI LAGI


Akhirnya!!! Saya 'buang' dia jauh-jauh! saya 'delete' dia.
Num tel, fb or apa-apa saya tak simpan lagi dlm list !
Saya juga bukan jenis yang angkat 'call' orang kecuali 'family'
or yang 'terapat'
Saya tak bagitahu dia pun saya buat 'break kecemasan' ni
Biarlah dia tahu sendiri....

Mungkin keputusan yang saya buat ni tak 'hebat' mana,
Habis, apalagi yang boleh dibuat ?
Nak tagih jugakah wang tu ?


BIARLAH.....


Letih dengan orang yang Tak steady !
Huhuhu....


GAMBAR HIASAN JE TAU !! HEHEHE
KAWAN-KAWAN SEKOLAH SAYA !!





Wednesday, June 29, 2011

Baby Sling !


Cantik...
Sila view di sini..  JumpSac Baby® Slings







JumpSac Baby® Slings





Pizza Daging :: OhResepi.com





Resepi lagi....
Nak cuba buat tapi belum buat lagi..
so, sharing dulu..
hehehe....



SILA KLIK DI SINI








Tuesday, June 28, 2011

Siakap Kukus Kuah Tumis :: OhResepi.com


perkongsian bersama, LOL



SILA KLIK DI SINI

tak da apa nak tulis so jom kongsi resepi !!!




Wednesday, May 18, 2011

TESCO Puchong yang tidak mesra pelanggan..

Tak pernah penulisan blog saya sebelum ini untuk melemparkan kritikan pada orang lain or tempat melepas geram pada sesiapa. TAPI hari ini saya menulis ni..... bertujuan nak berkongsi situasi 'sedih' saya dengan perkhidmatan tidak mesra di TESCO Puchong.

"Who are u to ask me that question?"

Inilah soalan yang dilemparkan oleh pekerja di TESCO Puchong. tidak pasti ia soalan yang menggambarkan 'ketegasan' pekerjanya ATAU.....???? Soalan di atas juga umpama nila setitik............
Saya terdiam memikirkan di mana nilai perkhidmatan pekerja terbabit.

Situasi terjadi apabila suami beria-ria mahu mendapatkan tv baru yang sesuai dengan PS 3 yang baru dibelinya. Kebetulan suami 'free' pada hari wesak so, kami pun pergi ke TESCO Puchong. Ini kali ke 3 kami ke sini seumur hidup saya (LOL)! Itu pun setelah kami berpindah ke Puchong..

Sejujurnya, saya kurang 'familiar' dan 'kenal' dengan 'service' mana-mana TESCO...

Sebelum ini saya dan keluarga menetap di USJ, Subang Jaya.. Pasaraya berdekatan cuma lah MYDIN, GIANT, JUSCO dan sekitar Sunway Pyramid. Semuanya meninggalkan kenangan manis sewaktu berbelanja di sana dan sehingga kini kami masih ke sana kerana gembira dengan perkhidmatan yang ditawarkan selain dari mesra pengguna dan memudahkan pelanggan! Alhamdulillah..

Hari ni dengan nilai tv yang kami beli kurang dari RM2000.00, terasa seperti tidak berbaloi berbelanja TESCO Puchong apabila terngiang-ngiang soalan yang dilemparkan pekerjanya seperti soalan di atas.

SITUASI KEJADIAN


Sebelum jurujual elektrik TESCO Puchong mahu set up tv baru yang kami beli, kami mahu pergi makan dulu dan akan datang balik tetapi jurujual tv tersebut beria-beria suruh tunggu dulu kerana ia dah nak siap. Apabila membayar dan pasti juruwang/jurujual menampal 'sticker SOLD & PAID' kami pun berlalu dan ke 'food court' berhampiran agar cepat kerana bimbang anak kecil kami tu menangis or buat perangai. Lagipun ingin ke rumah kakak nanti.. Hari pula hujan lebat !

Setelah makan dengan cepat-cepat, kami cepat-cepat juga mahu keluar dari TESCO Puchong, sewaktu melintas 'security' (tak tau lah apa pekerjaannya tetapi uncle terbabit memaki baju biru, rasanya bukan uniform kerja), uncle india yang bertugas terbabit meminta resit belian barang dari kami lalu suami mencari dan mengatakan hilang TETAPI menunjukkan bukti belian dengan 'sticker SOLD & PAID' tu. Uncle india terbabit mengaskan kami tetap perlu mencari resit terbabit. Seolah tidak boleh keluar tanpa resit walaupun mempunyai 'sticker SOLD & PAID'!

Jadi suami menyarankan uncle india tu agar 'roger' jurujual elektrik di dalam TESCO. Uncle terbabit berkeras agar kami pergi sendiri mendapatkan semula resit dari jurujual/juruwang. Pada masa itu suami saya sudah 'penat' dengan karenah uncle india terbabit. Tidak mesra pengguna/pelanggan seperti layanan MYDIN, GIANT atau JUSCO!!!

Kebetulan ada lebih kurang 4 orang pemuda melayu berdekatan (pada perkiraan saya juga pekerja TESCO yang sama kerja dengan Uncle india terbabit), juga memakai baju biasa sedang bersembang sesama mereka. Mereka juga berkata 'memang mesti ada resit'. Yang saya dan suami pertikai, kalau ye pun seolah 'wajib resit' bagi mereka, tak boleh kah menggunakan 'budi bicara' apabila melihat 'sticker SOLD & PAID' tu???? Atau tak adakah kakitangan yang boleh 'check' di bahagian yang kami beli tadi??

ATAU pihak TESCO Puchong perlu sediakan papan tanda dengan mengatakan 'wajib' memaparkan resit sewaktu nak 'keluar' dari TESCO Puchong walaupun mempunyai 'sticker SOLD & PAID'...

Ia amat berbeza dengan khidmat mesra pelanggan seperti di JUSCO, MYDIN atau GIANT
Di MYDIN, kecuali di bahagian 'pemborong'.

Suami saya pun kembali ke bahagian elektrik TESCO Puchong untuk mendapatkan resit bersama dengan salah seorang dari pemuda melayu berhampiran uncle india tersebut.

Semasa suami masuk semula ke dalam, oleh kerana pelik dengan situasi tersebut, saya bertanya kan  kepada uncle india tersebut kenapa pelanggan yang lain tak pula di minta resit belian pada masa itu...? Ini kerana saya tak nampak pun uncle tu 'check' resit-resit pelanggan lain.

Dengan gaya 'monopoli'nya uncle tersebut bertanya saya soalan seperti yang saya tulis di atas. Diwaktu itu, ia tidak didengari oleh kumpulan lelaki melayu tadi. Selain uncle tersebut SEOLAH mencabar saya agar membuat 'complaint'
(Takkan saya dan suami banyak sangat waktu untuk itu semua???)

Selepas saya bertanya begitu, barulah uncle tersebut sibuk nak check pelanggan lain juga! LOL

Semasa suami saya keluar semula sambil di temani jurujual barangan elektrik dan lelaki melayu tadi, saya tidak menceritakan sikap uncle tadi kepada suami kerana 'malas' nak mengeruhkan keadaan...

Suami saya menceritakan kepada saya bahawa sewaktu kembali semula ke bahagian elektrik untuk mendapatkan resit tadi, jurujual tv kami tadi di bahagian elektrik mengatakan di TESCO Puchong DAN MANA-MANA SHOPPING COMPLEX memang begitu. Suami saya pula menegaskan selaku pengguna/pelanggan, ia tak pernah berlaku di GIANT, JUSCO ATAU MYDIN sepanjang kami berbelanja di sana, malah ia di kendalikan dengan budi bicara sekaligus meyangkal dakwaan pekerja terbabit.
Budi bicara digunakan pekerja GIANT, JUSCO atau MYDIN apabila mendapati 'sticker SOLD & PAID' pada barang yang di beli apalagi JUSCO yang memudahkan pelanggan apabila mengeluarkan 'sticker SOLD & PAID' dengan warna yang berbeza-beza mengikut harinya sebagai bukti pembayaran pelanggan! Mudahkan??!!!
Juruwang di bahagian elektrik pula tidak dapat mengeluarkan resit baru di waktu itu dan dimaklumkan ia mengambil lebih dari 30minit untuk berbuat demikian... Jadi kami perlu menuggu resit tersebut???

Sedangkan diwaktu itu kami tak punya waktu lagi kerana perlu bergegas ke rumah kakak.

