..............


Custom Glitter Text

Sunday, October 31, 2010

Mahu kurus ?

My saudara telah mencuba petua ini.. Hasilnya memang berkesan.. Biasalah, petua orang2 tua.. walaubagaimana pun, tak lah dpt dipastikan bagaimana pula pendapat pakar perubatan.. (wallahualam~)

Apa yg diperlukan???

1. Pucuk Betik


2. Ibu Kunyit
      
     
    CARANYA IALAH:-
    
  • Pucuk betik dan ibu kunyit (2cm-1inci shj) yg telah dicuci, hendak lah direbus ke dlm periuk dgn sukatan 3 cawan air
  • Rebus sehingga air tersebut surut menjadi 1 cawan.. (gunakan api yg kecil/sederhana)
(Campuran ini mempunyai rasa yg pahit dan kelat)






Minumlah air rebusan tersebut setiap sebelum sarapan dan sebelum tidur...
InsyaAllah, dlm masa 1bulan mengamalkn, anda akan mendapati hasil nya..




**Pastikan minum air masak yg cukup utk keperluan badan anda semasa anda mengamalkan petua ini (minimun 8gelas air masak setiap hari)**

**Amalan pemakanan yg sihat & senaman juga amat membantu mempercepatkan usaha anda..**



Pucuk Betik juga biasanya di rebus dan dibuat ulam  


 InsyaAllah.. SELAMAT MENCUBA~~!!!



 vic-mycerita.blogspot.com

Saturday, October 30, 2010

Berjimat Ketika Melancong

Bercuti memang menyeronokkn. Namun kebanyakkn kita yg melancong ke luar negara, duit dibelanjakn seperti air paip..

Kadar pertukaran wang asing yg tinggi berbanding negara kita dan aktiviti membeli belah yang tidak boleh dibendung menyebabkn wang sentiasa susut..

Justeru itu, tips di bawah mungkin dpt membantu kita berjimat sebahagian perbelanjaan yg diperuntukan utk bercuti:- 

  • Bawa makanan ringan
Ketika melancong, kita selalu mahu membeli makanan disebabkn lapar krn penat berjalan ke sana ke mari. Jadi, dengan adanya makanan ringan yg dibawa, ia bole dijadikan alas perut sebelum sampai waktu makan tengah hari atau malam..

  • Sentiasa membawa botol air
Jika sentiasa membeli air, tanpa disedari kita membelanjakn hampir ratusan ringgit krn air saja.
*terutama andai di negara yg matawang nya lagi tinggi cthnya negara Eropah*

  • Jalan Kaki
Rajin2lah berjalan kaki ketika melancong krn banyak tempat atau benda menarik yg bole dilihat jika berjalan kaki. Apa yg paling penting, kita dpt berjimat sedikit krn tidak perlu membayar tambang bas. Duit tu masih boleh digunakan utk perkara lain.

  • Cari pakej yg murah
Utk menjimatkn lg perbelanjaan ketika melancong, cuba cari pakej yg menarik n murah. Kadang-kadang ada hostel yg murah yg memberi sarapan pagi percuma.
(Jadi sebelum bercuti, carilah maklumat seberapa banyak yg mungkin)

  • Beli makanan dikedai runcit
Ini krn jika makan di restoran, harganya akan mahal n jarang makanan halal ditemui.. Lebih baik beli roti, jem, ikan tuna dlm tin, buah-buahan dikedai runcit.. Hamparkan kain sarung n berkelahlah di mana2 tempat yg menarik n tak mengganggu…

**Petikan di atas i ambil n 'salin semula' dari artikel Harian Metro keluaran khamis 28hb Oct 2010:bertajuk ‘cara berjimat ketika melancong’ tetapi telah diringkaskn menjadi bahan bacaan yg lebih pendek**


Apabila membaca artikel di atas, terpanggil utk berkongsi di dlm ruangan blog ni krn mmg ia adalah tips yg penting agar kita memahami, bercuti/melancong masih boleh kita uruskan secara 'jimat cermat'.. Terus terang,hampir semua di atas akan dipraktikkn oleh me n my suami pd tiap kali kami melakukan 'xpdc' ke mana2 destinasi yg jauh apatah lagi andai ke negara org yg tentunya akan menyebabkan kita mengalami kesukaran mencari makanan.. disamping ingin mengekalkan 'budget' yg kami telah putuskn sebelum memulakan perjalanan..


