Cerita perjalanan ziarah kami..
Bila Malaysia dilanda banjir, khusus lokasi pantai timur, ramai yang turun padang membantu. Dari paparan media, hati rasa sayu mengenangkan. Pahang adalah negeri kelahiran bonda saya. Perak pula tempat kami dilahirkan dan dibesarkan.
Walaupun dah duduk KL 18tahun, tapi hati tentu masih di sana..
Umum maklum pelbagai sumbangan dari pelbagai lapisan masyarakat dan badan-badan tertentu. Mudah-mudahan ringan lah sedikit walau tak dapat membantu keseluruhan. Doa sentiasa mengiringi mereka di sana..
Kami juga tak ketinggalan tapi sekadar hantar wakil untuk sampaikan pertolongan buat saudara di sana..
Bonda saya anak tunggal tetapi adik beradik tiri nya masih di Pahang. Sejak ayahanda dijemput Illahi 1998, kami memang jarang dapat peluang balik ke Pahang. Perak tetap balik sebab bonda pilih untuk menetap di rumah peninggalan ayahanda.
Tetiba minggu lalu anak-anak saudara ayahanda sepakat ajak kami (keluarga saya terdiri dari 5 saudara perempuan & seorang lelaki) balik bawa bonda jenguk saudara mara di Pahang. Perancangan last minute. Jadi hanya keluarga saya yang dapat turut serta dalam misi abang-abang saudara kami.. Malam tu kami ke Tesco, Mydian, Giant membeli apa yang patut kerana esok hari sesudah subuh kami sebanyak 9 biji 4x4 akan bertolak ke sekitar, Chegar Perah, Merapoh dan Gua Musang.
Kerana komitment kerja yang tak dapat dielakkan, kami mesti balik ke KL pada malam tu juga. Kiranya kami ada masa lebih kurang 9 jam untuk menziarah dan membantu (setelah ditolak waktu perjalanan).
Pertemuan bonda dan keluarganya serta kenalannya amatlah ceria walau dalam tangis. Mendengar cerita-cerita mangsa buat kami rasa takut dan memahami trauma mereka. Itu baru Chegar Perah... Kalau ke Kelantan yang lebih hebat dugaan banjir nya, ntah bagaimana nak dibayangkan?
Dalam hati tak putus memohon agar Allah memberi mereka kekuatan.. Bayangkan mereka umpama fobia bila hujan kelihatan turun lebat. Ya Allah, kasihani lah mereka..
Airmata menitis memahami ketakutan mereka..
Segalanya kami lakukan dengan pantas, menurunkan barang-barang sumbangan keluarga, mengagihkan apa yang patut sejauh mana yang sempat. Petangnya kami sepakat membantu membersihkan rumah mangsa-mangsa banjir. Cuma beberapa biji rumah sahaja akibat kesuntukan waktu.
Sepanjang perjalanan kami seramai 9 biiji 4x4 membawa bekal makanan untuk keperluan kami sendiri terdiri dari 3 kategori, sarapan, makan tengahari dan minum petang. Dengan ini ia dapat memudahkan kami dalam memenuhi tujuan kami ke sana. Maklumlah kami juga membawa anak-anak dan warga tua..
Malam lebih kurang jam tujuh, kami bertolak balik ke KL, singgah makan di kedai. Dalam perjalanan balik tu lah kami singgah di masjid untuk solat jadi dapat lah kami berehat sekejap sebelum meneruskan perjalanan balik kami.
Andai diizinkan waktu, ingin kami bertemu mereka lagi..
Menunggu.. Ada yang tercicir.. |
Kami mengagihkan apa yang patut.. |
Pakaian muslimah, uniform sekolah, telekung dan tudung.. |
Kerja-kerja pembersihan.. |
Nak bergerak pulang.. |
Sebahagian keluarga besar kami dari Perak dan KL Singgah makan malam |
No comments:
Post a Comment