Akhirnya suami menegaskan ia bukan kuasa suami lagi kerana seharusnya jurujual itu atau TESCO Puchong memberitahu pelanggan andai 'resit wajib dipamirkan' walaupun terdapat 'sticker SOLD & PAID'. Suami juga berkeras tak mahu tunggu lagi selain merasa penat seperti terpaksa 'bekerja di TESCO' tanpa gaji di hari wesak (mungkin inilah perasaan mana-mana pelanggan yang mengalami maslah seperti ini)!

Takkan pelanggan nak kena tunggu lagi padahal dah 'sah' berlaku pembayaran??? Apakah uncle tadi mahu resit tadi untuk disimpannya?? Jurujual tadi menjawab ia hanya ingin dipamer/dilihat untuk tujuan 'check' sahaja dan bukan untuk disimpan.
Suami cakap balik, "Yelah untuk tujuan check, tapi pada sesuatu yang tak sah/tak de bukti pembayaran. Sedangkan saya memang ada bukti pembayaran iaitu juruwang, jurujual selain 'sticker SOLD & PAID' tu yang seolah tak bermakna bagi uncle india tu. Selain 'copy resit' yang dimiliki oleh juruwang TESCO Puchong. Lain lah andai jurujual tak boleh buktikan pembayaran pelanggan! Berhentilah menyusahkan pengguna/pelanggan.. Ia benar-benar membuang masa dan memenatkan pelanggan"

Akhirnya jurujual india tu keluar untuk menyelesaikan hal itu dengan uncle india tadi sementara saya dan suami tidak mahu menunggu lagi dan terus berlalu pergi tanpa pedulikan apa pun lagi sementara anak saya juga dah mula meragam!

Ternyata dihati kami rasa tak berbaloi berbelanja di situ walaupun perbelanjaan kami di situ pada hari ini tak lah lebih dari RM 2,000.00... Rasa benar-benar menyesal berbelanja di situ! Uncle india tu lah seumpama nila setitik yang merosakkan susu sebelanga..

Jadi kepada yang membaca, berhati-hati lah seandainya ingin membeli belah kelengkapan elektrik di TESCO Puchong... Pastikan anda menyimpan resit belian walaupun barangan anda ditampal dengan 'sticker SOLD & PAID'!

Thursday, April 21, 2011

Lokasi di Medan, Indonesia

Selama 5 hari 4 malam saya, suami, ibu dan mak su 'merantau' ke Medan, Indonesia.. Kalau benar ingin melawat ke seluruh kawasan pelancongan di Medan, memanglah 05hari tu tak kan cukup.. maklumlah, Kota Medan ni luas dengan pelbagai tempat yang menarik ! Jadi, cara terbaik, andai kita belum survey destinasi yang mahu dilawati di Medan, jangan lupa dapatkan buku panduan perlancongan di hotel yang kita tinggal. Ia membantu kita dalam memilih destinasi yang bersesuaian dengan waktu percutian kita selain Kota Medan sendiri.. (andai tanpa khidmat agensi perlancongan-seperti kami, hehehe..)


Tapi andai bersama agensi perlancongan, rancanglah dan bincang lah dengan agensi mengikut kesukaan dan budget anda...

BERIKUT, BEBERAPA GAMBAR YANG DAPAT SAYA KONGSIKAN BERSAMA..

1. Kami di sekitar Medan
2. Parapat, Lake Toba
3. Pulau Samosir (Tuk tuk & Kg Tomok)


Antara tempat-tempat menarik/boleh dilawati di Medan, Indonesia...