Melancong bukan bermaksud 'enjoy' or berhabis-habisan.. jadi, bersedia lah dgn perancangan yg lebih teliti n cari lah maklumat seberapa byk sblm bertolak ke destinasi...

Melanconglah wpun di dlm negara asalkan kita dpt melihat tempat org...


***********************


vic-mycerita.blogspot.com

Oh Suami~


Gambar ni adalah hadiah yg paling romantik yg i pernah bg kat suami.. sbb i tak pernah memberi hadiah buat suami, hehe.. huhuhu


Tu pun, gambar ni i tak bagi terus, sebaliknya i jadikn ia sbgi desktop picture...kikiki.. Semasa suami balik dari keje n terpandang gambar ni sebagai desktop picture, dia mula memberi perhatian (mungkin suami merasa pelik) n i just ckp i buat gambar tu utk dia. Tiada kesungguhan masa i berckp pun.. huhuhu.. i memang bukan seorang yg romantik
(KELAKAR!)

Sampai skrg pun suami tak tahu pdhal, i 'bersusah payah' memerah otak, idea n menggunakn skill yg tak seberapa ni utk mengabadikan 'rasa penghargaan n terima kasih pdnya'.. n agar dpt menarik perhatian suami.. (ahahaha).. i cuba menjadikan gambar yg memulanya tak nk digunakn oleh kami tu sbgi suatu gambar yg KONONNYA special bg i utk dia... =)

KONONNYA sesuatu yg magic n surprise krn gambar yg kami nk buang sebelum tu, i crop, i ubah warna, positionnya n hampir keseluruhan gambar tu semata2 nk 'menarik perhatian' my suami... (hehehe)

Serta, tulisan di atas tu, tentu lah menggambarkn kata penghargaan hati i ni utk suami.. kikiki

Wpun i sejenis yg acuh tak acuh dlm menzahirkan 'hati' i pd suami, nasib baik suami seolah mengerti n faham sgt dgn sikap i yg 'kelu' n 'malu' bila nk berterus terang...

Suami memuji gambar tu 'cantik' bg matanya n 'terima kasih' katanya...
(itulah yg masih ku ingat, n mmg i kembang kempis rasa gembira dlm hati.. LOL)


*Lalu, suami mewujudkn album 'mylove' dlm fb nya.. n gambar yg i hasilkn tu juga turut serta ada disitu..*
Tahulah i yg suami amat menghargai.. TQ my suami =)


  • Kebiasaannya i meluahkan apa di dalam hati i kpd suami MELALUI TULISAN
Persoalannya, sampai bila i terus 'tak reti' menzahirkan rasa 'penghargaan' terhadap suami...? huhuhu..



Friday, October 29, 2010

Bila diri dihargai~~ =)


Mmglah bunyi nya mcm simple je.... tapi tu lah hakikat kita sebagai manusia... rasa gembira apabila dihargai.. syukur~!

 I ni kan penulis baru.. yg menulis apa shj yg terlintas n entah tak tahu siapa yg teringin mahu membacanya.. ibarat bercakap seorang diri. kikikiki...


I cuba menjengah beberapa tulisan 'senior'...  bila membaca penulisan dari yg 'senior' i lebih tertarik pada penggunaan bahasa yg tak keterlaluan.. =)

Tadi gembira tak terkata wpun sekadar 'disapa' or apabila kak ummu (bicara hati ibu) dr myukhuwwah 'menoleh' ke arah blog i yg tak seberapa ni.. ye lah, kak ummu kn dah punya follower yg beratus2 so tentulah i rasa teruja~! punyalah i tersenyum lebar mcm tak bole ditutup bila lihat kak ummu sudi menjadi follower mycerita ni.. hihihihi...

Tu yg tetiba terfikir, 'i juga manusia biasa apabila merasa diri dihargai..' hehehe..


