Tak pernah penulisan blog saya sebelum ini untuk melemparkan kritikan pada orang lain or tempat melepas geram pada sesiapa. TAPI hari ini saya menulis ni..... bertujuan nak berkongsi situasi 'sedih' saya dengan perkhidmatan tidak mesra di TESCO Puchong.
"Who are u to ask me that question?"
Inilah soalan yang dilemparkan oleh pekerja di TESCO Puchong. tidak pasti ia soalan yang menggambarkan 'ketegasan' pekerjanya ATAU.....???? Soalan di atas juga umpama nila setitik............
Saya terdiam memikirkan di mana nilai perkhidmatan pekerja terbabit.
Situasi terjadi apabila suami beria-ria mahu mendapatkan tv baru yang sesuai dengan PS 3 yang baru dibelinya. Kebetulan suami 'free' pada hari wesak so, kami pun pergi ke TESCO Puchong. Ini kali ke 3 kami ke sini seumur hidup saya (LOL)! Itu pun setelah kami berpindah ke Puchong..
Sejujurnya, saya kurang 'familiar' dan 'kenal' dengan 'service' mana-mana TESCO...
Sebelum ini saya dan keluarga menetap di USJ, Subang Jaya.. Pasaraya berdekatan cuma lah MYDIN, GIANT, JUSCO dan sekitar Sunway Pyramid. Semuanya meninggalkan kenangan manis sewaktu berbelanja di sana dan sehingga kini kami masih ke sana kerana gembira dengan perkhidmatan yang ditawarkan selain dari mesra pengguna dan memudahkan pelanggan! Alhamdulillah..
Hari ni dengan nilai tv yang kami beli kurang dari RM2000.00, terasa seperti tidak berbaloi berbelanja TESCO Puchong apabila terngiang-ngiang soalan yang dilemparkan pekerjanya seperti soalan di atas.
SITUASI KEJADIAN
Sebelum jurujual elektrik TESCO Puchong mahu set up tv baru yang kami beli, kami mahu pergi makan dulu dan akan datang balik tetapi jurujual tv tersebut beria-beria suruh tunggu dulu kerana ia dah nak siap. Apabila membayar dan pasti juruwang/jurujual menampal 'sticker SOLD & PAID' kami pun berlalu dan ke 'food court' berhampiran agar cepat kerana bimbang anak kecil kami tu menangis or buat perangai. Lagipun ingin ke rumah kakak nanti.. Hari pula hujan lebat !
Setelah makan dengan cepat-cepat, kami cepat-cepat juga mahu keluar dari TESCO Puchong, sewaktu melintas 'security' (tak tau lah apa pekerjaannya tetapi uncle terbabit memaki baju biru, rasanya bukan uniform kerja), uncle india yang bertugas terbabit meminta resit belian barang dari kami lalu suami mencari dan mengatakan hilang TETAPI menunjukkan bukti belian dengan 'sticker SOLD & PAID' tu. Uncle india terbabit mengaskan kami tetap perlu mencari resit terbabit. Seolah tidak boleh keluar tanpa resit walaupun mempunyai 'sticker SOLD & PAID'!
Jadi suami menyarankan uncle india tu agar 'roger' jurujual elektrik di dalam TESCO. Uncle terbabit berkeras agar kami pergi sendiri mendapatkan semula resit dari jurujual/juruwang. Pada masa itu suami saya sudah 'penat' dengan karenah uncle india terbabit. Tidak mesra pengguna/pelanggan seperti layanan MYDIN, GIANT atau JUSCO!!!
Kebetulan ada lebih kurang 4 orang pemuda melayu berdekatan (pada perkiraan saya juga pekerja TESCO yang sama kerja dengan Uncle india terbabit), juga memakai baju biasa sedang bersembang sesama mereka. Mereka juga berkata 'memang mesti ada resit'. Yang saya dan suami pertikai, kalau ye pun seolah 'wajib resit' bagi mereka, tak boleh kah menggunakan 'budi bicara' apabila melihat 'sticker SOLD & PAID' tu???? Atau tak adakah kakitangan yang boleh 'check' di bahagian yang kami beli tadi??
ATAU pihak TESCO Puchong perlu sediakan papan tanda dengan mengatakan 'wajib' memaparkan resit sewaktu nak 'keluar' dari TESCO Puchong walaupun mempunyai 'sticker SOLD & PAID'...
Ia amat berbeza dengan khidmat mesra pelanggan seperti di JUSCO, MYDIN atau GIANT.
Di MYDIN, kecuali di bahagian 'pemborong'.
Suami saya pun kembali ke bahagian elektrik TESCO Puchong untuk mendapatkan resit bersama dengan salah seorang dari pemuda melayu berhampiran uncle india tersebut.
Semasa suami masuk semula ke dalam, oleh kerana pelik dengan situasi tersebut, saya bertanya kan kepada uncle india tersebut kenapa pelanggan yang lain tak pula di minta resit belian pada masa itu...? Ini kerana saya tak nampak pun uncle tu 'check' resit-resit pelanggan lain.
