..............


Custom Glitter Text

Friday, April 1, 2011

Masalah/Kegagalan Penyusuan Badan


Hmmm... saya menulis dalam keadaan sedih dan adakala nya menyesal.. (tak baik kan...)
Menyesal kerana dah lama buat 'kajian' (kwang3x...), dah lama 'interview' orang-orang yang berpengalaman dan lama berbincang dengan doktor..
Mungkin salah sendiri... Huhuhu..

Semasa proses kelahiran Muhamad Adam Yusuf (bersalin secara normal), saya mahu menggunakan bius 'epidural', selepas kelahiran hampir setengah hari masih merasa kebas bius dan muntah-muntah (dua kali je muntah, mungkin kerana saya tidak makan sebelum pengambilan epidural)..
Jadi, lebih kurang satu hari, saya macam tak bermaya dan tiada selera makan.. Saya menggantikan susu botol untuk bayi saya Muhamad Adam Yusuf.

Apabila balik ke rumah mertua, saya 'check' puting payudara, susu langsung tak terdapat diputing payudara.. (mungkin teknik ni salah..) sebelum itu, nurse juga melakukan begitu, firasat saya mungkin ini bertujuan memastikan susu ada atau tidak sebelum terus memberikan kepada bayi.. (huhuhu..) dan setiap kali saya tanya orang-orang tua pun, mereka akan bertanya balik "puting dah ada susu ke belum?" atau "susu dah ada ke belum?" (LOL)


Saya sebenarnya tak pasti 'bagaimana memulakan' atau 'bila harus mula' (huhuhu...) serta 'Adakah susu telah ada?'

Kalau menggunakan teknik di atas, memang lah tak ada tanda-tanda susu saya telah ada. (huhuhu..)
*Kesukaran memahami mungkin kerana berpunca pengalaman pertama bersalin dan saya berasal dari latar belakang keluarga yang tak pernah mempraktikkan susu badan*

Seterusnya, saya masih membekalkan bayi menggunakan susu formula dalam botol.. walaupun Dr Khairiah Seman dah berpesan bimbang bayi menyukai botol kerana bayi tidak perlu bersusah payah apabila menyusu menggunakan botol. Sedangkan apabila menggunakan susu badan, bayi terpaksa bekerja...

Setelah seminggu berlarutan:- tiba-tiba saya mengalami bengkak susu, saya cuba mengepam susu keluar agar surut bengkak nya. (payudara membengkak akibat susu yang banyak tapi tak dikeluarkan-Dr Khairiah Seman)

Tertanya-tanya dalam diri, 'bila pulak susu ni ada? Ituhari check tak  ada pun...' (LOL)

hari pertama : SEHARIAN mengepam cuma 2ml susu yang berjaya dikeluarkan.
hari kedua : Cuma 40ml susu...
hari ketiga : Cuma 100ml..
hari ke empat : Cuma 120ml...

Sedangkan bengkak makin membesar, puting juga kelihatan tenggelam akibat bengkak payudara menyukarkan saya menyusukan bayi.. huhuhu.. Saya sekali lagi berjumpa Dr Khairiah Seman bagi membincangkan hal ini. Memang tidak ada cara lain kecuali mengepam keluar susu atau makan ubat agar susu surut. Tentu saya memilih untuk cuba mengepam lagi!

Balik je rumah, saya pam lagi dan lagi...
Esoknya pam lagi demi semangat untuk menyusukan bayi saya menggunakan susu ibu.... huhuhu.. Akhirnya, SAYA BERJAYA PAM KELUAR SEBANYAK 800ML !
Selepas tu, payudara saya kembali beransur surut tapi puting saya membengkak dan menyakitkan.. saya memakai krim untuk puting dan bengkak puting mengambil masa juga untuk kembali normal...

Saya masih terus mengepam...

