Sekarang kalau boleh memang nak tulis tentang pengalaman bersalin.. tapi sekarang tengah berpantang..
Vic tak lah berpantang cara tradisional kerana Vic dan suami telah sepakat untuk berpantang mengikut apa yang dinasihatkan oleh doktor..
Oleh kerana Vic mahu menyusukan sendiri Muhamad Adam Yusuf, pakar kanak-kanak juga menasihati agar Vic tidak mengambil sebarang jamu.. ini bertujuan untuk kebaikan bayi Vic.
So, dalam berpantang ni, Vic mengamalkan :
1). Pengambilan pelbagai makanan yang sihat dan berkhasiat (variasi kan makanan anda, atas nasihat doktor)
2). dan tidak lupa juga pengambilan vitamin yang disarankan Dr Khairiah Seman (folid asid dan iron)...
3). serta susu untuk ibu yang menyusukan bayi...
Penjagaan Luka Bersalin ( Dr Khairiah Seman )
Dari segi penjagaan luka bersalin pula, doktor menyarankan agar sentiasa memastikan luka dalam keadaan bersih dan kering... (untuk mengelak terjadi nya jangkitan kuman)
**Syukur kerana saya juga tidak menghadapi masalah terhadap jahitan di luka bersalin tersebut... saya boleh duduk dan melakukan pergerakan dengan selesa tanpa rasa sakit dan ia amat memudahkan saya..
**Mungkin benar, teknik jahitan penting agar menyelesakan para ibu..