Tadi dah rasa tak bole nk tutup mulut ni tersengeh agaknya sampai suami balik nanti...?  Tapi awal2 tangan i laju je sms suami memberitahu rasa gembira ni, juga kepada beberapa kwn.. (ahahaha, kelakar)



(hehehehe)

Moral of story, kita semua hanyalah manusia biasa yg dianugerahkanNya dgn pelbagai perasaan.. tapi mohon agar ia ke arah yg positif...


Terima kasih Kak Ummu~~!




Wednesday, October 27, 2010

Victoria vs Britney

?????? hehehehe.. Sbnrnya Victoria vs Britney tu, i andai kan tentang me n my bestfriend~~ hehe.. biarlah i  namakan my bestfrd tu sbgi Britney n i pula, tentu lah 'sebagai perasaan i' yg suka sgt kat victoria.. kikikiki..




I tahu, andai tulis pun , ianya hanya lah umpama memori yg entah apa akan berlaku andai tak berjumpa di fb.. so, tqvm fb~! tapi wpun berjumpa di fb, kalau masih berumur belasan tahun n masih 'memendam', ntah2 kami tak kan berbaik or 'buat2 tak tahu' mcm masa sekolah dulu~!


KAMI TIDAK BERGADUH..........
                               CUMA MEMENDAM RASA/KECIL HATI


(nk tahu? masa sek dulu, dua2 tidak saling bertanya n dua2 tak pernah berterus terang or cuba membincangkn 'sengketa hati kami'~! ) **masa tu ada juga try pakai 'org tengah', malangnya semua msg mcm tak kesampaian.. huh, budak2 kn~! hehe**



bagi pihak kami berdua pulak, masing2 diam n mbawa diri kononnya.. ahaha.. tapi kalau berjumpa, tetap bertegur, cuma kemesraan tu TIADA lagi... huhuhu (kurang komunikasi ni... hehe)
PDHAL, SEBELUM TU, KAMI UMPAMA ISI N KUKU~!!


So, mungkin 'pertemuan' di fb kali ini 'menjadi' krn:
  • faktor umur : masing2 dah dewasa @ tua.. hehe


Ianya hanya memori lama di zaman sekolah menengah.. wpun lama, tetap rasa mcm semalam ia terjadi.. huhuhu.. i rindu sgt saat tu~! tapi dlm rindu, amat pedih utk dikenang.. n andailah boleh, mahu rasa nya d ulang semula.. agar ianya tak berlaku.. **sesungguhnya kenangan ini sgt memberi pengajaran kpdku..**


Salah siapa? entah.. maybe salah sendiri krn terlalu mengikut kata hati n terlalu 'desperate mengharapkan sebuah persahabatan yg baik tu mestilah bermaksud sentiasa bersama n sentiasa ada di waktu perlu serta sentiasa 'auto' memahami..'
SEBENARNYA, IA SALAH...

krn.. sahabat yg baik, harus lah sentiasa toleransi n sentiasa bertolak ansur di antara satu sama lain..  jaga lah persahabatan dgn rasa tanggungjwb agar menghormati satu sama lain.. ITU YG TERPENTING~!

krn... kita bukanlh budak kecil yg sentiasa hidup dgn dunia imaginasi n takkan pula kita asyik nk bermain dgn mimpi tanpa menyedari ada tanggungjwb lain yg perlu ditunaikan...?? itulah diriku.. mungkin! diwaktu itu.. di waktu umur belasan tahun!! (hahaha)


               Tapi bila dewasa, barulah kesedaran itu timbul.. baru lah tahu bahawa takkan ada yg mengubah perasaan kita terhadap bestfrd wpun ditelan waktu or wpun telah melalui pelbagai putaran hidup.. krn bestfrd takkan terdapat ditepi jalan or takkan terdapat 'dikebanyakkn'...

BUKTINYA wpun 15tahun berlalu, wpun sengketa itu hanya dr dlm hati.. hakikatnya, hari2 rasa rindu terhadap bestfrd tak pernah pudar.. wpun tak bertemu or bertanya khabar..  malah sakit hati krn tak dpt menzahirkan n tak dpt menghuraikan apa yg berlaku antara kami sejak dulu lagi.. mungkin masa tu terlalu 'budak2'~! (ahahaha..)