1. Bandar Medan
2. Medan City Hall
3. Istana Maimun (warisan kerabat Sultan Deli)
4. The Grand Mosque (Masjid Raya-peniggalan Kesultanan Deli)
5. Labuhan Mosque (Warisan Sultan Deli-20km di utara Medan-highway Medan & Belawan)
6. Muzium Sumatera Utara (di jalan H.M joni, Medan)
7. Bukit Barisan Muzium (di jalan Zainul Arifin)
8. Tjong A Fie (kepunyaan millionaire pertama Sumatera, di jalan Jend. Ahmad Yani, Kesawan)
9. Kuil Hindu 'Shri Mariaman' (di jalan H.Zainul Ariffin/ jalan Teuku Umar)
10. Kuil katolik & protestant (di jalan Deponegoro)
11. Merdeka Walk (pusat bandar)
12. Zoo
13. Tugu Jeneral A Yani (di taman di jln Jend. Sudirman)
14. Taman Buaya
15. Tasik Siombak Indah (di Pulau Rengas-18km dari bandar Medan)
16. Rahmat Galeri & Muzium Kehidupan Liar (difahamkan buat masa ini, inilah galeri hidupan liar di Asia~!)
17. Seni Kraftangan
18. Orang Utan (di daerah Langkat, dapatkan permit dr PHPA-national park office di Bukit Lawang)
19. Sungai Baharok
20. Sungai Wampu (penggemar aktiviti  air yang mencabar- daerah Langkat)
21. Gua Kelawar (Hutan Bukit Lawang)
22. Jungle Tracking & perkemahan (di Bukit Lawang)
23. Tangkahan (eco tourism area)
24. Sembahe (di jln utama Brastagi, 36km dari Bandar Medan)
25. Air terjun di Kg Bandar Baru, Sibolangit (ketinggian 75meters)
26. Sibolangit Hill Park
27. Pantai Cermin (daerah Serdang Bedagai, menghadap selat Melaka)
28. Theme Park (25km dari Sei Rampah)
29. Pantai Sialang Buah (60km dari Bandar Medan, menghadap selat Melaka)
30. Sibayak Volcano
31. Sinabang Volcano
32. Bukit Gundaling
33. Sipiso-Air terjun Piso (135km dari Berastagi)
34. Taman Simalem (sekitar kawasan Lake Toba)
35. Pematang Purba - rumah bolong
36. Parapat
37. Tanjung Unta (61km dr Pematang Siantar & 109km dr Medan)
38. Simarjarunjung (49km dr Pematang Siantar atau 123km dr Medan melalui Berastagi)
39. Batu tergantung
40. Tasik Toba
41. Simalungun Muzium (jln Jeneral Sudirman)
42. Pusuk Buhit (di sekitar tasik Toba)
43. Pulau Samosir (terdapat pelbagai tempat yang boleh di lawati)

DAN BANYAK LAGI.... sila rujuk agensi perlancongan atau kenalan di sana..


Banyak nya senarai... LOL.. itu hanya untuk perkongsian bersama, manalah tahu kalau-kalau boleh dibuat sebagai rujukan/panduan sebelum anda bercuti ke Medan...

Senarai tempat-tempat di atas saya dapati dari buku panduan perlancongan dan juga dari pengamatan melalui kenalan saya di sana..




Sekitar Samosir Island

Terdapat banyak lagi tempat lain yang boleh dilawati tapi kami pergi yang sekadar mampu je... penat! hehehe..
Gambar yang tak seberapa.... (huhuhu...)


Ada tempat yang kena bayar tiket masuk.. huhuhu









latarbelakang- Silintong Hotel


carta Kampung Tomok


Horas!!


Nak juga bergambar di kawasan orkid-hadapan Silintong hotel..




SILA KLIK : Senarai Lokasi di Medan****************






Kami di sekitar Medan

Saya bersama suami, ibu dan mak su ke sana tanpa menggunakan khidmat agensi perlancongan. Biasanya ke mana-mana kami pergi, kami lebih puas 'pergi sendiri' tanpa agensi. Tapi di Medan, keputusan untuk memandu sendiri kenderaan sewa anda, rasanya kurang tepat kerana di Medan amat sukar bertemu TANDA JALAN/PAPAN TANDA..

Kebetulan pula kenalan keluarga bernama 'Epi' ada di Medan pada masa itu, Epi juga tak tahu bagaimana jalan ke Parapat contohnya (akibat tiada tanda jalan) jadi, kami bernasib baik apabila bapa Epi mahu menemani kami ke Parapat, Lake Toba dan seterusnya Samosir Island seperti yang kami rancang..

