..............


Custom Glitter Text

Thursday, April 21, 2011

Lokasi di Medan, Indonesia

Selama 5 hari 4 malam saya, suami, ibu dan mak su 'merantau' ke Medan, Indonesia.. Kalau benar ingin melawat ke seluruh kawasan pelancongan di Medan, memanglah 05hari tu tak kan cukup.. maklumlah, Kota Medan ni luas dengan pelbagai tempat yang menarik ! Jadi, cara terbaik, andai kita belum survey destinasi yang mahu dilawati di Medan, jangan lupa dapatkan buku panduan perlancongan di hotel yang kita tinggal. Ia membantu kita dalam memilih destinasi yang bersesuaian dengan waktu percutian kita selain Kota Medan sendiri.. (andai tanpa khidmat agensi perlancongan-seperti kami, hehehe..)


Tapi andai bersama agensi perlancongan, rancanglah dan bincang lah dengan agensi mengikut kesukaan dan budget anda...

BERIKUT, BEBERAPA GAMBAR YANG DAPAT SAYA KONGSIKAN BERSAMA..

1. Kami di sekitar Medan
2. Parapat, Lake Toba
3. Pulau Samosir (Tuk tuk & Kg Tomok)


Antara tempat-tempat menarik/boleh dilawati di Medan, Indonesia...

1. Bandar Medan
2. Medan City Hall
3. Istana Maimun (warisan kerabat Sultan Deli)
4. The Grand Mosque (Masjid Raya-peniggalan Kesultanan Deli)
5. Labuhan Mosque (Warisan Sultan Deli-20km di utara Medan-highway Medan & Belawan)
6. Muzium Sumatera Utara (di jalan H.M joni, Medan)
7. Bukit Barisan Muzium (di jalan Zainul Arifin)
8. Tjong A Fie (kepunyaan millionaire pertama Sumatera, di jalan Jend. Ahmad Yani, Kesawan)
9. Kuil Hindu 'Shri Mariaman' (di jalan H.Zainul Ariffin/ jalan Teuku Umar)
10. Kuil katolik & protestant (di jalan Deponegoro)
11. Merdeka Walk (pusat bandar)
12. Zoo
13. Tugu Jeneral A Yani (di taman di jln Jend. Sudirman)
14. Taman Buaya
15. Tasik Siombak Indah (di Pulau Rengas-18km dari bandar Medan)
16. Rahmat Galeri & Muzium Kehidupan Liar (difahamkan buat masa ini, inilah galeri hidupan liar di Asia~!)
17. Seni Kraftangan
18. Orang Utan (di daerah Langkat, dapatkan permit dr PHPA-national park office di Bukit Lawang)
19. Sungai Baharok
20. Sungai Wampu (penggemar aktiviti  air yang mencabar- daerah Langkat)
21. Gua Kelawar (Hutan Bukit Lawang)
22. Jungle Tracking & perkemahan (di Bukit Lawang)
23. Tangkahan (eco tourism area)
24. Sembahe (di jln utama Brastagi, 36km dari Bandar Medan)
25. Air terjun di Kg Bandar Baru, Sibolangit (ketinggian 75meters)
26. Sibolangit Hill Park
27. Pantai Cermin (daerah Serdang Bedagai, menghadap selat Melaka)
28. Theme Park (25km dari Sei Rampah)
29. Pantai Sialang Buah (60km dari Bandar Medan, menghadap selat Melaka)
30. Sibayak Volcano
31. Sinabang Volcano
32. Bukit Gundaling
33. Sipiso-Air terjun Piso (135km dari Berastagi)
34. Taman Simalem (sekitar kawasan Lake Toba)
35. Pematang Purba - rumah bolong
36. Parapat
37. Tanjung Unta (61km dr Pematang Siantar & 109km dr Medan)
38. Simarjarunjung (49km dr Pematang Siantar atau 123km dr Medan melalui Berastagi)
39. Batu tergantung
40. Tasik Toba
41. Simalungun Muzium (jln Jeneral Sudirman)
42. Pusuk Buhit (di sekitar tasik Toba)
43. Pulau Samosir (terdapat pelbagai tempat yang boleh di lawati)

DAN BANYAK LAGI.... sila rujuk agensi perlancongan atau kenalan di sana..


Banyak nya senarai... LOL.. itu hanya untuk perkongsian bersama, manalah tahu kalau-kalau boleh dibuat sebagai rujukan/panduan sebelum anda bercuti ke Medan...

Senarai tempat-tempat di atas saya dapati dari buku panduan perlancongan dan juga dari pengamatan melalui kenalan saya di sana..




Sekitar Samosir Island

Terdapat banyak lagi tempat lain yang boleh dilawati tapi kami pergi yang sekadar mampu je... penat! hehehe..
Gambar yang tak seberapa.... (huhuhu...)


Ada tempat yang kena bayar tiket masuk.. huhuhu









latarbelakang- Silintong Hotel


carta Kampung Tomok


Horas!!