ATAU mungkin juga krn diwaktu itu sifat kami yg amat rapat n menyayangi satu sama lain membuat kan kami tak pernah meluahkan apa didlm hati.. mungkin masing2 mengharapkan 'faham sendiri' krn hubungan yg amat rapat biasanya umpama ada sense di antara satu sama lain.. @masing2 mungkin mengharapkan salah seorang berterus terang..

Hmm.. kini semua sudah terurai tapi xmungkin dpt memaafkn diri pd apa yg terjadi krn mengguris perasaan bestfrd sama seperti mengguris perasaan sendiri..
Cuma skrg, amat gembira krn dipertemukan wpun dgn 'dunia' yg berbeza..

Just nk ingatkn, andai berkawan, jaga lah pertuturan n jujurlah dlm mberi pandangan serta bersederhana lah dlm setiap perbuatan krn ia lebih bernilai dr kita mgharap umpama cerita sahabat d dlm novel2.. hehe..

DAN, ketahuilah...:
  • KOMUNIKASI AMAT PENTING DLM SESEBUAH HUBUNGAN..


  suami,sahabat n teman....
 
Seperti juga andai bila kita bersama dgn pasangan hidup cthnya suami/isteri, kita perlu menghormati n jgn lah keterlaluan dlm mgharap kasih syg dr nya.. krn bimbang kelak akan melukakan apabila 'tuntutan itu terlalu tinggi'.. jd, elok lah bersederhana... dlm tiap perbuatan n tindakan..


**.. inilah kenangan yg tak pernah ku kongsi dgn sesiapa pun sebelum ni, n rasa ianya terlalu peribadi utk diterangkn secara 'details' krn bimbang melukakan hati mana2 pihak..**

maaf krn cerita yg kebanyakknnya seolah2 tergantung...
GOOD LUCK N HARAP KITA SEMUA BEROLEH KEBAHAGIAAN DUNIA N AKHIRAT..




Monday, October 25, 2010

My Dr Khairiah Seman



 (Maaf, post sebelum ini tentang tajuk ni telah 'hilang' tiba-tiba.. jadi saya menulisnya semula...)


SEBELUM melakukan pemeriksaan ibu mengandung di mana-mana pusat bersalin, saya dan suami melakukan 'survey' melalui kawan-kawan, internet dan 'call' sendiri ke pusat-pusat bersalin sekitar untuk mendapatkan maklumat tentang harga, lokasi, latarbelakang pusat bersalin dan sebagainya.. Melalui 'penelitian kami' kami memilih untuk 'bersuai kenal' dengan Pusat Bersalin Barakah.


Dipendekkan cerita, kali pertama saya bertemu Dr Khairiah Seman, pada bulan 07, 2010.. itulah pemeriksaan pertama yang saya lakukan di Pusat Bersalin Barakah.. Masa tu saya mengalami alahan yang kuat.. huhuhu.. Setelah melakukan pemeriksaan kali ke-5 iaitu pada 25hb 10 2010, (alahan pun dah hilang), saya dan suami telah menetapkan akan memilih Pusat Bersalin Barakah, Klang sebagai lokasi untuk saya melahirkan bayi sulung kami (Our future Muhamad Adam Yusuf.. hehehe) INSYAALLAH...




Kami ingin melakukan scan 3d/4d tapi Dr Khairiah Seman menasihatkan kami membuat pada hari yang lain kerana mendapati kedudukan 'Muhamad Adam Yusuf' tidak jelas kerana tidak nampak mukanya..


Antara sebab-sebab mengapa kami memilih Pusat Bersalin barakah ini:

  • Pusat bersalin Islam
  • Doktor dan kakitangan bersalin terdiri dari PEREMPUAN SHJ.
  • TERPIKAT dengan Dr Khairiah Seman
  • Harga yang MUNASABAH
  • Berdekatan dengan rumah mak ayah Klang (mertuaku.. hihi)

Mengapa TERPIKAT dgn Dr Khairiah Seman ??
  • KETELUSAN Dr Khairiah Seman dalam memberi penerangan mengenai ubat cthnya:kenapa/mengapa/dari mana/kandungan ubat dan sebab-sebab ubat PERLU di ambil 
  • SABAR dan tekun dalam mendengar pertanyaan atau soalan dari kami yang dhaif ini (hihihi)
  • TIDAK memaksa membeli ubat/vitamin yang TIDAK PERLU sebaliknya menerangkan apa yang perlu dan kenapa ia perlu shj
  • DEDIKASI terhadap pesakitnya