Hampir hari ke-18 (Dr Khairiah Seman bercuti kecemasan), Apabila saya bersedia menyusukan bayi secara 'direct', bayi saya Muhamad Adam Yusuf pula asyik menangis kerana tak berjaya menghisap dengan selesa akibat masalah puting yang tenggelam (Salah kedudukan bayi menjadikan bayi gagal menyedut dengan baik)
Oleh kerana kesian bayi saya menangis, saya terus memberikan botol lagi (susu ibu yang telah di pam ke dalam botol), firasat saya pada masa itu, mungkin pengeluaran susu yang kurang lancar membuatkan bayi saya tak selesa (hehehe)..
Jadi, sekali lagi saya cuba memberi 'kelonggaran' pada diri sendiri agar pam susu ke dalam botol dulu... huhuhu.. dalam masa tu, saya masih lagi pam dan terus pam tanpa putus asa!

Hari ke-25, setelah balik ke Puchong, saya bercadang melawat ke Klinik panel syarikat suami (tidak ke Pusat Bersalin Barakah, setelah minggu lalu saya dimaklumkan tentang cuti kecemasan Dr Khairiah Seman akibat masalah kesihatan anaknya yang serius).
Melalui klinik panel suami yang turut mempunyai kepakaran tentang ibu dan bayi, saya dimaklumkan 'boleh cuba' susu kan bayi lagi.
Jadi, balik nya saya cuba bagi direct lagi... Muhamad Adam Yusuf menangis lagi, kebetulan pula dia dijangkiti selsema dari anak saudara saya.. Entah kali yang ke berapa saya tak sampai hati lagi... saya tundakan lagi walau sesekali mencuba juga.

Hari ke-27 saya cuba lagi meyusu kan bayi secara direct (setelah selsema bayi saya hilang), namun tak berjaya juga.
Saya masih mencuba hingga ke hari ini dengan mengamalkan petua meletakkan madu di puting agar bayi 'mahu'... tapi sampai sekarang pun seolah tak berjaya...
Adakah saya akan terus mengepam susu ke dalam botol?
Ada juga pendapat mengatakan andai bayi tak hisap direct, susu akan makin berkurangan... dan ternyata sekarang, susu saya seolah makin berkurangan (mungkin juga faktor pam yang dah 'kondem')


Memula menghadapi masalah ni, saya benar-benar berputus asa dan terasa menyesal teramat sangat kerana kesiankan bayi yang menangis sewaktu saya cuba memberi susu ibu secara direct.. (LOL). Itulah hakikat yang bergelumang di dalam hati saya, tapi kini saya semakin belajar menerima erti kegagalan.. dan andai ditakdirkan susu saya semakin kering kerana faktor tak 'memberi bayi secara direct', saya redha.. (huhuhu...)

Tapi andai ada rezeki bayi seterusnya, saya mungkin akan lebih tegas melatih bayi hisap direct agar penyusuan ibu berjaya dengan lancar (Kikikiki... )

Banyak yang saya belajar dari anak yang pertama ini... Moga ia menjadi panduan buat saya agar lebih berjaya dalam penyusuan susu ibu terhadap bayi saya.. (insyaAllah...)


Sehingga ke hari ini, saya masih terus mengepam dan bergantung 100% pada pam susu. Saya juga semakin berserah pada rezekiNya.. Kalau tak berjaya kali ini pun, insyaAllah saya akan terus mencuba di lain waktu...

Terima kasih kepada kawan-kawan yang tak putus-putus memberi sokongan.. :




2 comments:

  1. Assalam,

    Simpati juga mamawana membca coretan ini. Semoga dipermudahkan segala usaha. Sekadar sedikit perkongsian, pengalaman mwana mengandungkan anak pertama dulu, org2 tua berpesan banyakkan minum susu, air kacang soya/tempe, makan bubur kacang hijau utk membanyakkan susu dan sikat payu dara arah ke puting semasa mengandung utk memudahkan aliran susu keluar utk dihisap bayi. Alhamdulillah semua dituruti dan menjadi. Next baby nanti rajin2 amalkan petua ini. Maaf, permisi ya.

    ReplyDelete
  2. hi mamawana,
    salam n tq atas pesanan dan petua2 yg diberi, sbnrnya, petua tu dah cuba.. huhuhuhu.. tu yg sedih tu.. hehe. insyaAllah akan lebih belajar lagi utk masa akan dtg...

    ReplyDelete