..............


Custom Glitter Text

Monday, May 18, 2015

Harga Promosi Four Points by Sheraton

Bermalam di Four Points BY SHERATON @ puchong pada harga rm199++



Lamanya dah tulis di sini.. selalu ni lah yang saya cakap. Tapi nak buat macam mana, dah anak dua ni, memang lah jadi busy. Heh..

Banyak yang saya nak tulis. Tentang p travel ke Tokyo tanpa agent, juga ke europe..

Tapi nanti lah.



Berbalik tajuk di atas;

Dalam banyak-banyak tawaran hotel yang saya pergi, yang ni lah saya nak kongsi.

Macam mana nak dapat harga ni? Rajin-rajin lah lawat promosi di internet ya! 

Harga di atas, kami dapat dari Agoda.

Kalau ada kelapangan, kami akan booked hotel-hotel yang ada tawaran hebat.
Kalau tak boleh nak pergi yang jauh, yang dekat pun jadi lah.. Pada anak-anak, berehat sambil menikmati kemudahan hotel pun dah cukup happy.

Anak-anak di rumah pun tahu boring tau. Hahaha. Apalagi surirumah macam saya. Heh...


Setakat ni saya rasa berbaloi di hotel ni, apalagi dengan tawaran harga macam tu, memang terlebih berbaloi lah. Waaaa...


**harga promosi ini hanya untuk hari ini sahaja okay. Di hari lain, kena check kadar di website Agoda, booking.com atau memana web yang ada promosi

Amik gambar memalam hihihi

Sebelah kanan pintu swimming pool ada gym

Kami pilih bilik satu floor dengan swimming pool. Dekat sangat dari bilik.

Katilnya memang best

Bilik air bersih...

Nak minum? 

not bad..

Ok tak?


Hotel ni baru so setakat ni memang berbaloi.. lobinya cantik. Yang penting bersih sangat. Tu yang nak share. Hahaha

**kalau hotel lain yang harga promosi seperti di Johor, Port Dickson dan Melaka, harga bawah rm230 kebanyakannya hotel lama.. walaupun bertaraf 4-5star..

** di Melaka, Hatten dan Ramada saya amat rekomen!


Bye

Thursday, March 12, 2015

Anak Ramai tapi sibuk nak ber Nuffnangers


Nuffnang aiii...


Kelmarin dapat cek... Dari Nuffnang !!! Senyum berbunga walaupun sedikit.. Nikmatnya ya Allah.. Jadi la kan.. Syukur ja..

Tqvm Nuffnang! I love you! LOL



Ni haaaa.... Tada.... Belanja gambar sipi-sipi dah lah yakkk..

Jangan tanya! Sikit wehhh.. Hahaha


Blog ni memang tak update bagai..
Sesekali je tulis, agaknya setahun kalau di kira purata ntah dalam 50 entry setahun pun tak de kot! Take note:purata keseluruhan, okayy (hehe, serius ja kan?!)
Apesal kejap ada kejap tak da? Sebab memula dulu kahwin, pastu ada anak.. Pastu sendiri faham lah.. Hukhukhuk.. Kiranya kesimpulannya sebab sekarang ni banyak sangat kerja nak buat.. Hahaha (bunyi gerun tak. Kekeke)


Si kembar kami


Selain jaga anak sendiri, saya sekarang sibuk bantu adik macam  menjaga si kembarnya.. Seiras tau! Best kan ada anak kembar..(hmm... Eleh, nanti mula pening nak jaga! Hihi.. Biasa lahh, i berangan nak anak kembar ni)

Jap nak belanja gambar si kembar pulak !

Ni dalam keadaan damai... Jap je tuhhhh! Hahaha.. http://www.nuffnang.com.my/


Nanti aii share petua anak kembar okay.. Nanti lah yak.. Sebab i dah interview adik, so apa yang dok jadi habit tu memang ada dalam petua-petua ni. So, boleh la kot share, mana lah tahu DENGAN izinNya Yang Maha Esa kut berhasil pada sesiapa yang berhajat kan..
Nanti okay..

Tentang blog ni yang aii dok tak faham,nufnang email cakap i salah letak iklan di ruangan yang tepat..
Huhu..
Pening le.. Hahaha.. Belum sempat nak belek-belek..
Sesapa yang tahu cemana nak buat dengan tepat,habaq mai la na..


