Selama 5 hari 4 malam saya, suami, ibu dan mak su 'merantau' ke Medan, Indonesia.. Kalau benar ingin melawat ke seluruh kawasan pelancongan di Medan, memanglah 05hari tu tak kan cukup.. maklumlah, Kota Medan ni luas dengan pelbagai tempat yang menarik ! Jadi, cara terbaik, andai kita belum survey destinasi yang mahu dilawati di Medan, jangan lupa dapatkan buku panduan perlancongan di hotel yang kita tinggal. Ia membantu kita dalam memilih destinasi yang bersesuaian dengan waktu percutian kita selain Kota Medan sendiri.. (andai tanpa khidmat agensi perlancongan-seperti kami, hehehe..)
Tapi andai bersama agensi perlancongan, rancanglah dan bincang lah dengan agensi mengikut kesukaan dan budget anda...
BERIKUT, BEBERAPA GAMBAR YANG DAPAT SAYA KONGSIKAN BERSAMA..
2. Parapat, Lake Toba
3. Pulau Samosir (Tuk tuk & Kg Tomok)
Antara tempat-tempat menarik/boleh dilawati di Medan, Indonesia...
1. Bandar Medan
2. Medan City Hall
3. Istana Maimun (warisan kerabat Sultan Deli)
4. The Grand Mosque (Masjid Raya-peniggalan Kesultanan Deli)
5. Labuhan Mosque (Warisan Sultan Deli-20km di utara Medan-highway Medan & Belawan)
6. Muzium Sumatera Utara (di jalan H.M joni, Medan)
7. Bukit Barisan Muzium (di jalan Zainul Arifin)
8. Tjong A Fie (kepunyaan millionaire pertama Sumatera, di jalan Jend. Ahmad Yani, Kesawan)
9. Kuil Hindu 'Shri Mariaman' (di jalan H.Zainul Ariffin/ jalan Teuku Umar)
10. Kuil katolik & protestant (di jalan Deponegoro)
11. Merdeka Walk (pusat bandar)
12. Zoo
13. Tugu Jeneral A Yani (di taman di jln Jend. Sudirman)
14. Taman Buaya
15. Tasik Siombak Indah (di Pulau Rengas-18km dari bandar Medan)
16. Rahmat Galeri & Muzium Kehidupan Liar (difahamkan buat masa ini, inilah galeri hidupan liar di Asia~!)
17. Seni Kraftangan
18. Orang Utan (di daerah Langkat, dapatkan permit dr PHPA-national park office di Bukit Lawang)
19. Sungai Baharok
20. Sungai Wampu (penggemar aktiviti air yang mencabar- daerah Langkat)
21. Gua Kelawar (Hutan Bukit Lawang)
22. Jungle Tracking & perkemahan (di Bukit Lawang)
23. Tangkahan (eco tourism area)
24. Sembahe (di jln utama Brastagi, 36km dari Bandar Medan)
25. Air terjun di Kg Bandar Baru, Sibolangit (ketinggian 75meters)
26. Sibolangit Hill Park
27. Pantai Cermin (daerah Serdang Bedagai, menghadap selat Melaka)
28. Theme Park (25km dari Sei Rampah)
29. Pantai Sialang Buah (60km dari Bandar Medan, menghadap selat Melaka)
30. Sibayak Volcano
31. Sinabang Volcano
32. Bukit Gundaling
33. Sipiso-Air terjun Piso (135km dari Berastagi)
34. Taman Simalem (sekitar kawasan Lake Toba)
35. Pematang Purba - rumah bolong
36. Parapat
37. Tanjung Unta (61km dr Pematang Siantar & 109km dr Medan)
38. Simarjarunjung (49km dr Pematang Siantar atau 123km dr Medan melalui Berastagi)
39. Batu tergantung
40. Tasik Toba
41. Simalungun Muzium (jln Jeneral Sudirman)
42. Pusuk Buhit (di sekitar tasik Toba)
43. Pulau Samosir (terdapat pelbagai tempat yang boleh di lawati)
DAN BANYAK LAGI.... sila rujuk agensi perlancongan atau kenalan di sana..
Banyak nya senarai... LOL.. itu hanya untuk perkongsian bersama, manalah tahu kalau-kalau boleh dibuat sebagai rujukan/panduan sebelum anda bercuti ke Medan...
Senarai tempat-tempat di atas saya dapati dari buku panduan perlancongan dan juga dari pengamatan melalui kenalan saya di sana..
wahh...bestnya jalan2...
ReplyDeletesalam kak.. sy bercadang nak ke medan 17 disember ni tapi tidak melalui agensi... saya nak tanya hotel mana yang ok nak menginap.. kalau bleh tak mao yg mahal sgt... budget2 jadi lah..
ReplyDeletewsalam..alamak, sorry la lambat buka blog sbb skrg busy dgn anak.. (hehe), akak cadangkan hotel polonia medan.. sbbnya harga bilik munasabah selain dpt breakfast n dinner skali dlm satu harga...
ReplyDeleteselain tu kebanyakkan orang malaysia suka tinggal di garuda plaza hotel yg kedudukannya lebih strategik
have a nice holiday..
akak saya bulan4 nie nak pergi kew medan tp saya langsung xtaw medan to ade ape . .saya ade tempah hotel cherry di medan . . akak taw x ? ? saya pergi xmaik ejen . . dekat sane nanti baru cari ejen
ReplyDeleteanonymous...kalu nak join kami bulan 4 boleh juga kami betolak 20/4
ReplyDeletesaya plan nk ke medan bulan 11 ni tanpa tourist guide..so..nak tau la mana tempat yg bese org g ye..utk soping2 ke..pastu lawat2 sket..kalu ikut u nye list tu byk sgt tempat tu utk saya habiskan dalam 3 hari 2mlm nye trip... kena wat survey ni sbb nak backpack je kan...hehhe
ReplyDeletehozizan: sy btolak 19/4.agak2 leh join x?lgpn tgh fobia ngn gempa br2 ni kn..klu ad geng rmai ckit maybe confident gak la.sy bdua je ngn husband.
ReplyDeletesalam
ReplyDeletemacam mane dengan transport untuk kite jalan jalan kat sane?
saye plan nk pegi medan awal bln 5 nih..sye pegi tanpe tourist guide...nk tau la kt mane tmpt paling menarik and tempat nk shoping brg murah...kami pegi 5 hari 4 mlm...
ReplyDeletetq for info.. tq
ReplyDelete
ReplyDeleteAssalamualaikum Tuan/Puan.
Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam , kita ada buat pakej Melancong ke Medan, hanya termurah di sini, tiada tempat lain. Berpengalaman menguruskan beratus ratus trip ke Medan-Danautoba-Berastagi
ReplyDeleteinsyirah 017 5367426
emel: melancongmurahbaloi@gmail.com