..............


Custom Glitter Text

Wednesday, May 14, 2014

Doa Senjata Umat ISLAM



Dah berlalu musim busy saya agaknya. Tak juga busy, sejak MH 370 hilang, saya tak reti nak komen, nak cakap luahan hati memang banyak, sayu, pilu, tertanya-tanya dan macam-macam ada.. 
Saya ikuti news yang berlangsung, mulut saya umpama terkunci kerana risau menyinggung keluarga mangsa kalau saya tulis apa-apa sedangkan saya ni tak tahu apa-apa. Kita hanya manusia biasa, anggaplah segala yang berlaku dengan izinNya. Sebab kalau Allah tak izinkan, mana mungkin nak terjadi. Baik atau buruk, benar atau salah semuanya kerja Tuhan dan dengan izinnya. So Saya berhenti di sini!

Moh la kita berdoa yang baik-baik untuk kesejahteraan kita semua..
Pandang kiri, pandang kanan, saling kasih mengasihilah sesama kita..


"Ya Allah jauhilah kami dari sifat yang tidak baik, semoga kami menjadi yang lebih baik.."







Sunday, May 4, 2014

Umrah Persendirian 2014

Catatan Persediaan UMRAH PERSENDIRIAN/private kami..


Andai di izinkanNya, inilah pertama kali kami mengerjakan umrah secara beramai-ramai (keluarga)... Hajat ingin menunaikannya Umrah bersama-sama ibu bapa dan adik beradik bagaikan impian bagi setiap orang.
Memang kalau rancang beria-ria tidak pulak menemukan jalan cuti yang sama dan sebagainya (tidak seperti kebiasaan percutian keluarga kami sebelum ini). Entah kenapa kali ni tiba-tiba je kami dapat kata sepakat.
Paling gembira mak ayah mertua dan emak saya juga turut serta. InsyaAllah..

Hampir semuanya kami uruskan sendiri tanpa pakej umrah dari mana-mana agent..

Berikut beberapa catatan tak seberapa yang saya tulis di sini, bimbang terlupa nak titipkan. Mungkin jadi panduan pada yang lain..



Dokumen yang perlu:

1. Pastikan passport tempoh sah laku passport 6 bulan dari perjalanan kita. Beserta 6 mukasurat kosong.

2. Gambar visa yang diperlukan 1-2 keping. Latarbelakang berwarna putih.

3. Buku/Sijil suntikan Meningitis A+C

4. Salinan sijil nikah beserta cop 
pengesahan dari Jabatan...  Pastu bawa cop kat wisma putra kat putrajaya pulak k..(untuk pasangan berumur bawah 45 tahun)

5. Salinan sijil kelahiran untuk anak-anak beserta cop pengesahan Jabatan.. Pastu bawa cop kat wisma putra pulak k..(anak berumur bawah 18 tahun)

6. Sijil beranak/nikah/kad pengenalan mahram (bukti mahram bagi perempuan yang belum berkahwin)







Catatan penting:
* Salinan nikah/kelahiran tu nanti kami akan bawa cop pengesahan di Wisma Putra pula..
* Visa hanya boleh dimohon sebulan sebelum tarikh tiket kapal terbang-perjalanan (sila lantik agent    yang bertauliah untuk tujuan visa)-terdapat lebih kurang 20 agen yang di




Tiket Kapal Terbang
*Kami beli dari web airlines sendiri..
  -Kami memilih Emirates untuk penerbangan Umrah kami kali ini. Kami bercadang nak memilih jadual pesawat yang transit lama sikit di Dubai..

Nota penting: untuk online ticket Emirates, tiap nama penumpang yang kita enter, akan auto detect surname kat bahagian payment (credit card) so pilihlah nama siapa kredit card tu. Tapi kalau nak letak selain nama penumpang (credit card holder), cuba tukar 'surname' tu. Kalau tak boleh, tandanya memang tak dibenarkan lah. Bererti kredit kad harus dari penumpang sendiri, ok...


Hotel oleh: Kebiasaan percutian kami, kami selesa memilih Agoda 


**last minute kami guna khidmat 'sahabat' di sana untuk tempah hotel yang tak terdapat dalam senarai agoda atau go-mekah.com (sebab nak hotel yg murah) heheh**






Ya Allah...
Permudahkan lah segala urusan kami...



Semoga segala yang dirancang akan dipermudahkanNya dan mendapat izinNya.. Jangan putus berdoa kerana segalanya dengan izinNya..




**Alhamdulillah.. Kami selamat menjalani ibadah umrah & ziarah pada 15hb april dan selamat ke tanah air pd 26hb april..**