Nak juga bergambar di kawasan orkid-hadapan Silintong hotel..




SILA KLIK : Senarai Lokasi di Medan****************






Kami di sekitar Medan

Saya bersama suami, ibu dan mak su ke sana tanpa menggunakan khidmat agensi perlancongan. Biasanya ke mana-mana kami pergi, kami lebih puas 'pergi sendiri' tanpa agensi. Tapi di Medan, keputusan untuk memandu sendiri kenderaan sewa anda, rasanya kurang tepat kerana di Medan amat sukar bertemu TANDA JALAN/PAPAN TANDA..

Kebetulan pula kenalan keluarga bernama 'Epi' ada di Medan pada masa itu, Epi juga tak tahu bagaimana jalan ke Parapat contohnya (akibat tiada tanda jalan) jadi, kami bernasib baik apabila bapa Epi mahu menemani kami ke Parapat, Lake Toba dan seterusnya Samosir Island seperti yang kami rancang..

Memandangkan kami membawa ibu dan mak su, jadi tak banyak destinasi jauh yang kami plan nak pergi... itu pun dah cukup memenatkan! hehehe...

ni lah 'angkutan sewa / motor sewa'

boleh top up nilai cell phone anda.. 'pulsa'

bole beli minyak..

sesekali sjh terdapat tanda jalan..

menu di restoran podomoro, pasar sukaramai

tag kerja bapa 'epi'

singgah di istana maimun

masjid raya


minum di tepi jalan.. ES=AIS

wang kami...

naik beca di bandar medan

pintu gerbang..


singgah di bank transfer wang..


bank indonesia

SILA KLIK: Senarai Lokasi di Medan****************







Parapat, Lake Toba


Gambar-gambar sekitar Parapat & Tasik Toba yang ingin dikongsi...


harga bot or feri sewa

permandangan dari balkoni resort yang kami sewa

atas bot nak ke samosir island

permandangan jeti..

mak su, suami & ibu bersama keluarga epi

bukit-bukit sekitar tasik toba..

tasik toba...

batu tergantung.. (menyerupai manusia)
di depan tempat penginapan kami..
senja di tasik toba



SILA KLIK: Senarai Lokasi di Medan****************






Friday, April 1, 2011

Muhamad Adam Yusuf



Muhamad Adam Yusuf bin Muhamad Bashir
Tarikh Lahir : 14hb 02 2011
Waktu Lahir : 11.04am
Jenis Darah : O +
Tempat Lahir : SALAM Medical Centre



Masalah/Kegagalan Penyusuan Badan


Hmmm... saya menulis dalam keadaan sedih dan adakala nya menyesal.. (tak baik kan...)
Menyesal kerana dah lama buat 'kajian' (kwang3x...), dah lama 'interview' orang-orang yang berpengalaman dan lama berbincang dengan doktor..
Mungkin salah sendiri... Huhuhu..

Semasa proses kelahiran Muhamad Adam Yusuf (bersalin secara normal), saya mahu menggunakan bius 'epidural', selepas kelahiran hampir setengah hari masih merasa kebas bius dan muntah-muntah (dua kali je muntah, mungkin kerana saya tidak makan sebelum pengambilan epidural)..
Jadi, lebih kurang satu hari, saya macam tak bermaya dan tiada selera makan.. Saya menggantikan susu botol untuk bayi saya Muhamad Adam Yusuf.

Apabila balik ke rumah mertua, saya 'check' puting payudara, susu langsung tak terdapat diputing payudara.. (mungkin teknik ni salah..) sebelum itu, nurse juga melakukan begitu, firasat saya mungkin ini bertujuan memastikan susu ada atau tidak sebelum terus memberikan kepada bayi.. (huhuhu..) dan setiap kali saya tanya orang-orang tua pun, mereka akan bertanya balik "puting dah ada susu ke belum?" atau "susu dah ada ke belum?" (LOL)


Saya sebenarnya tak pasti 'bagaimana memulakan' atau 'bila harus mula' (huhuhu...) serta 'Adakah susu telah ada?'

Kalau menggunakan teknik di atas, memang lah tak ada tanda-tanda susu saya telah ada. (huhuhu..)
*Kesukaran memahami mungkin kerana berpunca pengalaman pertama bersalin dan saya berasal dari latar belakang keluarga yang tak pernah mempraktikkan susu badan*

Seterusnya, saya masih membekalkan bayi menggunakan susu formula dalam botol.. walaupun Dr Khairiah Seman dah berpesan bimbang bayi menyukai botol kerana bayi tidak perlu bersusah payah apabila menyusu menggunakan botol. Sedangkan apabila menggunakan susu badan, bayi terpaksa bekerja...

