(Maaf, post sebelum ini tentang tajuk ni telah 'hilang' tiba-tiba.. jadi saya menulisnya semula...)
SEBELUM melakukan pemeriksaan ibu mengandung di mana-mana pusat bersalin, saya dan suami melakukan 'survey' melalui kawan-kawan, internet dan 'call' sendiri ke pusat-pusat bersalin sekitar untuk mendapatkan maklumat tentang harga, lokasi, latarbelakang pusat bersalin dan sebagainya.. Melalui 'penelitian kami' kami memilih untuk 'bersuai kenal' dengan Pusat Bersalin Barakah.
Dipendekkan cerita, kali pertama saya bertemu Dr Khairiah Seman, pada bulan 07, 2010.. itulah pemeriksaan pertama yang saya lakukan di Pusat Bersalin Barakah.. Masa tu saya mengalami alahan yang kuat.. huhuhu.. Setelah melakukan pemeriksaan kali ke-5 iaitu pada 25hb 10 2010, (alahan pun dah hilang), saya dan suami telah menetapkan akan memilih Pusat Bersalin Barakah, Klang sebagai lokasi untuk saya melahirkan bayi sulung kami (Our future Muhamad Adam Yusuf.. hehehe) INSYAALLAH...
Kami ingin melakukan scan 3d/4d tapi Dr Khairiah Seman menasihatkan kami membuat pada hari yang lain kerana mendapati kedudukan 'Muhamad Adam Yusuf' tidak jelas kerana tidak nampak mukanya.. |
Antara sebab-sebab mengapa kami memilih Pusat Bersalin barakah ini:
- Pusat bersalin Islam
- Doktor dan kakitangan bersalin terdiri dari PEREMPUAN SHJ.
- TERPIKAT dengan Dr Khairiah Seman
- Harga yang MUNASABAH
- Berdekatan dengan rumah mak ayah Klang (mertuaku.. hihi)
Mengapa TERPIKAT dgn Dr Khairiah Seman ??
- KETELUSAN Dr Khairiah Seman dalam memberi penerangan mengenai ubat cthnya:kenapa/mengapa/dari mana/kandungan ubat dan sebab-sebab ubat PERLU di ambil
- SABAR dan tekun dalam mendengar pertanyaan atau soalan dari kami yang dhaif ini (hihihi)
- TIDAK memaksa membeli ubat/vitamin yang TIDAK PERLU sebaliknya menerangkan apa yang perlu dan kenapa ia perlu shj
- DEDIKASI terhadap pesakitnya
Pakej-Pakej Bersalin SILA KLIK
Antara Rawatan dan Perkhidmatan yang disediakan SILA KLIK
*Kerap terdengar kes doktor swasta menjual ubat bertujuan menjana keuntungan lebih. Seperti kes kawan saya yang 'seolah diwajibkan' membeli pelbagai ubat dan vitamin padahal apabila dirujuk pakar lain, semua vitamin tersebut mempunyai fungsi yang sama sahaja dengan erti kata lain, TIDAK PERLU*
Kami juga membincangkan tentang epidural, maklumlah.. penggunaan epidural tidak menyebabkan ibu hamil merasa sakit semasa proses melahirkan... Isu yang kerap kali kita dengar, apabila menggunakan epidural, bakal-bakal ibu tak pandai 'meneran' sewaktu proses kelahiran..
Ada juga bakal ibu yang akhirnya 'di bedah'.. huhuhu
(terdapat doktor swasta yang suka 'membedah' ibu bersalin atas tujuan menjana keuntungan lebih kerana kos bersalin melalui pembedahan yang tinggi tentunya menguntungkan pihak klinik swasta)
Jadi Dr khairiah Seman menerangkan terdapat teknik-teknik yang SEPATUTNYA dilakukan oleh doktor bagi mengelak bakal-bakal ibu tidak boleh bersalin secara normal apabila menggunakan epidural.. Dan setakat ini, belum ada pesakit-pesakitnya yang terpaksa melakukan pembedahan kerana 'tidak pandai meneran' akibat penggunaan epidural. INSYAALLAH..
Setakat ini, saya amat berpuas hati dan benar-benar mengesyorkan Pusat Bersalin Barakah seandainya anda ingin memilih pusat bersalin anda.
Tulisan lain saya tentang my Doktor:
TQVM kepada seluruh warga Pusat Bersalin Barakah...
'Alhamdulillah'
vic-mycerita.blogspot.com
Salam Vic
ReplyDeleteterima kasih kembali sudi meninggalkan jejak di blog akak.
semoga Vic dan baby sihat dan selamat selalu.
Wsalam kak ummu~~
ReplyDeletetq atas doa tu n tq krn kak ummu ada jugak nk 'toleh' ke blog vic.. (terharunya..)
Dear Vic,
ReplyDeleteMuhammad Adam Yusuf.. sedap nama ni, Pandai pilih :)..
tq una.. kononnya nama tu nk gabungkn klasik n modern.. kikiki (penuh kahyalan ni~)
ReplyDeleteDr khairiah tu mak saudara sy..dia mmg baik.sapo kata dia jahat mmg penipu la
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete