..............


Custom Glitter Text

Monday, February 7, 2011

Masalah Bersalin



Tadi petang, saya dan suami melakukan pemeriksaan kandungan bagi minggu-minggu terakhir saat menanti kelahiran bayi sulung kami, Muhamad Adam Yusuf. Rasa teruja, berdebar dan pelbagai perasaan lain ibu mengandung tentu wujud dalam diriku.. hehehe


Perbincangan kami dan doktor pakar pada hari (Dr Khairiah Seman) adalah berkenaan saiz kepala bayiku yang berukuran 9.7cm sedangkan pembukaan rahim yang paling besar pun hanya akan berlaku pada saiz 9.8cm.. 


Nampaknya ini mungkin mendatangkan masalah kepada ku semasa melahirkan Muhamad Adam Yusuf. Tarikh jangkaan bersalin adalah 28hb Feb ni nanti tapi 02 minggu sebelum dari tarikh tu juga adalah tarikh persediaan yang di syorkan oleh doktor iaitu, saya perlu mengambil langkah berjaga-jaga kerana bimbang kelahiran akan berlaku awal. Jadinya, minggu-minggu sekarang adalah minggu yang penuh dengan persediaan pada segala kemungkinan...


Berbalik pada masalah saiz kepala Muhamad Adam Yusuf yang maksimum normal itu, kemungkinan juga saya akan bersalin melalui pembedahan. Menurut doktor juga, masalah saiz badan bayi yang besar adalah normal dan masih boleh usahakan untuk melahirkan secara normal TETAPI andai menghadapi masalah saiz kepala bayi yang besar (maksimum normal), ia akan menyukarkan proses melahirkan secara normal. Doktor pakar saya (Dr Khairiah Seman) bersedia mencadangkan nama-nama Hospital pakar lain memandangkan Pusat Bersalin Barakah belum menyediakan khidmat bersalin secara pembedahan.


Apa-apa pun buat masa ini kami masih dalam proses perbincangan dengan Dr Khairiah Seman untuk memikirkan mana cara yang terbaik, jadi minggu depan adalah penentu kepada perbincangan kami dan insyaAllah kami akan mencapai kata sepakat dalam memutuskan proses yang bakal berlaku kepada kelahiran Muhamad Adam Yusuf nanti... Mungkin waktu itu, pemeriksaan saiz kepala Muhamad Adam Yusuf akan dilakukan pada yang terakhir kali bagi membuat keputusan yang tepat.



Jauh dalam hati, saya tetap berdoa agar saya mampu melahirkan secara normal dan seperti kata doktor, InsyaAllah tiada yang mustahil dengan kehendak dan izinNya...



5 comments:

  1. Selamat bersaljn vic.semoga dipermudahkan segalanya.amin

    ReplyDelete
  2. Mudah2an.. lancar la proses bersalin cik vic.. amin

    ReplyDelete
  3. tq eg... dah selamat dah pun.. alhamdulillah..

    ReplyDelete
  4. salam ukhwah, salam perkenalan.. dtg utk blogwalking.. ;-)

    ReplyDelete