Latarbelakang dan pendidikan Dr Khairiah Seman di sini.. SILA KLIK
Pakej-Pakej Bersalin SILA KLIK
Lokasi Pusat Bersalin Barakah SILA KLIK
Antara Rawatan dan Perkhidmatan yang disediakan SILA KLIK


*Kerap terdengar kes doktor swasta menjual ubat bertujuan menjana keuntungan lebih. Seperti kes kawan saya yang 'seolah diwajibkan' membeli pelbagai ubat dan vitamin padahal apabila dirujuk pakar lain, semua vitamin tersebut mempunyai fungsi yang sama sahaja dengan erti kata lain, TIDAK PERLU*




Kami juga membincangkan tentang epidural, maklumlah.. penggunaan epidural tidak menyebabkan ibu hamil merasa sakit semasa proses melahirkan... Isu yang kerap kali kita dengar, apabila menggunakan epidural, bakal-bakal ibu tak pandai 'meneran' sewaktu proses kelahiran..
Ada juga bakal ibu yang akhirnya 'di bedah'.. huhuhu
(terdapat doktor swasta yang suka 'membedah' ibu bersalin atas tujuan menjana keuntungan lebih kerana kos bersalin melalui pembedahan yang tinggi tentunya menguntungkan pihak klinik swasta)

Jadi Dr khairiah Seman menerangkan terdapat teknik-teknik yang SEPATUTNYA dilakukan oleh doktor bagi mengelak bakal-bakal ibu tidak boleh bersalin secara normal apabila menggunakan epidural.. Dan setakat ini, belum ada pesakit-pesakitnya yang terpaksa melakukan pembedahan kerana 'tidak pandai meneran' akibat penggunaan epidural. INSYAALLAH..




Setakat ini, saya amat berpuas hati dan benar-benar mengesyorkan Pusat Bersalin Barakah seandainya anda ingin memilih pusat bersalin anda. 


Tulisan lain saya tentang my Doktor:



TQVM kepada seluruh warga Pusat Bersalin Barakah... 
'Alhamdulillah'


vic-mycerita.blogspot.com


Menarik di my kampung??? huh...

ANDAI balik kampung, i n family suka p jalan2.. tak kiralah kat BANDAR DIRAJA KUALA KANGSAR ke, kat CAMERON HIGHLAND ke, p IPOH ke, TAIPING ke or memana yg berdekatan.. PANGKOR tu agak jauh dari tempat tinggal kami so klu nk p sana kena ada extra time kan... huhuhuhu..

TAMBUN yg mcm waterpark tu, tak pernah kami p sbb my suami  'warga' SUNWAY' so, tiap2 tahun akan ada family day di SUNWAY LAGOON.. hehe.. biasanya i n my suami tak p berdua je tau, abis kami angkut lah anak2 saudara kami sekitar kl ni yg tentunya berteriak nk ikut.. tahun lalu 6org kanak2 (termasuk adik bongsu my suami n seorang anak saudara abg ipar) yg kami bawa. kikikiki.. kena kuar wang poket sendiri krn Sunway cuma bg 2 tiket percuma je sbb kami belum ada anak sendiri.. xpelah, asal mereka happy.. hehehe...


Sebenarnya, sekitar my kampung juga tak kurang menarik nya tau.. dikelilingi hijau, 'fresh air', byk terdapat sumber air n sgt natural~~ hmmm~~ nyaman..