Memandangkan kami membawa ibu dan mak su, jadi tak banyak destinasi jauh yang kami plan nak pergi... itu pun dah cukup memenatkan! hehehe...

ni lah 'angkutan sewa / motor sewa'

boleh top up nilai cell phone anda.. 'pulsa'

bole beli minyak..

sesekali sjh terdapat tanda jalan..

menu di restoran podomoro, pasar sukaramai

tag kerja bapa 'epi'

singgah di istana maimun

masjid raya


minum di tepi jalan.. ES=AIS

wang kami...

naik beca di bandar medan

pintu gerbang..


singgah di bank transfer wang..


bank indonesia

SILA KLIK: Senarai Lokasi di Medan****************







Parapat, Lake Toba


Gambar-gambar sekitar Parapat & Tasik Toba yang ingin dikongsi...


harga bot or feri sewa

permandangan dari balkoni resort yang kami sewa

atas bot nak ke samosir island

permandangan jeti..

mak su, suami & ibu bersama keluarga epi

bukit-bukit sekitar tasik toba..

tasik toba...

batu tergantung.. (menyerupai manusia)
di depan tempat penginapan kami..
senja di tasik toba



SILA KLIK: Senarai Lokasi di Medan****************






Friday, April 1, 2011

Muhamad Adam Yusuf



Muhamad Adam Yusuf bin Muhamad Bashir
Tarikh Lahir : 14hb 02 2011
Waktu Lahir : 11.04am
Jenis Darah : O +
Tempat Lahir : SALAM Medical Centre



Masalah/Kegagalan Penyusuan Badan


Hmmm... saya menulis dalam keadaan sedih dan adakala nya menyesal.. (tak baik kan...)
Menyesal kerana dah lama buat 'kajian' (kwang3x...), dah lama 'interview' orang-orang yang berpengalaman dan lama berbincang dengan doktor..
Mungkin salah sendiri... Huhuhu..

Semasa proses kelahiran Muhamad Adam Yusuf (bersalin secara normal), saya mahu menggunakan bius 'epidural', selepas kelahiran hampir setengah hari masih merasa kebas bius dan muntah-muntah (dua kali je muntah, mungkin kerana saya tidak makan sebelum pengambilan epidural)..
Jadi, lebih kurang satu hari, saya macam tak bermaya dan tiada selera makan.. Saya menggantikan susu botol untuk bayi saya Muhamad Adam Yusuf.

Apabila balik ke rumah mertua, saya 'check' puting payudara, susu langsung tak terdapat diputing payudara.. (mungkin teknik ni salah..) sebelum itu, nurse juga melakukan begitu, firasat saya mungkin ini bertujuan memastikan susu ada atau tidak sebelum terus memberikan kepada bayi.. (huhuhu..) dan setiap kali saya tanya orang-orang tua pun, mereka akan bertanya balik "puting dah ada susu ke belum?" atau "susu dah ada ke belum?" (LOL)


Saya sebenarnya tak pasti 'bagaimana memulakan' atau 'bila harus mula' (huhuhu...) serta 'Adakah susu telah ada?'

Kalau menggunakan teknik di atas, memang lah tak ada tanda-tanda susu saya telah ada. (huhuhu..)
*Kesukaran memahami mungkin kerana berpunca pengalaman pertama bersalin dan saya berasal dari latar belakang keluarga yang tak pernah mempraktikkan susu badan*

Seterusnya, saya masih membekalkan bayi menggunakan susu formula dalam botol.. walaupun Dr Khairiah Seman dah berpesan bimbang bayi menyukai botol kerana bayi tidak perlu bersusah payah apabila menyusu menggunakan botol. Sedangkan apabila menggunakan susu badan, bayi terpaksa bekerja...

Setelah seminggu berlarutan:- tiba-tiba saya mengalami bengkak susu, saya cuba mengepam susu keluar agar surut bengkak nya. (payudara membengkak akibat susu yang banyak tapi tak dikeluarkan-Dr Khairiah Seman)

Tertanya-tanya dalam diri, 'bila pulak susu ni ada? Ituhari check tak  ada pun...' (LOL)

hari pertama : SEHARIAN mengepam cuma 2ml susu yang berjaya dikeluarkan.
hari kedua : Cuma 40ml susu...
hari ketiga : Cuma 100ml..
hari ke empat : Cuma 120ml...

Sedangkan bengkak makin membesar, puting juga kelihatan tenggelam akibat bengkak payudara menyukarkan saya menyusukan bayi.. huhuhu.. Saya sekali lagi berjumpa Dr Khairiah Seman bagi membincangkan hal ini. Memang tidak ada cara lain kecuali mengepam keluar susu atau makan ubat agar susu surut. Tentu saya memilih untuk cuba mengepam lagi!

Balik je rumah, saya pam lagi dan lagi...
Esoknya pam lagi demi semangat untuk menyusukan bayi saya menggunakan susu ibu.... huhuhu.. Akhirnya, SAYA BERJAYA PAM KELUAR SEBANYAK 800ML !
Selepas tu, payudara saya kembali beransur surut tapi puting saya membengkak dan menyakitkan.. saya memakai krim untuk puting dan bengkak puting mengambil masa juga untuk kembali normal...

Saya masih terus mengepam...

Hampir hari ke-18 (Dr Khairiah Seman bercuti kecemasan), Apabila saya bersedia menyusukan bayi secara 'direct', bayi saya Muhamad Adam Yusuf pula asyik menangis kerana tak berjaya menghisap dengan selesa akibat masalah puting yang tenggelam (Salah kedudukan bayi menjadikan bayi gagal menyedut dengan baik)
Oleh kerana kesian bayi saya menangis, saya terus memberikan botol lagi (susu ibu yang telah di pam ke dalam botol), firasat saya pada masa itu, mungkin pengeluaran susu yang kurang lancar membuatkan bayi saya tak selesa (hehehe)..
Jadi, sekali lagi saya cuba memberi 'kelonggaran' pada diri sendiri agar pam susu ke dalam botol dulu... huhuhu.. dalam masa tu, saya masih lagi pam dan terus pam tanpa putus asa!

Hari ke-25, setelah balik ke Puchong, saya bercadang melawat ke Klinik panel syarikat suami (tidak ke Pusat Bersalin Barakah, setelah minggu lalu saya dimaklumkan tentang cuti kecemasan Dr Khairiah Seman akibat masalah kesihatan anaknya yang serius).
Melalui klinik panel suami yang turut mempunyai kepakaran tentang ibu dan bayi, saya dimaklumkan 'boleh cuba' susu kan bayi lagi.
Jadi, balik nya saya cuba bagi direct lagi... Muhamad Adam Yusuf menangis lagi, kebetulan pula dia dijangkiti selsema dari anak saudara saya.. Entah kali yang ke berapa saya tak sampai hati lagi... saya tundakan lagi walau sesekali mencuba juga.

Hari ke-27 saya cuba lagi meyusu kan bayi secara direct (setelah selsema bayi saya hilang), namun tak berjaya juga.
Saya masih mencuba hingga ke hari ini dengan mengamalkan petua meletakkan madu di puting agar bayi 'mahu'... tapi sampai sekarang pun seolah tak berjaya...
Adakah saya akan terus mengepam susu ke dalam botol?
Ada juga pendapat mengatakan andai bayi tak hisap direct, susu akan makin berkurangan... dan ternyata sekarang, susu saya seolah makin berkurangan (mungkin juga faktor pam yang dah 'kondem')


Memula menghadapi masalah ni, saya benar-benar berputus asa dan terasa menyesal teramat sangat kerana kesiankan bayi yang menangis sewaktu saya cuba memberi susu ibu secara direct.. (LOL). Itulah hakikat yang bergelumang di dalam hati saya, tapi kini saya semakin belajar menerima erti kegagalan.. dan andai ditakdirkan susu saya semakin kering kerana faktor tak 'memberi bayi secara direct', saya redha.. (huhuhu...)

Tapi andai ada rezeki bayi seterusnya, saya mungkin akan lebih tegas melatih bayi hisap direct agar penyusuan ibu berjaya dengan lancar (Kikikiki... )

Banyak yang saya belajar dari anak yang pertama ini... Moga ia menjadi panduan buat saya agar lebih berjaya dalam penyusuan susu ibu terhadap bayi saya.. (insyaAllah...)


Sehingga ke hari ini, saya masih terus mengepam dan bergantung 100% pada pam susu. Saya juga semakin berserah pada rezekiNya.. Kalau tak berjaya kali ini pun, insyaAllah saya akan terus mencuba di lain waktu...

Terima kasih kepada kawan-kawan yang tak putus-putus memberi sokongan.. :




Tuesday, March 1, 2011

Berpantang


Sekarang kalau boleh memang nak tulis tentang pengalaman bersalin.. tapi sekarang tengah berpantang..
Vic tak lah berpantang cara tradisional kerana Vic dan suami telah sepakat untuk berpantang mengikut apa yang dinasihatkan oleh doktor..


