TAMBUN yg mcm waterpark tu, tak pernah kami p sbb my suami 'warga' SUNWAY' so, tiap2 tahun akan ada family day di SUNWAY LAGOON.. hehe.. biasanya i n my suami tak p berdua je tau, abis kami angkut lah anak2 saudara kami sekitar kl ni yg tentunya berteriak nk ikut.. tahun lalu 6org kanak2 (termasuk adik bongsu my suami n seorang anak saudara abg ipar) yg kami bawa. kikikiki.. kena kuar wang poket sendiri krn Sunway cuma bg 2 tiket percuma je sbb kami belum ada anak sendiri.. xpelah, asal mereka happy.. hehehe...
Sebenarnya, sekitar my kampung juga tak kurang menarik nya tau.. dikelilingi hijau, 'fresh air', byk terdapat sumber air n sgt natural~~ hmmm~~ nyaman..
Kat kawasan kami, klu setakat nk mandi manda dgn air yg fresh dari gunung, byk tempatnya krn semua nya masih terpelihara kebersihannya n naturalnya~! Selain air terjun, terdapat juga lata2.. lata tu mungkin istilah org Perak je kut, ia lebih kurang membawa maksud hamparan air or kawasan air sungai.. biasanya, air sungai yg deras.. itulah definasiku sendiri. mengikut pemahaman i lah~~ kikiki. lebih kuranglah ye~~
**psstt~!! Eg, x teringin nk p ker???? hehehehe...
N.. tentunya bila sumber yg natural n masih terpelihara semulajadi ni, tentulah tak mengeluarkn byk belanja (hehehehe).. sbbnya, tak ada tiket utk entry, tak ada sapa nk kutip untung kn.. so, ia amat menjimatkn klu nk bawa anak2.. anak2 saudara i klu dah semua bercuti di kampung, mesti suruh ayah teh n mak teh nya ini (me n my suami) janji bawa dorg p mandi kat sini. klu buat2 lupa, alamat nya masam mencuka lah semuanya.. ahahahaha.. (oh anak2 saudaraku yg comel.. rindu!!)
kita cuma masak n bawa dari umah pun dah memadai n bole berkelah di kawasan air terjun nya.. hmm.. best~!!!
Salah satu air terjun yg amat dekat dgn my kampung ialah LATA KEKABU, ia berada di daerah LENGGONG . Oleh krn umah kampungku berada di sempadan Lenggong n Kuala Kangsar.. so, itu yg menyebabkn tempat tu jadi dekat dgn kami.. hehe..


Lepas mandi manda, bole lah singgah di MUZIUM ARKEOLOGI, LENGGONG.. i n family p ke sini baru 2x je setakat ni tau. Bole tgk mcm mana penemuan Perak Man~! fuiyoo.. kiranya org yg pertama di Perak.. semuanya dipamerkan di sini.. dari tentang penemuan, pencarian, rangka dll.. ia amat baik utk pembelajaran anak2 kn~ sbbnya ia mmg ada dlm sejarah kita~!


Ha... lagi satu sesiapa yg minat nk berkayak ke, nak naik bot ke, nk buat team building ke or apa2 yg berbayar, bole lah singgah di TASIK RABAN... ia pun masih kekal asli keindahannya~! Yg menyediakn perkhidmatan kayak, bot dan sebagainya tu pun adalah hasil usaha anak jati kawasan di situ... pakej harga seperti gambar kat bwh.. kikiki
(ada model ye.. sorry.. my hubby tu!)
(TASIK RABAN, LENGGONG)
Sesiapa yg berminat nk makan ikan air tawar pun, bole mencari di kawasan sekitar sini, start dari Kampung Changkat Duku, Sauk hinggalah ke kawasan Lenggong ni.. Pengusahanya semua terdiri dari penduduk tempatan~! Begitu juga dgn perusahaan ikan pekasam.. so, sesiapa yg minat, di sini lah tempatnya~!
Banyak lagi yg best, cthnya tempat kami berdekatan dgn pintu sempadan Thailand iaitu Pengkalan Hulu n Betong.. tapi i belum cuba drive p sana sbb sepatutnya nk p raya ituhari malangnya, jadual jln2 umah saudara mmg 'full' (ahahaha).. so, maybe next time kn.. insyaAllah.. ada rezeki n diizinkanNya, mesti p punya kn..
setakat ni pintu sempadan yg pernah i n my suami p cuma melalui JITRA-Danok-Hatyai-Songkla, iaitu drive ke sana bila kebetulan melawat kakak di Jitra.. (yg tu nanti2 lah cerita kn.. huhuhu) Tapi masa kecil2 dulu mak n ayah i pernah bawa p sempadan perlis n kelantan.. tapi belum pernah cuba sendiri.. hehe~!
Okay... ni lah yg dpt i kongsi setakat ni, mcm dah promote pelancongan kat kampung i pulak ye.. kikiki.. xpe lah, apa yg bole, i mahu kongsi supaya ada juga yg tahu or yg nk tahu ttg tempat ni.. wpun tak byk info, tapi sesiapa yg tersesat kat kawasan ni, eloklah singgah beriadah di sini sebentar.. BEST~!!!
<<<<<selamat dtg ke 'my kampung' ..hehehe>>>>>
No comments:
Post a Comment