Setelah seminggu berlarutan:- tiba-tiba saya mengalami bengkak susu, saya cuba mengepam susu keluar agar surut bengkak nya. (payudara membengkak akibat susu yang banyak tapi tak dikeluarkan-Dr Khairiah Seman)

Tertanya-tanya dalam diri, 'bila pulak susu ni ada? Ituhari check tak  ada pun...' (LOL)

hari pertama : SEHARIAN mengepam cuma 2ml susu yang berjaya dikeluarkan.
hari kedua : Cuma 40ml susu...
hari ketiga : Cuma 100ml..
hari ke empat : Cuma 120ml...

Sedangkan bengkak makin membesar, puting juga kelihatan tenggelam akibat bengkak payudara menyukarkan saya menyusukan bayi.. huhuhu.. Saya sekali lagi berjumpa Dr Khairiah Seman bagi membincangkan hal ini. Memang tidak ada cara lain kecuali mengepam keluar susu atau makan ubat agar susu surut. Tentu saya memilih untuk cuba mengepam lagi!

Balik je rumah, saya pam lagi dan lagi...
Esoknya pam lagi demi semangat untuk menyusukan bayi saya menggunakan susu ibu.... huhuhu.. Akhirnya, SAYA BERJAYA PAM KELUAR SEBANYAK 800ML !
Selepas tu, payudara saya kembali beransur surut tapi puting saya membengkak dan menyakitkan.. saya memakai krim untuk puting dan bengkak puting mengambil masa juga untuk kembali normal...

Saya masih terus mengepam...

Hampir hari ke-18 (Dr Khairiah Seman bercuti kecemasan), Apabila saya bersedia menyusukan bayi secara 'direct', bayi saya Muhamad Adam Yusuf pula asyik menangis kerana tak berjaya menghisap dengan selesa akibat masalah puting yang tenggelam (Salah kedudukan bayi menjadikan bayi gagal menyedut dengan baik)
Oleh kerana kesian bayi saya menangis, saya terus memberikan botol lagi (susu ibu yang telah di pam ke dalam botol), firasat saya pada masa itu, mungkin pengeluaran susu yang kurang lancar membuatkan bayi saya tak selesa (hehehe)..
Jadi, sekali lagi saya cuba memberi 'kelonggaran' pada diri sendiri agar pam susu ke dalam botol dulu... huhuhu.. dalam masa tu, saya masih lagi pam dan terus pam tanpa putus asa!

Hari ke-25, setelah balik ke Puchong, saya bercadang melawat ke Klinik panel syarikat suami (tidak ke Pusat Bersalin Barakah, setelah minggu lalu saya dimaklumkan tentang cuti kecemasan Dr Khairiah Seman akibat masalah kesihatan anaknya yang serius).
Melalui klinik panel suami yang turut mempunyai kepakaran tentang ibu dan bayi, saya dimaklumkan 'boleh cuba' susu kan bayi lagi.
Jadi, balik nya saya cuba bagi direct lagi... Muhamad Adam Yusuf menangis lagi, kebetulan pula dia dijangkiti selsema dari anak saudara saya.. Entah kali yang ke berapa saya tak sampai hati lagi... saya tundakan lagi walau sesekali mencuba juga.

Hari ke-27 saya cuba lagi meyusu kan bayi secara direct (setelah selsema bayi saya hilang), namun tak berjaya juga.
Saya masih mencuba hingga ke hari ini dengan mengamalkan petua meletakkan madu di puting agar bayi 'mahu'... tapi sampai sekarang pun seolah tak berjaya...
Adakah saya akan terus mengepam susu ke dalam botol?
Ada juga pendapat mengatakan andai bayi tak hisap direct, susu akan makin berkurangan... dan ternyata sekarang, susu saya seolah makin berkurangan (mungkin juga faktor pam yang dah 'kondem')


Memula menghadapi masalah ni, saya benar-benar berputus asa dan terasa menyesal teramat sangat kerana kesiankan bayi yang menangis sewaktu saya cuba memberi susu ibu secara direct.. (LOL). Itulah hakikat yang bergelumang di dalam hati saya, tapi kini saya semakin belajar menerima erti kegagalan.. dan andai ditakdirkan susu saya semakin kering kerana faktor tak 'memberi bayi secara direct', saya redha.. (huhuhu...)

Tapi andai ada rezeki bayi seterusnya, saya mungkin akan lebih tegas melatih bayi hisap direct agar penyusuan ibu berjaya dengan lancar (Kikikiki... )

Banyak yang saya belajar dari anak yang pertama ini... Moga ia menjadi panduan buat saya agar lebih berjaya dalam penyusuan susu ibu terhadap bayi saya.. (insyaAllah...)


Sehingga ke hari ini, saya masih terus mengepam dan bergantung 100% pada pam susu. Saya juga semakin berserah pada rezekiNya.. Kalau tak berjaya kali ini pun, insyaAllah saya akan terus mencuba di lain waktu...

Terima kasih kepada kawan-kawan yang tak putus-putus memberi sokongan.. :