Oleh kerana Vic mahu menyusukan sendiri Muhamad Adam Yusuf, pakar kanak-kanak juga menasihati agar Vic tidak mengambil sebarang jamu.. ini bertujuan untuk kebaikan bayi Vic.




So, dalam berpantang ni, Vic mengamalkan :
1). Pengambilan pelbagai makanan yang sihat dan berkhasiat (variasi kan makanan anda, atas nasihat doktor)
2). dan tidak lupa juga pengambilan vitamin yang disarankan Dr Khairiah Seman (folid asid dan iron)...
3). serta susu untuk ibu yang menyusukan bayi...




Penjagaan Luka BersalinDr Khairiah Seman )
Dari segi penjagaan luka bersalin pula, doktor menyarankan agar sentiasa memastikan luka dalam keadaan bersih dan kering... (untuk mengelak terjadi nya jangkitan kuman)

**Syukur kerana saya juga tidak menghadapi masalah terhadap jahitan di luka bersalin tersebut... saya boleh duduk dan melakukan pergerakan dengan selesa tanpa rasa sakit dan ia amat memudahkan saya..
**Mungkin benar, teknik jahitan penting agar menyelesakan para ibu..







Wednesday, February 9, 2011

Anda, bayi dan kapal terbang



Berikut adalah tip yang diberikan oleh Dr Khairiah Seman andai anda atau bayi anda berada di dalam kapal terbang yang tentunya mempunyai tekanan udara yang tinggi.


Biasanya kita akan merasa tak selesa, sakit telinga, juga yang mengalami pendarahan hidung dan pelbagai lagi, akibat tekanan udara tersebut.



1. Jadi, untuk menangani nya, cuba lah kunyah sesuatu contoh nya gula-gula.

2. Bagi bayi anda pula, berikannya susu.







Monday, February 7, 2011

Masalah Bersalin



Tadi petang, saya dan suami melakukan pemeriksaan kandungan bagi minggu-minggu terakhir saat menanti kelahiran bayi sulung kami, Muhamad Adam Yusuf. Rasa teruja, berdebar dan pelbagai perasaan lain ibu mengandung tentu wujud dalam diriku.. hehehe


Perbincangan kami dan doktor pakar pada hari (Dr Khairiah Seman) adalah berkenaan saiz kepala bayiku yang berukuran 9.7cm sedangkan pembukaan rahim yang paling besar pun hanya akan berlaku pada saiz 9.8cm.. 


Nampaknya ini mungkin mendatangkan masalah kepada ku semasa melahirkan Muhamad Adam Yusuf. Tarikh jangkaan bersalin adalah 28hb Feb ni nanti tapi 02 minggu sebelum dari tarikh tu juga adalah tarikh persediaan yang di syorkan oleh doktor iaitu, saya perlu mengambil langkah berjaga-jaga kerana bimbang kelahiran akan berlaku awal. Jadinya, minggu-minggu sekarang adalah minggu yang penuh dengan persediaan pada segala kemungkinan...


Berbalik pada masalah saiz kepala Muhamad Adam Yusuf yang maksimum normal itu, kemungkinan juga saya akan bersalin melalui pembedahan. Menurut doktor juga, masalah saiz badan bayi yang besar adalah normal dan masih boleh usahakan untuk melahirkan secara normal TETAPI andai menghadapi masalah saiz kepala bayi yang besar (maksimum normal), ia akan menyukarkan proses melahirkan secara normal. Doktor pakar saya (Dr Khairiah Seman) bersedia mencadangkan nama-nama Hospital pakar lain memandangkan Pusat Bersalin Barakah belum menyediakan khidmat bersalin secara pembedahan.


Apa-apa pun buat masa ini kami masih dalam proses perbincangan dengan Dr Khairiah Seman untuk memikirkan mana cara yang terbaik, jadi minggu depan adalah penentu kepada perbincangan kami dan insyaAllah kami akan mencapai kata sepakat dalam memutuskan proses yang bakal berlaku kepada kelahiran Muhamad Adam Yusuf nanti... Mungkin waktu itu, pemeriksaan saiz kepala Muhamad Adam Yusuf akan dilakukan pada yang terakhir kali bagi membuat keputusan yang tepat.



Jauh dalam hati, saya tetap berdoa agar saya mampu melahirkan secara normal dan seperti kata doktor, InsyaAllah tiada yang mustahil dengan kehendak dan izinNya...