Kat kawasan kami, klu setakat nk mandi manda dgn air yg fresh dari gunung, byk tempatnya krn semua nya masih terpelihara kebersihannya n naturalnya~! Selain air terjun, terdapat juga lata2.. lata tu mungkin istilah org Perak je kut, ia lebih kurang membawa maksud hamparan air or kawasan air sungai.. biasanya, air sungai yg deras.. itulah definasiku sendiri. mengikut pemahaman i lah~~ kikiki. lebih kuranglah ye~~

**psstt~!! Eg, x teringin nk p ker???? hehehehe...

N.. tentunya bila sumber yg natural n masih terpelihara semulajadi ni, tentulah tak mengeluarkn byk belanja (hehehehe).. sbbnya, tak ada tiket utk entry, tak ada sapa nk kutip untung kn.. so, ia amat menjimatkn klu nk bawa anak2.. anak2 saudara i klu dah semua bercuti di kampung, mesti suruh ayah teh n mak teh nya ini (me n my suami) janji bawa dorg p mandi kat sini. klu buat2 lupa, alamat nya masam mencuka lah semuanya.. ahahahaha.. (oh anak2 saudaraku yg comel.. rindu!!)

kita cuma masak n bawa dari umah pun dah memadai n bole berkelah di kawasan air terjun nya.. hmm.. best~!!!

Salah satu air terjun yg amat dekat dgn my kampung ialah LATA KEKABU, ia berada di daerah LENGGONG . Oleh krn umah kampungku berada di sempadan Lenggong n Kuala Kangsar.. so, itu yg menyebabkn tempat tu jadi dekat dgn kami.. hehe..

(yg tu my adik bongsu n family~~ czuka!! @LATA KEKABU)


Lepas mandi manda, bole lah singgah di MUZIUM ARKEOLOGI, LENGGONG.. i n family p ke sini baru 2x je setakat ni tau. Bole tgk mcm mana penemuan Perak Man~! fuiyoo.. kiranya org yg pertama di Perak.. semuanya dipamerkan di sini.. dari tentang penemuan, pencarian, rangka dll.. ia amat baik utk pembelajaran anak2 kn~ sbbnya ia mmg ada dlm sejarah kita~!


     (.....keadaan dlm muzium....)


Ha... lagi satu sesiapa yg minat nk berkayak ke, nak naik bot ke, nk buat team building ke or apa2 yg berbayar, bole lah singgah di TASIK RABAN... ia pun masih kekal asli keindahannya~! Yg menyediakn perkhidmatan kayak, bot dan sebagainya tu pun adalah hasil usaha anak jati kawasan di situ... pakej harga seperti gambar kat bwh.. kikiki
(ada model ye.. sorry.. my hubby tu!)

             

       
(TASIK RABAN, LENGGONG)

Sesiapa yg berminat nk makan ikan air tawar pun, bole mencari di kawasan sekitar sini, start dari Kampung Changkat Duku, Sauk hinggalah ke kawasan Lenggong ni.. Pengusahanya semua terdiri dari penduduk tempatan~! Begitu juga dgn perusahaan ikan pekasam.. so, sesiapa yg minat, di sini lah tempatnya~!

Banyak lagi yg best, cthnya tempat kami berdekatan dgn pintu sempadan Thailand iaitu Pengkalan Hulu n Betong.. tapi i belum cuba drive p sana sbb sepatutnya nk p raya ituhari malangnya, jadual jln2 umah saudara mmg 'full' (ahahaha).. so, maybe next time kn.. insyaAllah.. ada rezeki n diizinkanNya, mesti p punya kn..
setakat ni pintu sempadan yg pernah i n my suami p cuma melalui JITRA-Danok-Hatyai-Songkla, iaitu drive ke sana bila kebetulan melawat kakak di Jitra.. (yg tu nanti2 lah cerita kn.. huhuhu)  Tapi masa kecil2 dulu mak n ayah i pernah bawa p sempadan perlis n kelantan.. tapi belum pernah cuba sendiri.. hehe~! 

Okay... ni lah yg dpt i kongsi setakat ni, mcm dah promote pelancongan kat kampung i pulak ye.. kikiki.. xpe lah, apa yg bole, i mahu kongsi supaya ada juga yg tahu or yg nk tahu ttg tempat ni.. wpun tak byk info, tapi sesiapa yg tersesat kat kawasan ni, eloklah singgah beriadah di sini sebentar.. BEST~!!!

<<<<<selamat dtg ke 'my kampung' ..hehehe>>>>>


Sunday, October 24, 2010

Phuket Honeymoon

Tetiba terfikir nk letak beberapa keping gambar kenangan semasa honeymoon di Phuket~ Kalau tak salah kami pergi pd bulan Feb 2010~ Sekejap jer... 03-06hb Feb 2010~

Sebenarnya i mmg tak suka laut sbb suasana sekitar panas.. tapi memandangkn itu destinasi yg kiranya setakat mampu klu nk try p ke negara lain kn~! hehehe.. tapi, alhamdulillah~~ 1st time p Thailand naik flight.. kikiki.. biasanya p sana melalui sempadan.. biasalah.. aktiviti keluarga ler~!!