Okay, bye..... Anak-anak menangis! Huhuhu



**sesiapa baru berblog nak tahu lebih lanjut jana pendapatan melalui Nuffnang, sila guna pakcik google untuk lebih info ya.. Taip ja, nanti banyak la blog lain ajar dengan lebih details, okayyy.. Sorry tak ada link sebab tak sempat okay.. -sorry terkurang-**




Thursday, January 8, 2015

Banjir... hati di sana..


Cerita perjalanan ziarah kami..


Bila Malaysia dilanda banjir, khusus lokasi pantai timur, ramai yang turun padang membantu. Dari paparan media, hati rasa sayu mengenangkan. Pahang adalah negeri kelahiran bonda saya. Perak pula tempat kami dilahirkan dan dibesarkan.
Walaupun dah duduk KL 18tahun, tapi hati tentu masih di sana..

Umum maklum pelbagai sumbangan dari pelbagai lapisan masyarakat dan badan-badan tertentu. Mudah-mudahan ringan lah sedikit walau tak dapat membantu keseluruhan. Doa sentiasa mengiringi mereka di sana..
Kami juga tak ketinggalan tapi sekadar hantar wakil untuk sampaikan pertolongan buat saudara di sana..

Bonda saya anak tunggal tetapi adik beradik tiri nya masih di Pahang. Sejak ayahanda dijemput Illahi 1998, kami memang jarang dapat peluang balik ke Pahang. Perak tetap balik sebab bonda pilih untuk menetap di rumah peninggalan ayahanda.

Tetiba minggu lalu anak-anak saudara ayahanda sepakat ajak kami (keluarga saya terdiri dari 5 saudara perempuan & seorang lelaki) balik bawa bonda jenguk saudara mara di Pahang. Perancangan last minute. Jadi hanya keluarga saya yang dapat turut serta dalam misi abang-abang saudara kami.. Malam tu kami ke Tesco, Mydian, Giant membeli apa yang patut kerana esok hari sesudah subuh kami sebanyak 9 biji 4x4 akan bertolak ke sekitar, Chegar Perah, Merapoh dan Gua Musang.
Kerana komitment kerja yang tak dapat dielakkan, kami mesti balik ke KL pada malam tu juga. Kiranya kami ada masa lebih kurang 9 jam untuk menziarah dan membantu (setelah ditolak waktu perjalanan).

Pertemuan bonda dan keluarganya serta kenalannya amatlah ceria walau dalam tangis. Mendengar cerita-cerita mangsa buat kami rasa takut dan memahami trauma mereka. Itu baru Chegar Perah... Kalau ke Kelantan yang lebih hebat dugaan banjir nya, ntah bagaimana nak dibayangkan?
Dalam hati tak putus memohon agar Allah memberi mereka kekuatan.. Bayangkan mereka umpama fobia bila hujan kelihatan turun lebat. Ya Allah, kasihani lah mereka..
Airmata menitis memahami ketakutan mereka..

Segalanya kami lakukan dengan pantas, menurunkan barang-barang sumbangan keluarga, mengagihkan apa yang patut sejauh mana yang sempat. Petangnya kami sepakat membantu membersihkan rumah mangsa-mangsa banjir. Cuma beberapa biji rumah sahaja akibat kesuntukan waktu.

Sepanjang perjalanan kami seramai 9 biiji 4x4 membawa bekal makanan untuk keperluan kami sendiri terdiri dari 3 kategori, sarapan, makan tengahari dan minum petang. Dengan ini ia dapat memudahkan kami dalam memenuhi tujuan kami ke sana. Maklumlah kami juga membawa  anak-anak dan warga tua..

Malam lebih kurang jam tujuh, kami bertolak balik ke KL, singgah makan di kedai. Dalam perjalanan balik tu lah kami singgah di masjid untuk solat jadi dapat lah kami berehat sekejap sebelum meneruskan perjalanan balik kami.

Andai diizinkan waktu, ingin kami bertemu mereka lagi..

Menunggu.. Ada yang tercicir..

Kami mengagihkan apa yang patut..

Pakaian muslimah, uniform sekolah, telekung dan tudung..

Kerja-kerja pembersihan..

Nak bergerak pulang..

Sebahagian keluarga besar kami dari Perak dan KL
Singgah makan malam