Dengan gaya 'monopoli'nya uncle tersebut bertanya saya soalan seperti yang saya tulis di atas. Diwaktu itu, ia tidak didengari oleh kumpulan lelaki melayu tadi. Selain uncle tersebut SEOLAH mencabar saya agar membuat 'complaint'
(Takkan saya dan suami banyak sangat waktu untuk itu semua???)
Selepas saya bertanya begitu, barulah uncle tersebut sibuk nak check pelanggan lain juga! LOL
Semasa suami saya keluar semula sambil di temani jurujual barangan elektrik dan lelaki melayu tadi, saya tidak menceritakan sikap uncle tadi kepada suami kerana 'malas' nak mengeruhkan keadaan...
Suami saya menceritakan kepada saya bahawa sewaktu kembali semula ke bahagian elektrik untuk mendapatkan resit tadi, jurujual tv kami tadi di bahagian elektrik mengatakan di TESCO Puchong DAN MANA-MANA SHOPPING COMPLEX memang begitu. Suami saya pula menegaskan selaku pengguna/pelanggan, ia tak pernah berlaku di GIANT, JUSCO ATAU MYDIN sepanjang kami berbelanja di sana, malah ia di kendalikan dengan budi bicara sekaligus meyangkal dakwaan pekerja terbabit.
Budi bicara digunakan pekerja GIANT, JUSCO atau MYDIN apabila mendapati 'sticker SOLD & PAID' pada barang yang di beli apalagi JUSCO yang memudahkan pelanggan apabila mengeluarkan 'sticker SOLD & PAID' dengan warna yang berbeza-beza mengikut harinya sebagai bukti pembayaran pelanggan! Mudahkan??!!!
Juruwang di bahagian elektrik pula tidak dapat mengeluarkan resit baru di waktu itu dan dimaklumkan ia mengambil lebih dari 30minit untuk berbuat demikian... Jadi kami perlu menuggu resit tersebut???
Sedangkan diwaktu itu kami tak punya waktu lagi kerana perlu bergegas ke rumah kakak.
Akhirnya suami menegaskan ia bukan kuasa suami lagi kerana seharusnya jurujual itu atau TESCO Puchong memberitahu pelanggan andai 'resit wajib dipamirkan' walaupun terdapat 'sticker SOLD & PAID'. Suami juga berkeras tak mahu tunggu lagi selain merasa penat seperti terpaksa 'bekerja di TESCO' tanpa gaji di hari wesak (mungkin inilah perasaan mana-mana pelanggan yang mengalami maslah seperti ini)!
Takkan pelanggan nak kena tunggu lagi padahal dah 'sah' berlaku pembayaran??? Apakah uncle tadi mahu resit tadi untuk disimpannya?? Jurujual tadi menjawab ia hanya ingin dipamer/dilihat untuk tujuan 'check' sahaja dan bukan untuk disimpan.
Suami cakap balik, "Yelah untuk tujuan check, tapi pada sesuatu yang tak sah/tak de bukti pembayaran. Sedangkan saya memang ada bukti pembayaran iaitu juruwang, jurujual selain 'sticker SOLD & PAID' tu yang seolah tak bermakna bagi uncle india tu. Selain 'copy resit' yang dimiliki oleh juruwang TESCO Puchong. Lain lah andai jurujual tak boleh buktikan pembayaran pelanggan! Berhentilah menyusahkan pengguna/pelanggan.. Ia benar-benar membuang masa dan memenatkan pelanggan"
Akhirnya jurujual india tu keluar untuk menyelesaikan hal itu dengan uncle india tadi sementara saya dan suami tidak mahu menunggu lagi dan terus berlalu pergi tanpa pedulikan apa pun lagi sementara anak saya juga dah mula meragam!
Ternyata dihati kami rasa tak berbaloi berbelanja di situ walaupun perbelanjaan kami di situ pada hari ini tak lah lebih dari RM 2,000.00... Rasa benar-benar menyesal berbelanja di situ! Uncle india tu lah seumpama nila setitik yang merosakkan susu sebelanga..
Jadi kepada yang membaca, berhati-hati lah seandainya ingin membeli belah kelengkapan elektrik di TESCO Puchong... Pastikan anda menyimpan resit belian walaupun barangan anda ditampal dengan 'sticker SOLD & PAID'!
Menyusahkan org betul..!
ReplyDeletesalam Vic
ReplyDeletewaahh
akak baca pun penat,
lagilah Vic suami dan anak yang melalui situais tu
kenapa ya begitu?
oh ya, Vic dan anak apa khabar/ semoga sihat2 seahaja
pindah puchong tak bgtau........!!!!!!!!!!!!!!11
ReplyDeleteGeram pulak aku membacanya.. kalau ikutkan hati dah lama aku mengamuk kat sana! siap complaint lagi!! huh
ReplyDeletejiha: salam.. sorry lama tak buka blog.. huhuhu
ReplyDeletekak ummu: kak, tq tau..
nad: lerrrr.. ingatkan da tau.. hehe
eg: tu lah kn.. geram!
Salah sendiri. Kenapa tak simpan resit tu betul2. Bukti pembelian adlh resit. Resit adlh bukti paling penting kalau masuk mahkamah. Setakat sticker sold & paid, siapa2 pun boleh tampal.
ReplyDelete