Tapi p Phuket ni, me n my suami p dgn kwn2 juga.. walk in jer.. so, far, tak de masalah sgt di sana.. tempat mkn pun andai kita tanya, ada tempat islam.. dah mmg mereka buat utk pelancong kn, so mesti lah utk islam pun ada.. tapi susah lah utk terdapat byk kedai makan kita yg di tepi jalan.. depan pantai ada~!! tak lah mcm Hatyai.. Hatyai lebih mudah rasa nya.. huhuhu..

Kalau ttg bahasa pula, biasalah~~~ agak sukar berkomunikasi~~ tapi, gunakan bahasa isyarat ke, bahasa paling mudah ke or teka teki ke.. ahahaha.. mesti okay punya klu krn biasanya mereka dpt meneka apa maksud kita~~ hehehe

Hari ke-2 kami berada di sana, kami mendapatkn khidmat pemandu pelancong utk hari yg terakhir krn kami berhajat nak round2 di sekitar yg jauh sikit, dia akan guide kita kn n akan arrange pakej yg kita suka... tapi masa pemandu pelancong tu terangkan ttg pakej2 tu, pastikan kita faham apa dia maksudkn n tanya dengan jelas ttg harga cthnya~ tapi andai bawa family yg anak2 kecil, lebih baik melalui travel agt sedari awal yg di atur sebelum kita bertolak ke Thailand... menggunakn agt2 di Malaysia akan lebih mudah utk kita memahami dan plan apa yg patut... khususnya andai membawa keluarga kn~  Phuket bukanlah sesuai sgt utk aktiviti keluarga.. apalagi klu anak2 kecil kn~  tapi pun org arab tetap juga p sana dgn anak2 mereka yg masih kecil~~! hihihi~~

Pendek kata, terpulang pada penilaian kita n mcm mana kita sendiri mahu.. hohoho~~

(ni gambar masa on the way ke Phi Phi Island)

Seperti biasa, aktiviti naik gajah ni tetap nk cuba.. kikiki.. tak sampai rm100 pun.. tak ingat sgt berapa tapi dlm rm 60 mcm tu rasa nya (tak lebih dr rm80 di waktu tu).. pusing2 dlm kebun getah yg telah dibuat utk tujuan tu.. tapi terdapat juga kebun comel bunga matahari tau~  hehehe.. kat situ, photographer berbangsa thai akan tunggu kita lalu n di arah kn gajah berhenti so, dorg ambil gambar kita.. klu kita mahu, kita boleh beli lah gambar tu bila dah abis pusing2 dgn gajah nanti.. additional price tau! tak temasuk dlm harga nk naik gajah tu tadi k~~ Utk gambar kami ni, pemandu gajah tu yg tolong ambilkn gambar kami, menggunakan kamera sendiri... kikikiki. ni lah hasil gambar yg pemandu tu ambil.. hehe

(pemandangannya sungguh damai tapi bau busuk gajah tu kuat juga... hehehe)
Secara peribadinya, i rasa gayatlah naik gajah.. huhuhuhu



Walaupun memula tak suka dengan tempat ni, tapi maybe kerana pergi dgn kwn2 suami, so rasa happy n gembira jer~!

(ni masa kapal comel kami berlabuh di Phi Phi Island)


Oh ye.. kat Phuket terdapat, pantai yg lain2 juga cthnya patong beach, karon beach dll n juga terdapat pulau2 lain.. kami pergi n tinggal di kawasan Patong beach iaitu dikhabarkn ia adalah lokasi di mana tsunami berlaku~!!!
Gambar di atas ni, semasa kami dalam sesi lawatan ke Phi Phi Island, semasa berada dlm bot tu mmg akan di terangkn nama2 pantai serta pulau2 sekitar yg kita lalui semasa nk ke Phi Phi Island... so, andai ingin tulis dlm diari, make sure dgr betul2 tau sbb biasalah.. kdg2 bahasa mereka agak sukar di fahami walaupun menggunakan english~


yg ni, gambar aktiviti snorkeling kat kawasan pulau2 di situ, iaitu bot akan berhenti ditempat yg ditetap kn utk snorkeling sebelum meneruskan semula perjalanan ke Phi Phi Island.. maksudnya, on the way nk ke Phi Phi Island..
** sbnrnya terdapat pelbagai pakej aktiviti yg bole di lakukan di sana asal sanggup membayarnya.. pemandu pelancong kita tadi mmg menerangkn semua pakej yg tentu di mulai dgn yg paling mahal kn so, terpulang mana satu nk pilih.. kami cuma pilih pergi ke Phi Phi Island, snorkeling n bertolak balik dlm hari yg sama ke Phuket**


 
(ni gambar di sekitar Phi Phi Island)


Ada banyak lagi gambar di sana tapi asyik ada model kat atas ni sibuk berposing skali ler.. hehehe.. so, ni pun dah memadai kut..
ttg hotel pula, semasa kami pergi, kawan dah booking online utk 'guest house'.. ia tak lah hotel mewah tapi mcm budget hotel.. kebersihan nya okay n tak lah bermasalah~ kiranya memadai dgn apa yg kita byr.. harga below rm60 (guest house).

Banyak aktiviti di sana di kenakan dgn harga yg agak tinggi so, apa yg mudah terdapat di Malaysia, kami tak mahu cuba~~ cumanya bungy jump, walaupun susah terdapat, kami semua tak mahu mencuba nya.. ahahaha.. nanti i sakit jantung ler.. kikikiki..

okay, nanti tulis lagi~~  @_@


Saturday, October 23, 2010

Menulis~~

السلام عليكم


Sekali lagi i menulis, yg kali ke-2 pada hari ni n ntah kali ke berapa sejak kenal blog ni.. hehehe.. asyik2 tak jadi, lupa password, tetiba tak boleh buka or apa2 alasan yg seangkatan denganya.. huhuhu.. Agaknya ni semua berpunca dari sikap i ni yg tak bersungguh2..

Tadi petang, dah hampir terlupa mcm mana nak mulakan.. nasib baiklah si 'Charmingku' ada membantu, memberi tunjuk ajar melalui telefon.. at least, akhirnya i tahu juga sikit2 basic nya.. hehe.. tapi kesabaran teruji lagi bila tetiba, i tak bole log in lagi atas sebab yang ntah sebab apa.. pdhal semua dah dilakukan berkali2 n berhati2.. agaknya mmg salah sendiri.. ahahhaha... shhh..!!!
Akhirnya, malam ni, i menulis ni dengan otak yg berserabut krn penat, krn risau tak jadi lagi n krn sedih sbb tak jadi tadi.... tapi dlm hati, rasa teruja krn sabar juga i ni rupanya.. kikikiki.. tapi idea sume dah ntah ke mana.. huhuhu

Hmmm.. KONONnya, sejak kahwin n suri rumah sepenuh ni, nk menulis blog sbb boring n sebab nk bercakap pun, at least ada tempat jugak lah kn.. hihi.. tulis je apa yg terlintas.. sbb nya i ni jarang beriadah dgn kawan so, tak de kawan selalu sgt berjumpa or hampir2 mmg tak jumpa... huhuhu.. dgn eg 'charmingku' pun walaupun dah kenal lama tapi hakikatnya kami dah setahun tak berjumpa pdhal dekat sgt tempat tinggal kami n my suami bole dikatakan dari naungan syarikat yg sama walaupun pentadbirannya tak sama.. hihihihii.. yg jd setahun je jumlah hari tak berjumpa tu pun sbb nya tahun lalu terserempak kat tempat bowling, tmpt my suami n my eg bertanding..

Apa lagi nk tulis? kepala mcm da berserabut krn hal tadi tu.. huhuhu.. tu lah manusia kn.. atau maybe juga sbb i kan hamil 06bulan... so, maybe cepat rasa penat.. hihihi  

Yupp.. i dah hamil, bakal menyambut baby sulung tau.. thanks Allah~!!



vic-mycerita.blogspot.com